klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 21 Mac 2011

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks


Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini. Dia menyifatkan dakwaan itu sebagai "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. NONE

Pada masa itu video dikatakan dirakamka, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu-cucu.

Katanya, beliau telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan yang beliau bukan lelaki dalam video tersebut.

Sambil tersenyum Anwar berkata, lelaki dalam video itu "berperut buncit" berbanding dengan perutnya. "Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

ISU VIDEO SEKS : MAHFUZ BIDAS HISAMUDDIN


Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .

“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.

Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik

Oleh Wira Arjuna


Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.

Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu Negara?

Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.

Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.

Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?

Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?

Jelas tujuan untuk “menyembunyikan’ video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.

Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan’ video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.

Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.

Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.

Umno "Rasuah" Jawatan Kepada Pemimpin PKR Untuk Keluar Parti

KUALA LUMPUR 21 MAC: Pengumuman keluar parti oleh pemangku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ibrahim Sidek dipercayai berikutan tawaran jawatan ketua kampung yang pernah dinyatakan beliau sebelum ini.


Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Turut berbuat demikian, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanita PKR, Fadzilah Abd Wahab.

Bercakap kepada pemberita Tv Selangor, Azan menolak dakwaan media yang melaporkan kononnya 300 ahli PKR kawasan itu keluar parti semalam.

Namun katanya, hanya tiga orang sahaja yang terlibat manakala selebihnya adalah golongan remaja yang masih belum diiktiraf daripada menyertai parti itu.

"Sebenarnya Ibrahim Sidek sebelum ni pernah berjumpa dengan kami den menyatakan secara terus-terang menyatakan bahawa ada tawaran untuk jawatan ketua kampung dan sebagainya, saya cuma beri nasihat kepada kawan-kawan yang lain supaya berhati-hati untuk mengelakkan daripada tertipu.

"Yang selebihnya tu bukan ahli kita, kebanyakannya terdiri daripada golongan yang masih lagi tidak layak untuk menyertai parti (remaja)," jelas Azan.

Tambah beliau lagi, ahli-ahli terbabit yang keluar turut mengesahkan bahawa mereka diberi tawaran akibat daripada tindak-tanduk Umno-Barisan Nasional yang terdesak dalam mencari sokongan rakyat.

"300 orang yang dikatakan terbabit akhirnya mengesahkan bahawa BN dan Umno agak terdesak dan benda ni berlaku tak ada apa yang logik kecuali mereka bimbang atas sokongan rakyat yang ada dan juga persiapan kami untuk menghadapi pilihanraya," tambahnya.

Menurut beliau lagi, Umno-Barisan Nasional telah lama merancang untuk menarik keluar mereka menyertai Umno iaitu sebelum pilihanraya Kerdau lagi, dengan memberi tawaran "gula-gula" untuk memperdaya mereka.

Dan mereka merasa perlu untuk melakukan sesuatu termasuk dengan cara menawarkan tawaran-tawaran atau memberi tawaran manfaat supaya ahli-ahli percaya,"

Beliau turut bersimpati dengan pemimpin Umno-BN yang dilihat masih berada di takuk lama lagi apabila masih menggunakan taktik basi yang sudah sinonim dengan rakyat dalam mengubah landskap politik negara.

Video fitnah paling jahat sedang ditunjuk kepada editor2 media Umno

KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.

Video itu telah ditunjukkan kepada editor-editor media milik Barisan Nasional dalam sebuah sidang akhbar rahsia di hotel Carcosa Seri Negara sebentar tadi.

Seorang yang menonton video tersebut memberitahu keadilandaily.com bahawa ia adalah jelas satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelasng pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Akhbar-akhbar perdana dan stesen-stesen TV yang dimiliki Barisan Nasional dijangka akan menyiarkan berita mengenainya segera.

Video palsu ini adalah tindakan paling jahat oleh regim BN setakat ini, melebihi kerakusan Nazi di bawah Hitler.

Karpal Timbang Heret Najib Kerana Hina Mahkamah

KUALA LUMPUR 21 MAC : Peguambela utama kes fitnah kedua, Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Hal ini kerana Najib pada kempen pilihanraya negeri Sarawak, di Serian pada Sabtu lalu telah mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

Karpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas
nama-nama besar, khususnya (Najib),”ujarnya kepada pemberita.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Tak pernah dibuktikan DNA datang dari semen – Pakar


KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa DNA yang dikemukakan oleh pendakwa adalah dipalit secara tipu helah disahkan oleh seorang pakar DNA, Dr Brian L McDonald.

Ini kerana menurut beliau, bukti-bukti DNA yang dibawa sepanjang perbicaraan adalah tidak relevan kerana ia bukan datang dari semen milik Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dari anus Saiful.

“Tidak ada satu pun keterangan yang membuktikan bahawa DNA ‘Lelaki Y’ (yang dikemukakan di mahkamah) diperolehi dari semen milik Anwar atau dari anus pengadu (Saiful),” kata Dr Brian.

Beliau menambah, malah pakar-pakar kimia yang dikemukakan oleh pihak pendakwa sebagai saksi, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dalam kes ini juga gagal membuktikannya.

“Dr Seah, walaupun menyatakan sampel DNA tersebut diambil dari anus tertuduh, tetapi gagal mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya,” kata beliau dalam emel kepada KeadilanDaily.

Malah, tambah beliau keterangan Dr Seah and Nor Adora dalam mahkamah juga bercanggah dan tidak konsisten.

