klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 3 Oktober 2009

PRK N31 DUN BAGAN PINANG

SAH 1 LAWAN 1
Pilihanraya kecil kali ini menyaksikan pertembungan di antara Umno/BN dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.






Najib Altantuya Taja Makkal Sakthi, Samy Velu Terkedu

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu. Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC. Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.
"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.
Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan. "Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.
Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat. Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu. Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.
Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India.""Pengundi bukan bodoh dan sedar jika MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India untuk 50 tahun, sebuah parti yang baru ditubuhkan dengan kelulusan khas Perdana Menteri tetap akan menemui jalan buntu selagi ia melaksanakan agenda Umno," kata beliau.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, G. Ponusamy berkata penubuhan parti yang dipelopori oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran adalah sebahagian perancangan jahat Najib dan BN untuk memecah-belahkan kaum India."Najib tahu sekiranya kaum India berpecah dan diwakili oleh banyak parti politik maka orang India akan lemah dan senang dipergunakan. Ini seperti penjajah Inggeris yang mengamalkan dasar "divide and rule" atau pecah dan perintah.
"Walau bagaimanapun saya yakin masyarakat India yang majoritinya kini menyokong Pakatan Rakyat sudah lama sedar permainan BN dan tidak senang termakan dengan helah politik seperti ini," kata beliau."Akhirnya yang untung ialah segelintir pemimpin India yang menjual maruah mereka kepada BN untuk keuntungan peribadi sementara kaum India terus terpinggir dan diabaikan," jelas Ponusamy. Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Kuantan itu, Najib bukan sahaja membiayai Makkal Sakthi malah terbabit dalam penubuhan Parti Hak Asasi Manusia yang juga bertujuan untuk menarik sokongan kaum India. Parti itu kini dalam proses mendapat kelulusan."Saya mendapat maklumat bahawa permohonon parti itu kini berada di atas meja Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan peribadi beliau.
"Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya menjadi instrumen politik Umno dan BN setelah mereka berjaya menghancurkan MIC.Parti Hak Asasi Manusia diterajui oleh salah seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.Parti yang bertapak di Semenanjung itu bercadang untuk bertanding di 53 kerusi pada pilihan raya umum ke 13 yang tentunya memerlukan belanja besar yang boleh ditanggung oleh kepimpinan Barisan Nasional.

SPR PERLU DIREFORMASIKAN

Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) satu badan yang bertanggungjawab mengendali , mengurus dan melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia . Badan yang seharusnya dilihat adil , telus dan profesional . Menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh bijaksana. Secara efektifnya menjadi satu organisasi yang diyakini bebas dan berintegriti . Kewibawaannya tidak dipertikai dan diragui . Tidak berpihak atau cenderong kemana-mana pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang .
Bertindak secara profesional berlandaskan undang-undang . Mengimplimentasikan kehendak dan keperluan bagi menjana keyakinan rakyat supaya sistem dan proses pengundian berjalan dengan baik dari masa ke semasa .

Pelbagai tuntutan dan cadangan telah banyak dikemukakan bagi membentuk SPR sebagai badan yang diyakini . Perbincangan dan pertemuan sering diatur bagi merealisasikan SPR benar-benar wibawa , telus dan adil . Malah banyak tuntutan dan cadangan daripada parti-parti politik dilihat benar-benar ikhlas dan membantu SPR sebagai badan yang mempunyai integriti .

Tuntutan BERSIH contohnya telah mencadangkan 4 tuntutan yang meminta agar SPR benar-benar 'bersih'. Tapi sayangnya ianya tidak diendahkan dan SPR terus bergelumang dengan 'kekotoran' yang sering terserlah setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil .

Isu 'Pengundi Ragu' atau 'Pengundi Hantu' sering berkumandang , isu undi pos terus menjadi tidak relevan , sistem celup cari tidak kesampaian dan banyak lagi . Kredibiliti dan integriti SPR terus diragui . Malah dicop sebagai 'salah satu kompenan BN'.

PRK Bagan Pinang , berdepan dengan undi pos yang sangat ramai . Sejumlah 4604 orang pengundi adalah pengundi pos. Sememang menjadi kebimbangan kepada Pakatan Rakyat bahawa timbul keraguan dan ketidakselesaan terhadap sistem undi pos yang dilihat menjadi 'nyawa' kepada UMNO/BN setiap kali berlaku pilihanraya umum atau pilihanraya kecil terutama di PRK Bagan Pinang . SPR terus mempertahankan undi pos dan Borang no 2 .

SPR tidak mampu 'membersihkan' senarai pengundi pos . Malah anggota tentera yang sudah pencen pun masih layak mengundi sebagai pengundi pos . Begitu juga yang telah berpindah kem. Semua mengetahui kebiasaan kepada anggota tentera berpindah daripada satu kem ke kem yang lain . Kenapa SPR begitu mempertahankan undi pos ? Pelbagai bukti dan hujah telah dikemukan kepada SPR , tetapi tidak diendah oleh mereka .

SPR perlu berani bertindak adil dan saksama . SPR perlu direformasikan agar menjadi satu badan yang benar-benar telus dan profesional . SPR perlu mengembalikan keyakinan rakyat sebagai satu badan yang berintegriti . Tidak ada cara lain yang perlu dilakukan ialah rakyat membuat perubahan bagi memastikan badan yang sewajibnya bertindak adil , saksama , adil dan profesional ini dengan menjatuhkan kerajaan BN.

Rakyat Bagan Pinang harus menjadi contoh teladan kepada rakyat 1 Malaysia , bahawa UMNO/BN mesti dijatuhkan sekiranya ingin melihat SPR menjadi badan yang benar-benar bebas . 1 Malaysia wajib untuk menolak UMNO/BN . - farizmusa.blogspot.com

Calon Bebas, Shahruddin Umum Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 2 Okt - Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, mengumumkan keluar dari parti itu petang tadi. Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata putus oleh PKR berikutan keputusannya untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, 11 Oktober ini.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu. "Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya. Sharudin mengumumkan keluar dari PKR kira-kira jam 1 petang tadi, sebelum masuk waktu solat Jumaat.

dialog pertemuan bekas tentera dan pimpinan PAS dengan SPR tentang kepincangan undi pos

Pengakuan ini dibuat oleh Kapten Majer (B) Abu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR. Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR.
Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.
Ikuti pendedahan Suhaizan Kayat tentang apa yang berlaku semasa pertemuan tertutup mereka dengan pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu.
Dari sini, maka kita sudah boleh menjangka bahawa apakah tugas SPR sebenarnya. Mereka bukan mahu memperbetulkan keadaan, namun cuba untuk mengeruhkan keadaan serta memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia sebenarnya.
Suhaizan Kayat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.
Wan Ahmad : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?
Suhaizan : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Majer(B) yang turut sama datang beritahu kita bagaimana dia handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Tan Sri Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?
Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Tan Sri Aziz : Bila tu Pak Abu?
Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Tan Sri Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
Tan Sri Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.
Suhaizan : Saya minta EPP (Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24 jam tuan.
Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah Port Dickson. Saya yang halang tuan.
Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.
YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS. Suhaizan Bin Kayat

MP Kapar Kesal Hanya Seorang Didakwa Dalam Kes Kugan (updated)

