klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 25 Januari 2011

Anwar : Kekalkan Subsidi Rakyat - TV Selangor

SHAH ALAM 25 JAN: Pakatan Rakyat (PR) berkata pemberian subsidi kepada rakyat harus dikekalkan terutamanya membabitkan empat sektor iaitu beras, pertoleum, kesihatan dan pendidikan.

Dalam satu majlis 'Luncheon Talk Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim' di Kelab Shah Alam, Shah Alam pagi tadi, Penasihat Ekonomi Kerajaan PR Selangor, itu berkata pemotongan subsidi dalam sektor-sektor berikut akan menghimpit kehidupan seharian majoriti rakyat negara ini.

"Kerana bagi rakyat, mengapa harus kami dibebankan bila ekonomi meleset? Mengapa tidak pimpinan? Siapakah yang melakukan curang, rompak harta negara, rasuah, mengadakan dan memperkenalkan kebijakan ekonomi yang songsang? Mengapa mereka tidak didenda dan dihukum? Jadi sebab itu, penyelesaiannya selalu dibebankan kepada orang bawah," jelas beliau.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengurangkan subsidi atas nama rasionalisasi kurang tepat kerana tindakan tersebut hanya menguntungkan golongan kaya sahaja, dengan memberikan contoh di mana walaupun subsidi LPG, petrol dan diesel telah dikurangkan dengan drastik tetapi subsidi kepada pengeluar tenaga swasta (IPP) masih berada pada RM19 bilion.

Katanya lagi, kerajaan memberikan subsidi kepada semua golongan samada yang kaya dan miskin tetapi dengan menggunakan istilah berbeza di mana bagi syarikat swasta, bantuan sebegini dipanggil insentif manakala bagi golongan miskin seperti petani dan nelayan pula, ia dipanggil subsidi.

"Tetapi yang aneh, mengapa bila kita mengalami defisit tumpuan kita, seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Idris Jala, ialah mengurangkan subsidi, dia tak sebut mengurang, rasionalisasi. Maknanya potong subsidi," kata beliau.

Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun semasa berada di Kabinet dahulu menyatakan walaupun saranan Bank Dunia dan IMF (International Monetary Fund) adalah untuk menghapuskan subsidi sekaligus tetapi penghapusan subsidi tidak sesuai untuk corak ekonomi negara.

Kata beliau, saranan tersebut adalah dengan andaian ekonomi berpasaran sempurna tetapi pada realitinya ekonomi negara merupakan ekonomi pasaran tidak sempurna.

Konsep pasaran sempurna menyatakan subsidi boleh mengurangkan kebajikan sosial dan perlu dihapuskan bagi meningkatkan permintaan dan bekalan pasaran tetapi dalam konteks sebenar, pasaran tidak sempurna tidak menjamin kebajikan sosial terpelihara sekiranya mana-man unsur yang menyebabkan ketidaksempurnaan ini dikeluarkan, dalam hal ini merujuk kepada subsidi.

Ini diterangkan oleh beliau dengan memberikan contoh pasaran elektrik yang mana hanya membebankan rakyat sekiranya subsidi dikurangkan, tetapi IPP tetap akan terus mendapat subsidi yang diperuntukkan untuk mereka.

"Kenaikan kos, purata sekarang dianggap RM100 setahun kerana kos peningkatan harga gula, minyak dan sebagainya. RM100 bagi orang kaya tidak sangat menekan tetapi RM100 bagi orang yang berpendapatan RM1,500, kenaikan RM100 tanpa kenaikan gaji itu cukup membebankan," tegas beliau.

Beliau seterusnya menyatakan, menurut CIMB Research, beban kewangan golongan berpendapatan purata RM1,500 dengan mengambil kira bayaran ansuran kereta, pinjaman rumah dan sebagainya mencecah 80 peratus daripada pendapatan mereka.

Kata beliau, sekiranya tatakelola sesebuah negara itu baik, beliau percaya dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Anwar: Hentikan label 'penderhaka'

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka.

"Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini.

anwar keadilan network launch 230111"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”

Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka.

"Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard.

"Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

NONE"Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

"Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengulangi cabaran debat ekonomi, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, khususnya mengenai rancangan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar. - MALAYSIAKINI

UMNO BUKAN SAHAJA MENDERHAKA TAPI SEBUSUK-BUSUK KEJADIAN

" UMNO dakwa PR cuba rampas kuasa Sultan Selangor " begitulah tajuk yang saya petik dalam Sinar Harian hari ini ( 25 Januari 2011 ) di ruangan Sidang Khas DUN Selangor . Agak melucukan dan mengelikan hati saya . Pimpinan UMNO Negeri Selangor menyifatkan sidang khas bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 sebagai tindakan merampas kuasa Sultan dan bukannya mengembalikan kuasa Sultan .

UMNO Negeri Selangor benar-benar takut dengan bayang-bayang sendiri dan cuba memutarbelitkan kenyataan serta tidak berpijak di bumi yang nyata apabila tidak dapat menerima hakikat dan kenyataan bahawa pekung yang selama ini ditutup daripada rakyat telah terbongkar dan cuba membentuk persepsi kepada rakyat bahawa tindakan PR ( Pakatan Rakyat ) hanyalah bersifat retorik politik .

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua UMNO bahagian Shah Alam , Datuk Ahmad Nawawi Md Zin menyatakan bahawa PR hendakkan kuasa Menteri Besar melebihi kuasa Sultan , benar-benar menampakkan kebodohan dan kedangkalan sewaktu berucap di perhimpunan di Dataran Shah Alam kepada para penyokong mereka .

Sikap putar belit atau putar alam pemimpin UMNO Selangor ini memberikan gambaran yang jelas bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO adalah parti yang telah mengambil tindakan pada 1993 , meminda perlembagaan persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang telah merampas secara kurang ajar dan biadap terhadap kuasa Raja-Raja Melayu . Dengan memberikan kuasa mutlak kepada Kerajaan Persekutuan melalui kuasa kepada Ketua Setiausaha Negara serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dalam melantik 3 jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor .

Waktu itu UMNO terutama sekali 'Mamak Bendahara' Dr. Mahathir Mohamad telah 'menelanjangkan' Raja-Raja Melayu di hadapan rakyat bagi menyokong tindakan 'rampasan kuasa' mereka dengan melakukan pindaan perlembagaan yang menghakis kuasa-kuasa Institusi Raja-Raja .

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor adalah secara komited untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu khususnya dalam konteks negeri Selangor iaitu DYMM Sultan Selangor . Sekiranya usul pindaan tersebut diterima bermakna DYMM Sultan dan MB Selangor serta Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang mutlak terhadap perlantikan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio tersebut dan bukan lagi oleh Kerajaan Persekutuan .

Sepertimana yang dijangka , malangnya usul tersebut tidak mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) iaitu dengan keputusan 34 orang menyokong dan 20 lagi tidak menyokong . ADUN-ADUN UMNO/BN dengan tegas dan bangga tidak menyokong pindaan perlembagaan tersebut yang nyata "MENDAULATKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN"daripada 'MENDAULATKAN DYMM SULTAN SELANGOR ".

Saya meminta seluruh rakyat terutama orang-orang Melayu untuk bertindak menolak UMNO yang terbukti menderhaka , kurang ajar dan biadap kepada istitusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi 'Payung Rakyat' . Sikap UMNO terhadap Institusi Raja-raja Melayu yang hanya melibatkan kepentingan politik pemimpin-pemimpin UMNO sahaja . Bila Raja-Raja Melayu tidak mengikut telunjuk mereka , akan dimaki hamun dan dicerca nista sepertimana banyak insiden yang berlaku antara UMNO dan DYMM Sultan-Sultan .

UMNO dengan secara terbukti merampas kuasa DYMM Sultan Selangor . Insiden 1993 rampasan kuasa besar-besaran UMNO daripada Istitusi Raja-Raja dibuktikan sekali lagi dengan sikap keangkuhan menolak usul pindaan tersebut dan akan menjadi bahan sejarah bahawa UMNO PENDERHAKA RAJA-RAJA MELAYU .

UMNO bukan sahaja menderhaka dan merampas kuasa DYMM Sultan tetapi sebusuk-busuk kejadian , masanya sudah tiba untuk rakyat menunjukkan 'kuasa' kepada UMNO /BN . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN SELANGOR , SELAMATKAN MALAYSIA !

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat

SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.

Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

"Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

"Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

"Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau. - TVSelangor