klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 26 Februari 2011

RON 95 TAK NAIK SEBAB ADA PRK DI MERLIMAU DAN KERDAU , KALAU TIDAK CONFIRM DINAIKKAN..

PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.
Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang. "Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang. "Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak. "Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.- malaysiakini


DS Najib Razak dengan segera mengumumkan ketiadaan kenaikan harga minyak RON 95 walaupun harga minyak terjejas ekoran ketidakstabilan politik di Timur Tengah . Sudah pasti dengan keadaan krisis di Timur Tengah yang menjadi lubuk emas hitam tersebut akan mengakibat kenaikan harga minyak antarabangsa .

Tetapi kerana PRK Merlimau dan Kerdau , DS Najib terpaksa mengambil sikap untuk tidak menaikkan harga RON 95 kerana kebimbangan akan menjejaskan sokongan para pengundi di Merlimau dan kerdau terhadap BN . Sedangkan sebelum ini , rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga minyak secara tiba-tiba dan senyap .

Kenaikan harga minyak telah menimbulkan banyak masalah terutama golongan rakyat berpendapatan rendah dan miskin kerana kenaikkan harga minyak menjadi punca kepada kenaikkan harga barang makanan dan keperluan . Setiap kali kenaikkan harga minyak samada RON 95 atau Ron 97 , alasan yang diberikan oleh kerajaan Rejim Najib-Rosmah ialah kenaikan harga minyak diperingkat antarabangsa .

Tetapi yang peliknya setiap kali berlaku penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa tidak ada tindakan untuk menurunkan harga. Apabila kenaikan harga minyak , terus secara drastik rakyat berdepan dengan pengumuman kenaikan harga minyak .
Rakyat Malaysia terutama golongan marhean terus tertekan dengan kenaikkan harga minyak yang tidak pernah turun-turun .

Sebagai negara pengeluar dan pengeksport minyak , sudah pasti PETRONAS memperolehi keuntungan berganda apabila kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa . Dilaporkan bahawa PETRONAS meraih keuntungan bersih sebanyak RM26.5 bilion dalam tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 18.8 % daripada RM22.3 bilion yang dicatatnya pada tempoh sama tahun kewangan lalu. Ia diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM115.5 bilion, meningkat 17.6 peratus daripada RM98.2 bilion.

Tetapi malangnya rakyat terus berdepan dengan risiko kenaikan harga minyak setiap kali kenaikan harga minyak tersebut di pasaran dunia . Kenyataan DS Najib Razak terbukti bahawa kerajaan mempunyai kekuatan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun berlaku kenaikan harga minyak . Keuntungan PETRONAS seharusnya dinikmati oleh rakyat dan bukannya terpaksa menanggung kesan kenaikan harga minyak .

Jangan pula , kenyataan DS Najib Razak adalah bersifat retorik selepas PRK di Merlimau dan Kerdau akan berlaku kenaikan RON 95 yang digunapakai oleh majoriti rakyat terutama golongan berpendapatan rendah akan naik seperti yang berlaku selepas PRK Tenang tempohari . Dengan memberikan alasan faktor kegawatan politik di Timur Tengah serta ketidakmampuan kerajaan memberikan subsidi kepada rakyat maka terpaksa rakyat 'merayakan' kenaikan harga minyak tersebut .

1 LAWAN 1 DI MERLIMAU DAN KERDAU

11.28am Kerdau SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi kawasan pilihan raya ini di antara calon PAS Hassanudin Salim dan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad.


11.26am Merlimau: Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tiga bantahan diterima namun kedua-dua pencalonan diterima.

Beliau turut mengumumkan pertandingan satu lawan satu di antara Roslan Ahmad (BN) dan Yuhaizad Abdullah (PAS) bagi pilihan raya kecil ini.

Keputusan mahkamah rayuan untuk tutup perjanjian sulit SYABAS berhubung perjanjian konsesi air daripada diketahui rakyat

Syed Shahir : Keputusan Mahkamah Rayuan Mengecewakan



KUALA LUMPUR 25 FEB : Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen sulit berhubung perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dianggap bertentangan dengan tata kelola atau pentadbiran baik 'good governance' yang mengutamakan ketelusan dan integriti.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Syed Shahir Syed Mohamud meluahkan rasa kecewa dengan keputusan ini, yang nyata merampas hak rakyat dari mendapat maklumat yang memberi implikasi dalam hidup mereka.

"Rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku sebab sekarang ini kita bercakap pasal ketelusan dan tranparensi serta integriti yang sebagainya. Kalau kita bercakap pasal ini, mesti telus. Perjanjian ini melibatkan orang ramai, beri implikasi pada kehidupan orang ramai,"katanya.

Panel rayuan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaleha Zahari. Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen sulit berhubung perjanjian konsesi air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Dokumen berkenaan melibatkan perjanjian konsesi air dengan SYABAS dan juga satu laporan audit yang menjustifikasi kenaikan tarif air oleh syarikat itu.

Syed Shahir menegaskan alasan perjanjian ini di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak boleh digunapakai kerana ia tidak melibatkan keselamatan negara.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor dalam membentuk Enakmen Hak Kebebasan Maklumat kerana ia mampu menjadikan kerajaan lebih telus.

"Kalau dilihat di Pulau Pinang dan Selangor sudah ada insiatif untuk bida enakmen dapatkan maklumat. Sebenarnya ini usaha yang baik. Di India pun sudah ada hak mendapat maklumat selagi bukan rahsia yang mengancam keselamatan negara. Perjanjian konsesi ini perjanjian perniagaan. Sepatutnya kita tahu sebab kita terlibat," jelasnya.

Keputusan itu dibuat ke atas rayuan oleh menteri dan kerajaan Malaysia ke atas satu semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2008 lalu membenarkan MTUC dan 13 individu lain mengakses dokumen berkenaan.

Walaupun begitu, Syed Shahir berharap agar MTUC di bawah presiden baru, Khalid Atan dapat terus memperjuangkan kes ini di Mahkamah Persekutuan dan memberi penerangan kepada rakyat terlibat agar keadilan dan hak rakyat dapat ditegakkan.

"Saya fikir lebih wajar pihak berkenaan ini buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan agar kes ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kena usahakan pengguna air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijelaskan apa yang berlaku di Mahkamah Rayuan supaya mereka boleh turut serta dalam Mahkamah Persekutuan nanti,"tambahnya lagi.