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, menyatakan kekesalan hanya seorang dari 11 anggota polis yang dituduh membunuh mendiang Kugan Ananthan tidak didakwa di mahkamah.Pemimpin PKR itu berkata adalah tidak munasabah hanya seorang anggota berpangkat rendah diheret ke muka pengadilan walhal 10 lagi dari pelbagai pangkat dikatakan terbabit dalam pembunuhan itu.
"Mengapa seorang sahaja dihadapkan? dan dia seorang India. Perihal dia hanya seorang konstabel? Perihal ada pegawai yang OCPD ada, Chief Inspektor ada. Sebanyak 11 orang ada. Ditukar dari balai ke pejabat, kerja pejabat. Tapi sekarang saya tengok, satu orang sahaja yang didakwa" soalnya.
Manikavasagam menambah kerajaan tidak harus membedakan undang-undang untuk orang-orang kecil dan orang-orang besar termasuk polis. Sekiranya perbicaraan kes bunuh ini didapati tempang, maka rakyat akan melihat pemerintah menghalalkan penderaan dan keganasan polis."Ini saya rasa sepatutnya 24 jam mereka melakukan siasatan ke atas Kugan dan sekarang nampak seorang sahaja yang didakwa.
Tetapi dalam kes di Batu Cave perhimpunan Hindraf, mereka baling batu tetapi didakwa kes bunuh, peguam negara dakwa kes bunuh tapi di sini seksyen lain pula. Yang ringan. Maksudnya anggota polis boleh bunuh sesiapa sahaja, tapi denda dia RM 10, 000 dia boleh keluar" ujarnya lagi.
Semalam, seorang dari 11 anggota polis yang membunuh mendiang A Kugan diheret ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.Konstabel Navindran Vivekanadan dibicarakan untuk dua kesalahan menyebabkan kecederaan semasa memeras pengakuan dari mangsa, 16 Januari lalu.
Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana memeras mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.
Jika disabitkan kesalahan, Navindran menghadapi 10 tahun penjara dan denda bagi Seksyen 331 dan tujuh tahun penjara bagi Seskyen 330. Navindran mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan ikat jamin RM10,000 dan 5 November untuk sebutan kes.Kugan telah ditahan pihak polis pada 15 Januari lalu kerana dikatakan terlibat dalam kes curi kereta mewah.Beliau mati setelah lima hari berada dalam tahanan polis dengan keadaan badan cedera parah.Navindran adalah anggota di Balai Polis Taipan, namun dipindahkan ke Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam selepas kejadian.
Menurut Peguam Negara Abdul Gani Patail, empat dari 92 saksi yang disoalsiasat polis mengenalpasti konstabel itu yang mencederakan Kugan pada waktu-waktu kejadian. Mangsa dikatakan dibelasah dengan hos getah sebelum ditemui mati empat hari kemudian.Peguam Negara menambah polis terbabit tidak akan didakwa di bawah kesalahan bunuh atas alasan mangsa mati empat hari kemudian selepas dibelasah.
"Double standard. Orang awam satu dakwaan, pegawai polis satu dakwaan. Bagi kita, kita tidak puas hati. Pada hari Selasa ini kita akan hantar 1 memorandum kepada tatatertib Bukit Aman dan juga mendesak Musa Hassan untuk letak jawatan. Dan pada 10/10, kita akan hantar memorandum ke istana, untuk desak dakwa yang 10 orang lagi".

PAS: Pesara tentera mengaku pernah manipulasi undi pos

Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan.blogspot.com) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.
Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeanan.
Kata Suhaizan lagi, pesara tentera itu turut sama dalam perjumpaan kerana dia telah menyertai parti itu dan kini menganggotai jawatankuasa undi pos Pemuda PAS. Perjumpaan tersebut diketuai oleh naib presidennya, Salahuddin Ayub. Selain Abdul Aziz, kata Suhaizan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut hadir.
Ekoran pendedahan itu, Suhaizan menulis dalam blognya, mendakwa Abdul Aziz menjawab, beliau telah banyak mendengar aduan tersebut dan tidak pasti dengan perkara itu.Ketika dihubungi Malaysiakini Suhaizan berkata, pesara tentera tersebut bersedia tampil mendedahkan perkara itu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selepas penamaan calon esok.
Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: "Kerana dia sudah bersara"."Ini usaha berterusan kita untuk terus mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undi pos secara menyeluruh," katanya.
Usaha Malaysiakini menghubungi pesara tentera tersebut setakat ini belum berhasil.Sementara itu, Pemuda PAS juga akan menghantar surat kepada kepada komandan di kesemua lapan kem di kawasan Port Dickson bagi membenarkan parti itu berkempen dalam kem di bawah seliaan mereka."Kita akan hantar secepat mungkin," kata Suhaizan.
Ditanya sama ada tindakan itu terlalu lambat kerana tempoh berkempen akan bermula esok, Suhaizan menjawab: "Tidak apa. Kalau 30 minit pun kita cakap (kempen)".
Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.
Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini, kebimbangan pembangkang jelas kelihatan apabila terdapat jumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih merupakan pengundi pos. - malaysiakini