klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 11 Julai 2011

NAJIB, HISHAM DAN IGP ISMAIL WAJIB DIDAKWA

9 Julai menyaksi bagaimana kebangkitan rakyat yg sungguh luar biasa dalam usaha secara soladiriti dan kolektif dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 . Kehadiran puluhan ribu rakyat ke jalanraya sebagai tanda komitmen terhadap usaha dan tuntutan BERSIH akan cita-cita merealitikan satu sistem pilihanraya yg benar-benar adil dan telus agar SPR menjadi satu badan berkecuali dan mampu diyakini serta menjadiorganisasi yg berkecuali.

Usaha mengekang perhimpunan ini begitu serius diambil dan saya antara salah seorang yang turut menjadi mangsa daripada tindakan dan arahan Menteri Dalam Negeri apabila ditangkap dan dituduh di bawah Akta 47 Akta Pertubuhan Haram 1966 yg turut melibatkan ratusan yang dikenakan tindakan sama kerana baju BERSIH dan kuning. Perkataan dan warna kuning tersebut menjadi HARAM dan sangat merbahaya. Luar biasa tindakan yang diambil.

Rakyat terus ditekan dengan segala tindakan . Sekatan jalanraya, ugutan dan propaganda menjadi senjata bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut. Usaha mempaletkan BERSIH dengan isu komunis, ganas, menderhaka kepada YDP Agong dan sebagainya termasuk menjumpai parang dan molotovcoktail sedikit pun tidak mengugat para demonstran untuk turun dengan berani .

Pertama kali dalam sejarah perhimpunan yg turut disertai oleh rakyat pelbagai kaum dan agama telah bersatu dalam rasa kekitaan dan semangat kekeluargaan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi berkelangsungan dalam negara .

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah mencapai kejayaan . Semua usaha yg dilakukan untuk mengagalkan perhimpunan ini ternyata GAGAL! Rakyat ternyata berani untuk berdepan dgn apa sahaja risiko . Seramai 1667 orang ditangkap termasuk 16 orang adalah meruapakan kanak-kanak. Satu tindakan melampau dan zalim dilakukan oleh pihak polis dgn arahan yang dilakukan oleh pemerintah zalim UMNO/BN.

Pihak polis menjadi alat bagi memenuhi citarasa kerakusan kuasa dan menjadi hamba kepada taikon-taikon UMNO/BN agar terus mempertahankan kuasa dan tahkta mereka. Sedangkan gaji sebulan seorang anggota polis ialah bayaran 1 jam mereka bepoya-poya . Pegawai dan anggota bawahan polis menjadi mangsa kerana arahan PM , Menteri dan Pegawai Tertinggi Polis . Rakyat menjadi mangsa tanpa rasa belas kasihan .

Ramai pimpinan termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Ambiga dan ramai lagi ditangkap dalam tindakan dan cara yang keterlaluan. Walaupun mereka disenarai hitamkan dengan menggunakan perintah mahkamah , mereka tetap hadir ke Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada rakyat yang turun ke perhimpunan tersebut. Sikap berani pimpinan yang patut dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia yang ingun melihat perubahan dan reformasi.

Usaha mereformasikan sistem pilihanraya negara adalah usaha murni bagi mengangkat maruah dan mertabat SPR yg benar-benar silihat berat sebelah dan ketelaluan . Perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah mafestasi kesungguhan rakyat terhadap perjalanan pilihanraya yang benar-benar bersih.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah berjaya menafikan segala propaganda dan psywar yg cuba memburuk-burukkan perhimpunan. Tiada sepohon pokok pun dicabut oleh para demonstran. Tiada huru-hara pun yang dicetuskan oleh mereka kecuali apabila pihak FRU mengambil jalan brutal menembak dengan gas pemedih mata dan pan utan air daripada water canon . Tindakan brutal polis dengan arahan Najib, Hisamuddin dan IGP Ismail adalah menjadi punca kepada beberapa insiden termasuk termasuk kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan kematian seorang demonstran Allahyarham Sdr. Baharudin Ahmad , 55 tahun ekoran sesak nafas akibat terkena gas pemedih mata . Beliau mati dalam keadaan tangan bergari!

Sepanjang perhimpunan yang berlangsung , tiada kerosakkan yang berlaku. Mereka berjalan dengan aman dan tersusun. Tiada kerosakkan harta benda yang berlaku atau cubaan merosakkan kenderaan , kedai-kedai atau berlaku pergaduhan yang mencetuskan ketegangan ketika itu. TIADA!

Kenyataan bohong IGP Ismail benar-benar mengambarkan sikap balaci kepada pimpinan UMNO sangat-sangat dikesali. Perhimpunan BERSIH 2.0 berlangsung secara aman telah bertukar menjadi kalut apabila tindakan pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata . Saya berada dibarisan depan bersama Datuk Chua Jui Meng sewaktu bergerak ke Stadium Merdeka. Meredah hujan lebat daripada kumpulan yang kecil menjadi satu kumpulan yang besar. Kami berhenti betul-betul dihadapan kawat besi berduri yang dihalang oleh pihak polis daripada kami merapati Stadium Merdeka. Jumlah polis yang berada di situ bersama FRU adalah sangat sedikit berbanding dengan jumlah pukuhan ribu para demonstran.

Kami boleh mengambil sikap untuk merempuh halangan tersebut . Jumlah kami terlalu besar berbanding jumlah polis yang berkawal. Tetapi sebagai warganegara yang baik, yang menghormati seragam polis . Kami berhenti di situ dan usaha berunding dengan pegawai-pegawai polis agar membenarkan kami masuk ke kawasan stadium. Walaupun usaha tersebut gagal , kami memohon untuk berucap dan pihak polis membenarkan dalam tempoh 5 minit.

Selepas 5 minit , seperti yang dijanjikan , kami beredar daripada situ dengan aman tanpa sebarang insiden berlaku. Itulah sebenar para demonstran yang menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik. Kumpulan kami pecah sewaktu sampai di kawaan berhampiran Central Market apabila ditembak dengan gas pemedih mata .

Dari situ , kami terus berarak ke KLCC, kerana lebih daripada 5 ribu orang sedang berhimpun di sana. Lokasi terakhir perhimpunan. Perhimpunan akan berakhir di situ selepas ucapan dan amanat pimpinan . Tapi malangnya, sikap pihak polis terutama FRU telah mengakibatkan suasana menjadi kelam kabut. Tembakan air daripada watercanon dan gas pemedih mata bagi tujuan menyuraikan perhimpunan aman tersebut telah bertukar menjadi gawat.

Allahyarham sdr. Badarudin yang terperangkap dalam kekalutan tersebut telah terhidu ga pemedih mata sehingga beliau ditangkap dan digari. Beliau telah menghembuskan nafas dalam keadaan tangan beliau digari.

Apa yang berlaku adalah gambaran jelas betapa ganas dan zalim pihak polis terhadap rakyat yang tidaj bersenjata. Tidak melawan atau mengambil sikap ganas .

Najib Razak , Hisamuddin Hussein dan IGP Ismail wajar bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Semua ini adalah atas arahan daripada mereka. Ke tiga-tiga mereka sekarang ini sedang bersilat seolah-olah mereka tidak bersalah dan bertanggungjawab dengan insiden tersebut. Kenyataan bohong IGP benar-benar mengecewakan rakyat dan menganggap beliau adalah lebih teruk daripada IGP2 lain sebelum ini.

Tidak perlu berdolak dalih lagi. Najib , Hisamusdin dan IGP Ismail WAJIB bertanggungjawab dan diambil tindakan terhadap apa yang berlaku . MEREKA WAJIB DIDAKWA DI ATAS TINDAKAN JENAYAH DILAKUKAN TERHADAP RAKYAT !

Malah termasuk mengengkari titah DYP Agong yang telah bersetuju agar perhimpunan diadakan di stadium. BERSIH 2.0 telah bersetuju untuk berhimpun di stadium di atas nasihat DYP Agong . Tapi malangnya sikap Najib, Hisham dan IGP Ismail benar-benar menderhaka DYP Agong .

Apa yang berlaku bukan akhirnya. Bangkitlah rakyat menolak kezaliman pemerintah yang dikuasai oleh UMNO / BN.

KITA BANGUN & LAWAN!

1 ulasan:


  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D








    BalasPadam