klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 1 Julai 2009

Kes Anwar didengar Jumaat - Malaysiakini

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan dakwaan kes liwat bekas pembantunya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat ini.Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini tetapi ditunda berikutan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan semalam.Penangguhan ini bagi membolehkan Mahkamah Rayuan mendengar rayuan penasihat PKR itu terhadap keputusan yang memerintahkan perbicaraan kes liwat didengar di Mahkamah Tinggi.

Anwar: BN jangan main-main, dedah bukti tahanan ISA pengganas sekarang!


July 01, 2009 2:35 PM

Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas.“Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan,” kata Anwar.Anwar menjelaskan tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang.“Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara,” tambah Anwar.Anwar menyeru pihak berkuasa supaya jangan bersikap hipokrit kerana kerajaan Umno-BN sendiri mempunyai hubungan dengan pemimpin askar pembebasan Mujahideen dan Al-Qaeda.
“Saya mengiring Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE,” kata Anwar.TVA

SURAT SAMAN DARIPADA DATUK BANDAR MBKT


Saya telah menerima surat saman daripada peguam kepada Datuk Bandar Majlis bandaraya Kuala Terengganu semalam 30 Jun 2009 oleh Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu sdr. Muzafeq melalui Tetuan Mohd. Sofian & Co berkaitan kenyataan saya kepada beliau isu pengeluaran CF oleh Datuk Bandar MBKT .

Beliau meminta agar saya membuat permohonan maaf dalam tempoh 14 hari termasuk membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka melalui akhbar Sinar Harian .

Persoalan memohon maaf adalah sangat kecil dan saya bersedia membuat permohonan maaf tersebut jika kesilapan fakta dan kekeliruan terhadap isu tersebut . Saya bertanggungjawab terhadap kenyataan saya . Sepertimana diungkapkan oleh Almarhum Dr. Usman Awang ; berani kerana benar tunduk bila bersalah .

Selepas mendapat penjelasan dan membaca kenyataan rasmi oleh MAMPAT saya benar-benar hairan bagaimana tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak Polis dan SPRM terhadap mereka yang bertanggungjawab kepada stadium tersebut .

JKR Negeri Terengganu bertanggungjawab dan terlibat secara langsung dalam pembikinan stadium tersebut dan JKR Negeri Terengganu wajib bertanggungjawab terhadap tragedi runtuhnya stadium yang berprestij tersebut yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta .

Saya tidak akan berdiam diri demi kepentingan rakyat . Isu ini sekarang bagaikan dibisukan daripada perbualan umum serta media massa dan sehingga sekarang tiada tindakan diambil .

farizmusa.blogspot.com

TAHNIAH YB S.MANIKUMAR ! SYABAS SAHABATKU DI TAMAN LEMBAH PERMAI !

Pada malam ini bertarikh 25.06.2009, bertempat di ( N25 Bukit Selambau ) Taman Lembah Permai Sg,Lalang, Sg, Petani, Kedah, PAS Cawangan Taman Lembah Permai Sg. Lalang telah mengadakan satu program Penyerahan Wang Bantuan untuk anak di taman tersebut iaitu adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad yang akan melanjutkan pengajian ke UUM Sintok Kedah pada 28.06.2009.
Turut hadir ialah Yb S. Manikumar ADUN Bukit Selambau yang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah dijemput untuk bersama-sama bagi menjayakan dan melakukan penyerahan wang kepada adik Ain Nazuha Syahema . Wang tersebut dikutip dari hasil inisiatif ahli-ahli Cawangan Pas Taman Lembah Permai, ianya adalah bertujuan untuk membantu dan memotivasikan anak-anak taman ini agar bersemangat untuk belajar.
Yb S, Manikumar juga telah menyampaikan ucapan dan memberikan kata-kata semangat kepada adik Ain Nazuha Syahema Binti Mohamad. Yb juga berharap kami dapat meneruskan lagi usaha-usaha murni ini disamping berpolitik secara bersih dan memberi komitmen yang tinggi terhadap masyarakat, tidak mengira usia,kaum dan darjat.sekian.

oleh : Along Taman Lembah Permai

Anwar dakwa BN akan main kotor di Manek Urai

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.
Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.
Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.Anwar merayu terhadap keputusan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di MahkamahTinggi pada 8 Julai depan.

'Puaka' hantui dua siswa UM - Malaysiakini

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.
Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.
Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.
Rosmah atau suaminya Datuk Seri Najib Razak setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa pernah bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.