klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 7 November 2010

Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu - akuan sumpah ke 2

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

NONE Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.