klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 12 Mei 2011

Isu Projek Jalan Runding Terus Kg Jeram - Kg. Banggol Tuan Muda : PKR selar sikap kasar MB Terengganu terhadap Memorandum Rakyat oleh para penduduk

Parti Keadilan Rakyat menyelar sikap kasar MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang menolak mentah-mentah memorandum rakyat yang disampaikan oleh wakil penduduk Kg. Banggol Donas dengan alasan bahawa peojek pembinaan jalan daripada Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda , Manir , Kuala Terenganu telah pun di'gazet'kan oleh pihak kerajaan .
Sikap sambil lewa dan tidak mesra rakyat yg ditonjolkan secara jelas membuktikan bahawa slogan 'Rakyat didahulukan' hanyalah retorik semata-mata .
Perjuangan para penduduk Kg. Banggol Donas bukanlah baru bermula dengan penyerahan memorandum tersebut . Ianya telah berkelangsungan sejak tahun 2008 lagi iaitu apabila maklumat dan terpacaknya papan tanda projek runding terus jalan tersebut. Dengan kata lain sebelum disah dan digazetkan oleh pihak kerajaan negeri.
Pelbagai usaha yg dibuat oleh para penduduk termasuklah membuat patisyen membantah tindakan jajaran jalan tersebut yang bakal merobohkan rumah mereka. Sejumlah 22 buah rumah rakyat bakal dirobohkan .
Surat-surat telah dihantar kepada semua pihak termasuk kepada pihak YAB MB Terenganu , Menteri Kerjaraya dan kepada YAB Perdana Menteri dan melakukan aduan kepada SUHAKAM tetapi malangnya tidak menunjukkan sebarang tanda positif . Tetapi projek tersebut terus kekal dijalankan .
Pembinaan projek runding yang bernilai rm226 juta berjarak 5.6 km tersebut bukan sahaja menginaya rakyat tetapi telah turut melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu ' Hak Terhadap Tanah ' dan Akta Pengambilan Tanah 1960 ( Akta 486 ) .
Tindakan melampau pihak kerajaan negeri Terengganu tanpa menghiraukan rungutan dan bantahan para penduduk sangat dikeaalkan dan hingga kini tidak ada sebarang tindakan mengadakan dialog bersama para penduduk dilakukan . Malah lebih mendukacitakan apabila projek tersebut telah pun bermula dan menimbulkan trauma kepada para penduduk yang telah mendiami rumah mereka sudah beratus tahun sebagai tanah warisan daripada datok nenek moyang dan ibu bapa.
Sehingga kini para penduduk tidak dibayar sebarang pampasan termasuk menerima notis dan memperolehi Borang E Akta Pengambilan Tanah 1960. Malah para penduduk yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut masih belum menerima sebarang pampasan dan dikhuatiri bayaran pampasan tersebut tidak setimpal dengan harga semasa dan rakyat akan menadi mangsa.
Para penduduk bukan menolak pembangunan atau menafikan pembinaan jalan tersebut tetapi menimbulkan pertikaian kenapa perlu dilencungkn ke rumah-rumah rakyat sedangkan masih ada jajaran lain yang tidak mengenai tanah dan rumah mereka . Sedangkan terdapat tanah-tanah persendirian yang tidak mempunyai rumah .
MB Terengganu seharusnya bersikap rasional dan profesional , bukannya bersikap kasar sedemikian rupa mempertahankan projek tersebut dan menerima bantahan rakyat secara positif dan bijaksana. Sikap lepas tangan MB Terengganu mempertahankan syarikat MZ Hankujaya milik Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu tersebut adalah sangat dikesalkan.
Parti Keadilan Rakyat akan terus bersama penduduk Kg. Banggol Donas dlm perjuangan.mereka . Inilah sikap sebenar MB Terengganu dan Umno Terengganu dalam menginaya dan menzalimi rakyat tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan. Slogan memperjuangkan orang melayu adalah slogan kosong yg bersifat politik semata-mata.

Selamatkan Terengganu

Fariz Musa
Ketua Penerangan
Majlis Pimpinan Negeri Terengganu
Negeri Terengganu