klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 8 Oktober 2010

AMK TERENGGANU BERSAMA WAKIL PENDUDUK KG. BANGGOL DONAS , KUALA TERENGGANU SERAH MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM

Hari ini 8 Oktober 2010 , Jam 10.45 pagi , bertempat di Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM ) , AMK Terengganu bersama En. Salleh Embong , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perduduk Kg. Banggol Donas telah menghantar memorandum dan aduan rasmi kepada pihak SUHAKAM berkaitan PROJEK PEMBINAAN JALAN DARI KG. JERAM KE KG. BANGGOL TUAN MUDA secara jelas telah berlaku pelanggaran hak asasi manusia berhubung terhadap Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan " Hak terhadap Harta", yakni harta benda seseorang tidak boleh di rampas atau di ambil tanpa diberikan pampasan yang sewajarnya dan ketidakpatuhan prosedur Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) oleh Kerajaan UMNO Negeri Terengganu .

Turut mengiringi En. Salleh Embong ialah Sdr. Fariz Musa ,Ketua AMK Negeri Terengganu . Memorandum tersebut telah diterima oleh En. Muhammad Sha'ani bin Abdullah , Pesuruhjaya SUHAKAM dan termasuk menerima aduan secara lisan penjelasan isu tersebut .

TUJUAN LAPORAN KEPADA SUHAKAM ialah agar pihak SUHAKAM mengambil siasatan dan tindakan terhadap perkara di bawah :

a) Meminta Suhakam meyiasat pelanggaran Akta Pengambilan Tanah 1960 (Aktta 486)

b) Meminta Suhakam menyiasat peranan kontraktor dan JKK Kg Banggol Donas yang memujuk dan mempengaruhi penduduk dengan pelbagai taktik supaya membenarkan kontraktor buat dulu bayar kemudian. Perbuatan ini bercanggah dengan Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan.

c) Menyiasat Kenapa Pihak Berkuasa Negeri mengabaikan surat-surat bantahan dari Jawatankuasa Bertindak Pendudik Kampung Banggol Donas. Kami berhak mendapat maklumat berhubung pelaksanaan projek kerana ianya melibatkan tanah dan rumah kediaman kami. Apabila Pihak Berkuasa Negeri membisu dan kontraktor mneruskan kerja-kerja pembinaan, ianya suatu penderaan mental kepada kami.

d) Meminta Suhakam menyiasat kenapa Pihak Berkuasa Negeri membiarkan kontraktor menjalankan kerja-kerja pembinaan sebelum pampasan di bayar kepada pemilik tanah. Kenapa prosedur pengambilan tanah tidak di patuhi?. Tindakan Pihak Berkuasa Negeri seakan-akan mendera dan memaksa kami menyerah tanah sebelum pampasan di bayar.

e) Meminta Suhakam mengadakan inquiri awam.

f) Meminta Suhakam mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu menghentikan kerja-kerja pembinaan projek sehinggalah perkara-perkara berikut selesai:

i) Kerajaan mengadakan perbincangan dengan pendudok kampung untuk mengubah jajaran di kawasan penempatan.

ii) Kerajaan membayar semua pampasan kepada pemilik tanah/rumah yang terlibat mengikut FASAL 13 Perlembagaan Persekutuan.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak penduduk sejak tahun 2008 , antaranya ialah :

a) Pada 31hb. Jan 2008 ditujukan kepada Pengarah JKR Terengganu dengan tangan, sk YAB Menteri Besar Terengganu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ketua Bahagian Umno Kuala Nerus, ADUN Teluk Pasu dan Jurutera Perunding Mecip.

Diikuti perbincangan di antara wakil pendudok, Ahli Parlimen Kuala Nerus dengan Pengarah JKR Terengganu pada 11hb. Jan. 2008. Dalam perbincangan tersebut Pengarah JKR memaklumkan kebiasaanya JKR tidak akan tanda-tangan kelulusan selagi bantahan pendudok kampung tidak di selesai oleh Pihak Berkuasa Negeri.

b) Pada 30hb. April 2008 ditujukan kepada YAB Menteri Besar Terengganu dengan tangan, di serahkan kepada SUP Menteri Besar Terengganu setelah wakil pendudok mengadakan perbincangan dengannya.

c) Pada 6hb. Jun 2008 ditujukan kepada Ketua Pengarah JKR Malaysia dengan tangan.

d) Pada 30hb. Dis 2009 ditujukan kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu dengan tangan, sk Pengarah JKR Negeri Terengganu, Unit Rekabentuk Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Perunding SSE dan Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

e) Pada 14hb. April 2010 ditujukan kepada YAB Perdana Malaysia dengan pos laju.

f) Pada 14hb. April 2010 ditujukan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu atas dasar projek ini menggunakan DANA KHAS dengan pos laju.

g) Pada 22hb. April 2010 di tujukan kepada Menteri Kerja Raya dengan pos laju. Pada 6hb. Mei 2010 di faxkan semula ke pejabat Menteri melalui nombor 03-27116361 setelah didapati surat asal tidak sampai ke pejabat Menteri.

h) Pada 19hb. Jul 2010 di tujukan kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, sk YAB Menteri Besar, EXCO Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Pengarah JKR Negeri dan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu dengan AR Register.

Malangnya tiada pihak bertindak memberikan respon atau menjawab isu tersebut dan projek tersebut terus berjalan tanpa sebarang tindakan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu mahupun kerajaan Pusat terhadap projek Dana Khas tersebut .

Difahamkan projek pembinaan jalanraya tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Terengganu iaitu MZ Hankyu Jaya . AMK Terengganu telah beberapa kali meminta sdr Saiful Bahari , Ketua Pemuda UMNO Terengganu untuk menjawab berkaitan isu tersebut termasuk jemputan berdebat . Tapi beliau terus berdalih dan menolak berdebat atau berdialog dengan AMK berkaitan isu pembinaan jalan yang berharga RM226 Juta yang hanya 5.6 KM sahaja . BAYANGKAN RM40.3 JUTA UNTUK 1 KM !!!!!!!

Projek pembinaan jalan di kampung banggol Donas telah dimulakan semenjak awal April, 2010 dan bingga ke hari ini Notis Pengambilan Tanah sepertimana yang dikehendaki mengikut Akta pengambilan tanah 1960 (Akta486) tidak dipatuhi oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Pemilik tanah tidak pernah menerima notis pengambilan sepertimana yang dikehendaki mengikut seksyen 10 (Borang E) Akta Pengambilan Tanah 1960 dan pampasan masih belum dibayar oleh Kerajaan Negeri.

Penduduk Kampung Banggol Donas juga telah menghantar bantahan terhadap jajaran yang kawasan penempatan. Sebanyak 22 rumah kediaman terlibat dengan cadangan jalan tersebut. Tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan dan tiada dialog dibuat dengan pihak penduduk oleh kerajaan tetapi menggunakan JKKK Kg. banggol Donas untuk mengugut , memujuk dan merasuah para penduduk untuk bersetuju untuk berpindah .

Kami merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rekabentuk, kebiasaanya pembinaan jalan baru bertaraf lebuhraya ianya melencong untuk mengelak dari terlibat kawasan penempatan tetapi dalam kes ini berlaku sebaliknya.Kami di fahamkan reka-bentuk jajaran di Kampung Banggol Donas ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu yang berselindung atas nama persetujuan JKK Kg. Banggol Donas.

Status tanah di kampung ini semuanya dalam kategori tanah pertanian/kampung kecuali tanah milik Pengerusi JKK serta keluarganya berstatus bangunan.Beliau dan keluarga tidak meyuarakan apa-apa bantahan, dan tidak pula membantu menyelesaikan masalah pendudok kampung yang terlibat dengan pembinaan jalan.Selain dari tanah Pengerusi dan keluarga JKK, jajaran ini juga melibatkan tanah bekas Pengerusi JKKK. .

Jajaran yang di cadangkan melibatkan kawasan penempatan yang luas dengan kelebaran melebihi 200 kaki di kampung Banggol Donas yang akan mengorbankan 22 buah rumah kediaman, melenyapkan sebahagian dari kawasan penempatan.

Pertemuan tersebut juga turut dihadiri Sdr./ Muzafeq Mohamad ( Timbalan Ketua AMK Terengganu ) , Sdr. Rozan ( AMK Wilayah ) dan Sdr Fareez Kamal ( AMK Labuan ) , Sdr. Juzarim Isma ( AMK Selangor ) dan Sdr. Halimi ( Keadilan Cabang Subang )

Pertemuan dengan Pesuruhjaya SUHAKAM tersebut sangat memberangsangkan dan beliau telah menjelaskan dengan baik dan meminta kami meneruskan perjuangan ini . Beliau berjanji akan hari ini menghantar surat kepada pihak SUK Terengganu dan mengadakan lawatan ke Kg. Banggol Donas .