Dr Brian mempunyai PhD dalam bidang Phatologi dari University of Western Australia. Beliau yang beroperasi di Australia mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang DNA dan Forensik.

Pendapat Dr Brian ini mengesahkan teori konspirasi umum bahawa DNA Anwar diambil ketika beliau di dalam lokap, kemudiannya dipalit ke sampel bagi mewujudkan bukti.

justice for anwar ! keadilan untuk anwar !


21 mac 2011
9 pagi
di mahkamah jalan duta

datang beramai-ramai !

Selangor, PP sumbang kenderaan 4WD bantu anak Penan ke sekolah

Khalid bersama pimpinan KEADILAN Sarawak dalam usaha membantu anak Penan

Menyedari masalah yang menghimpit anak-anak masyarakat Penan di Sarawak dalam meneruskan pelajaran, dua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, menghulurkan sumbangan berharga.

Ia berikutan anak-anak masyarakat Penan berdepan masalah pengangkutan berikutan faktor georgrafi dan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Taib Mahmud menyediakan prasarana sewajarnya.

Oleh itu, kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Selangor – dua negeri paling maju di Semenanjung Malaysia menderma kenderaan pacuan empat roda (4WD) Mitshubishi Triton dan sejumlah RM10,000 sebagai dana penyelengaraan.

Ironinya, Sarawak juga antara negeri paling tinggi pelaburannya di Malaysia tetapi masalah pengagihan kekayaan yang tidak menyeluruh dan dibolot kroni Taib, menyebabkan rakyat kekal miskin.

Pada satu majlis di Kuching, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan replika kunci kepada disampaikan kepada Peguam bagi Kumpulan Penyokong Penan (PSG) iaitu Baru Bian dan See Chee How serta beberapa wakil Penan dari Ulu Baram.

“Saya tak sangka Menteri Besar Selangor yang akan buat kerja ini (beri bantuan). Ia sepatutnya dilakukan Ketua Menteri Sarawak (Taib Mahmud),” kata Khalid, sinis.

Gani Dalangi Pemalsuan Bukti Terhadap Anwar, Kata Bekas Pegawai Polis

SHAH ALAM 20 MAC :Pejabat Peguam Cara Malaysia masih belum memberikan jawapan kepada seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Surat memohon penjelasan itu dihantar oleh Senior Assistant Komisioner 11 Mat Zain Ibrahim, pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada awal tahun ini selepas usahanya untuk mendapatkan penjelasan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Berikut disiarkan beberapa sedutan daripada surat Mat Zain kepada Datuk Idrus Harun pada 5 Januari lalu, berikutan desakan-desakan pengikut Umno mahukan Anwar memberi sampel DNAnya untuk perbicaraan kes liwat fitnah dua.

Surat yang dimaksudkan bertajuk : “Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998”.

Persoalan utama adalah seperti berikut di bawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain yang disediakan oleh Dr Abdul Rahman Yusof. Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail. Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Eksibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa tarikh disediakan oleh Dr Rahman di antara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh (Allahyarham) Tan Sri Mohtar Abdullah Peguam Negara ketika itu?

6.2. Benar atau tidak dua (2) daripada tiga (3) Laporan di atas, iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Eksibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di- Raja tersebut, dan dirakamkan dalam Laporan Suruhanjaya berkenaan?

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail, tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginga Yang di-Pertuan Agong?

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan), dan/atau Dr Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam), sama ada secara bersendiri atau berpakat, tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut di atas, bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut, kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh wujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya?

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja, saya yakin YBhg Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam, tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat, saya inginkan YBhg Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan seseorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

Pakatan Rakyat akan hapus saman ekor

TERENGGANU: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat berikrar akan menghapuskan peraturan saman ekor jika memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah,” katanya ketika berceramah di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Jertih malam tadi.

Hadir dalam majlis itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Sementara itu, ketika mengadakan sidang media selepas itu, Abdul Hadi Awang berkata beliau yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Ia katanya berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP.

“Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini,” katanya.

NAJIB TERLIBAT DENGAN FITNAH 2 !

‘Keberanian’ Najib bukti terlibat atur kes Fitnah II


KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak memperalat media tempatan untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dengan menawarkan DNA beliau sendiri, membuktikan penglibatannya Perdana Menteri itu dalam kes Fitnah II.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, desakan berkenaan sekadar mengesahkan Presiden Umno itu terlibat dalam mengatur konspirasi menjatuhkan Anwar.

“Bila Najib kata ‘Anwar patut serah DNA,’ dan ‘kami mahu tahu siapa Jantan Y,’ dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).

Malah, Sivarasa yang juga seorang peguam, percaya kenyataan Najib itu umpama arahan berselindung atau isyarat kepada mahkamah untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA.

“Tak wajar Najib mengeluarkan kenyataan begitu kerana ia seolah-olah cuba mempengaruhi mahkamah. Ia boleh dilihat sebagai arahan kepada mahkamah untuk menekan Anwar.

“Malah, ia juga satu penghinaan pula terhadap sistem perundangan,” katanya.

Merujuk kenyataan Najib yang ‘tidak takut menyerahkan DNA’ dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Sivarasa berkata, ‘keberanian’ Najib hanya wayang yang tidak memberi sebarang makna.

Merujuk kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada 2008 dalam akuan bersumpah pertama yang mendedahkan Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya, beliau berkata:

“Tak guna dia (Najib) serah DNA. Tubuh Altantuya sudah tiada,” katanya dan menyatakan DNA Najib hanya perlu jika tubuh Altantuya tidak diletupkan.