Ahad, 29 Mei 2011

Rakyat Malaysia akan terima hadiah lepas PRU 13

Setakat ini kerajaan umno tepaksa membatalkan niat untuk menaikkan RON 95 walaupun ada usaha untuk menaikkan harga petrol tersebut . Ini membuktikan bahawa kerajaan umno terlalu takut untuk berdepan dengan reaksi kemarahan rakyat yang bakal mengundang jika bahan api tersebut dinaikkan .

Malah ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak mampu berbohong dengan rakyat kerana dalam saat harga minyak dipasaran asia dan antarabangsa sedang turun , tiba-tiba kerajaan umno menaikkannya . Gendang dan paluan subsidi adalah lagu tempang yang cuba didendangkan kepada rakyat. Sedangkan kerajaan umno terus mengekalkan subsidi kepada syarikat gergasi Tenaga Pengeluar Bebas / swasta ( IPP ) sejumlah rm 19 billion .

Akhirnya tidak dapat dibendung lagi kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik . Bimbang berlaku serentak kenaikan sumber utama rakyat tersebut , terpaksalah kerajaan umno menangguh kenaikan harga petrol RON 95 .

Selain itu ini adalah juga membuktikan bahawa PRU 13 bakal tiba dalam tempoh masa yang agak terdekat . Sudah pasti isu kenaikan harga minyak akan memberikan kesan kepada umno . Undi protes rakyat bakal menumbangkan umno untuk pertahankan putrajaya. Sedar tidak sedar . Kenaikkan tarif elektrik bakal mengundang natijah yang sama iaitu kenaikan harga barang makanan dan keperluan .

PRU 13 masih menjadi teka-teki . Sudah pasti kerajaan umno sedang mempersiapkan segala perancangan yang cukup rapi bagi memastikan umno/bn akan menang bagi membentuk kerajaan . Selepas itu la, rakyat Malaysia bakal menerima habuan daripada kemenangan umno dengan menaikkan harga RON 95.

sudah pasti rakyat bakal menghadapi suasana harga barang makanan dan keperluan hidup akan melambung . Masa sudah tiba untuk rakyat mencipta sejarah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan