klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 4 Julai 2009

Pecat Johari, PKR Kecewa Tindakan Guan Eng

GEORGETOWN [2.35 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa dengan sikap tidak bermuafakat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim, sehingga membawa kepada pemecatannya, minggu lalu. Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata sebelum ini PKR pusat sudah membuat keputusan supaya Johari tidak dipecat kerana beliau menyesal dengan perbuatan memboikot majlis pelantikan Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, bulan lalu.
Malah, katanya, Johari juga sedia berjumpa dengan Ketua Menteri berhubung perkara itu, tetapi malangnya Guan Eng enggan bertemu dengan pemimpin PKR berkenaan. "Saya rasa ini satu sikap yang tidak bermuafakat. Malah, kalau kita mahu bersikap seperti Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan, pemimpin Islam yang bersifat penuh belas kasihan dan adil, jika ada ada orang membuat kesilapan, kita harus bertolak ansur dan mahu mendengar bukannya ambil sikap tidak mahu berjumpa langsung.
"Ini bukan pandangan peribadi saya, ini pandangan ahli PKR sebab keputusan dibuat oleh kepimpinan parti. Ia bukan keputusan Ketua Umum atau Presiden tetapi keputusan bersama kepimpinan peringkat pusat dan negeri," katanya

Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib

KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman , yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak.
Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak. Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak.
"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri. "Sebagai bekas pendakwa raya utama negara dan Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

Dr M: Where did Petronas money go?

KUALA LUMPUR, July 3 — Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad today asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister.
The former prime minister, a trenchant critic of Abdullah, wrote in his www.chedet.cc weblog that Petronas has been paying dividends, taxes, royalty and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels.
"Where has the money gone to?" Dr Mahathir asked.
He said Petronas began by paying RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when he assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.
"From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion," he said. It is not known if the figures were adjusted for foreign exchange fluctuations as oil is usually quoted in US dollars.
"I am sure the government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on," said Dr Mahathir, who retired as prime minister in favour of Abdullah, who stepped down in early April.
His remarks today came after a June 25 announcement by Petronas that it had paid RM30 billion in dividends to the federal government for the financial year ended March 31, 2009.
The amount was despite a 14 per cent decline in net profit to RM52.5 billion due to lower crude oil prices and higher operating costs and included a special dividend of RM6 billion which was declared in the last calendar year. Petronas paid out RM24 billion in the previous financial year.
Apart from the dividends, Petronas — the country's only Fortune 500 company — also paid RM29.4 billion taxes, RM6.2 billion royalties and RM2.2 billion export duties for the last financial year, totalling RM67.8 billion to the federal government against RM56.8 billion in the previous year. -by Malaysian Insider.

Kenyataan Akhbar dan Edaran Risalah Gerakan Mansuh ISA

4 Julai 2009 , jam 2 petang , bertempat di hadapan Pasaraya SOGO , Kenyataan akhbar dan edaran risalah oleh GMI bersama Tuan Haji Mohamad Sabu .

Datang beramai-ramai !

MANSUHKAN ISA !
Jangan Lupa ! Perhimpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 !

KEM POLITIK PERDANA AMK

Angkatan Muda Keadilan Pusat menganjurkan Kem Politik Perdana AMK pada 4 - 5 Julai 2009 bertempat di Carlton Holiday Hotel , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan . Program ini dijangka akan menghimpunkan seluruh pimpinan kanan Cabang-Cabang seluruh negara .
YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menyampaikan Amanat Perdana pada 5 Julai 2009 .
FM - saya beru sudah siapkan power point untuk disampaikan dalam kem politik perdana ...