RM52 bilion saham bumiputera lesap, menteri digesa umum agihan
PETALING JAYA: KEADILAN menggesa Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Mustapa Mohamad mengumumkan senarai 1.5 bilion penerima saham khas bumiputera yang diagihkan kerajaan tahun lalu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, KEADILAN melahirkan kebimbangan terhadap pengurusan agihan saham khas bumiputera yang menyebabkan sejumlah RM52 bilion daripada RM54 bilion saham lesap.
“Pada tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan, kononnya kepada pelabur Bumiputra.
“Tahun 2010 juga menyaksikan apungan saham yang terbesar, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham,” kata Saifuddin dalam satu kenyataan media.
Beliau mengulas kenyataan Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas berkenaan dan dakwaannya yang menyatakan bahawa kerajaan Umno-BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22 peratus.
Menurut Saifuddin, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas tersebut, bermakna saham yang bernilai berbilion ringgit itu diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di ‘sebalik’ nama Bumiputra.
“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.
“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujar Saifuddin.
Justeru itu katanya, KEADILAN menggesa Datuk Mustapa sebagai menteri yang bertanggungjawab mengumumkan sepenuhnya penerima saham berkenaan dan mekanisme bagi sistem agihan yang lebih baik bagi mengelak penyelewengan.
Katanya, isu itu juga akan dibawa pada sesi parlimen akan datang bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban kementerian terbabit. -keadilandaily





Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.
BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.
Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.
Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.
Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.
Ram juga berhujah satu 'allele' yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.