klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 4 April 2011

Kaum Iban berpaling tadah, tekad untuk menangkan Pakatan

SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.

Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.

“Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung.

“Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.

Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru.

“Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.

“Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,’ katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik.

Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.

“Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang. Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah,” katanya.