
Adalah sangat menghairankan bagaimana pihak polis masih gagal untuk mengesan dan menahan beliau dengan segera sedangkan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Idris Jusoh , yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat . Adalah menimbulkan kemusykilan , bagaimana Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?
AMK Negeri Terengganu juga benar-benar merasakan kesangsian adakah kehilangan beliau bertujuan untuk menutup dalang sebenar yang mengarahkan beliau untuk terlibat dalam kes jenayah ini . Kehilangan 'misteri' Datuk Dr Ahmad Ramzi yang juga merupakan bekas calon Parlimen Marang ini sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak polis benar-benar memelikkan.
Persoalan dan kehilangan 'misteri' Datuk Dr Ramzi yang cukup lama sehingga pihak polis gagal mengesan dan menahan beliau harus juga semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Datuk Dr Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh. Malah pihak polis wajar menyiasat Datuk Seri Idris Jusoh dalam membantu kehilangan Pegawai Khas beliau serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut .
Rakyat Terengganu sedang menunggu laporan kes tersebut dan AMK Negeri Terengganu mengesa pihak polis dengan segera mendedah dan mendakwa individu dan dalang disebalik tindakan jenayah ugutan bunuh yang wajar dipandang serius dan bukannya melengah-lengahkan siasatan dengan memberikan tempoh masa yang lama untuk menahan Datuk Dr Ahmad Ramzi .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu