klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 1 Julai 2009

Anwar: BN jangan main-main, dedah bukti tahanan ISA pengganas sekarang!


July 01, 2009 2:35 PM

Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas.“Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan,” kata Anwar.Anwar menjelaskan tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang.“Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara,” tambah Anwar.Anwar menyeru pihak berkuasa supaya jangan bersikap hipokrit kerana kerajaan Umno-BN sendiri mempunyai hubungan dengan pemimpin askar pembebasan Mujahideen dan Al-Qaeda.
“Saya mengiring Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE,” kata Anwar.TVA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan