klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 22 Februari 2011

Bantuan Pakaian Sekolah : Gila apa ? RM12 juta untuk 12 ribu pelajar seluruh Terengganu !

February 16, 2011

AGIHAN PAKAIAN SEKOLAH DI TERENGGANU DITANGGUH KERANA PERTINDIHAN PERMOHONAN

KUALA TERENGGANU, 16 Feb (Bernama) — Kerajaan Terengganu terpaksa menangguhkan pengagihan bantuan pakaian sekolah kepada pelajarnya disebabkan terdapat 2,654 permohonan bertindih beberapa kali.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata permohonan yang bertindih itu mungkin disebabkan ibu dan bapa murid sudah berpisah.

“Pertindihan mungkin berlaku apabila ibu buat permohonan, bapa buat permohonan, mungkin nenek pun ada buat permohonan kerana pelajar tinggal bersamanya,” katanya selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ahmad berkata perkara disedari apabila disemak melalui kad pengenalan dan surat beranak pelajar melalui data peribadi mereka.

Program agihan bantuan pakaian sekolah yang menelan kos RM12 juta itu sepatutnya bermula minggu depan terpaksa ditunda sehingga dua minggu lagi berikutan masalah yang berlaku itu.

Kini terdapat 106,000 permohonan bagi mendapatkan bantuan pakaian sekolah manakala yang layak adalah 12,000 pemohon, kata Ahmad.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan