klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 27 Mac 2011

UTUSAN MALAYSIA : UTUSAN MENIPU !

Twitter : PKR Jawab Utusan Malaysia

LAPORAN MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA 26 MAC 2011 ADALAH FITNAH

KEADILAN mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia bertarikh 26 Mac 2011 bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda UMNO yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Saya sertakan di sini bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s ds Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets. Oleh yang demikian, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya diantara jam 1038 malam hingga 1106 malam seperti petikan skrin yang dilampirkan disini.

Pada masa ini jugalah iaitu diantara 1020 malam hingga 1041 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik. Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menontot rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai UMNO termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia. Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter. Ini adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Dato’ Seri Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [File timestamptwitter.gif] di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook [File timestampfb.gif].

Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu UMNO.

Dengan pendedahan ini, KEADILAN mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, KEADILAN akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog UMNO tersebut.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

26 MAC 2011


‘saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun’- Eskay

‘Calon’ konspirator video seks dedah tembelang Eskay (Berita Penuh)

Mahti mendedahkan tembelang Eskay kepada media


SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘apa cara sekalipun’.

Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.

Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.

“Dua hari sebelum tayangan video, Eskay bertanya sama ada saya boleh membantunya dengan menyediakan beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

“Ini kerana saya bekas pengawal peribadi menteri, jadi Eskay tahu saya ramai kenalan di kalangan UTK. Tetapi saya tidak membantu,” katanya ketika membuat pendedahan itu di sebuah premis di Sungai Buloh, petang ini.

The Number One

Mahti mengetahui Eskay memang bertekad mahu menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan apa cara sekalipun dan kerap mengulangi ungkapan betapa kononnya Anwar menipu beliau dan mengambil ‘hak’nya.

“Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: ‘saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun’,” katanya.

Si Kitul

Mahti berkata, Eskay selepas juga pernah mahu mendedahkan suatu cerita buruk mengenai pelakuan Anwar tetapi beliau enggan mendengarnya tetapi Eskay ada menyatakan tindakan itu untuk ‘the number one’.

“Saya tidak mahu terlibat. Saya ingin beritahu semua ahli politik mengenai manusia bernama Eskay. Dia memang tidak boleh dipercayai dan seorang pembohong.

“Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang ‘terkena’ dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini.

“Bagi saya, Eskay adalah si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara,” katanya.

Apa cara sekalipun

Mengulas lanjut, Mahti berkata, Eskay mendendami Anwar berikutan keengganan Ketua Pembangkang itu memberi keterangan bagi pihaknya berhubung kes saman syarikatnya terhadap kontraktor utama projek jambatan bengkok, Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Beliau yang turut menjadi saksi, ada bersama Eskay di mahkamah bagi kes berkenaan pada 8 Mac lalu dan mendapati ahli perniagaan berkenaan mula bercakap buruk mengenai ketika mahkamah berhenti rehat.

“Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: ‘saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun’,” katanya.