klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 23 Oktober 2009

jom anak muda !


TEMPAT : CHINESE ASSEMBLY HALL - No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 KLMalaysia (Berhampiran dengan Stesyen Monorail Maharajalela).


ATUR CARA:2.00-2.10 pm Pendaftaran

2.10-2.15 pm Ucapan pengenalan

2.15-2.30 pm Panelis 1: Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik

2.30-2.45 pm Panelis 2: Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)

2.45- 3.00pm Panelis 3: Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)

3.00-3.15pm Panelis 4: Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi

3.15- 4.00 pm Komentar Jemputan: Tukar Tiub a.k.a Hishamuddin Rais

4.00 –5.00 pm Diskusi dan Dialog bersama peserta forum

5.00 pm Jamuan ringan & Tamat

PEMBELIAN SCORPENE TIDAK MELALUI TENDER TERBUKA DEMI KESELAMATAN -

Pembelian dua kapal selam jenis Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak tidak dibuat secara tender terbuka kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Latiff Ahmad berkata, keadaan yang sama juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil."Kalau tender terbuka, maknanya kita sudah pun mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh. Sebab itu prosedur untuk mendapatkan aset pertahanan, tak ada negara yang membuat tender terbuka untuk kapal selam,” katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
Nga turut bertanya mengenai keistimewaan syarikat DCNS dari Perancis dan Navatia dari Sepanyol yang membekalkan kapal selam itu. Abdul Latiff berkata, sebelum membuat rundingan harga kapal selam itu, kerajaan telah mengkaji semua aspek termasuk kesesuaian dengan keselamatan negara.

SEBUAH KOMPUTER BIMBIT BERHARGA RM42,320

Who in their right mind would pay RM42,320 for a laptop?
Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau in Penang not only paid the price but bought two units of the same brand – Acer Aspire-5052ANWXMI, at a whopping price of RM84,640, said the Auditor-General’s Report.
In addition, the college purchased 450 units of computer CAD with network card at RM3.45mil for 12 labs. Each 19-inch monitor costs RM8,500 while a 17-inch monitor costs RM7,500.
“A check with local companies showed that the market price for the latest model is between RM5,350 to RM6,500 each. Worse still the computers, Precision 390 Dell, that were supplied are no longer in the market,” it said.
Also purchased were 15 laser printers, Hewlet Packard P3005X, at the price of RM7,722 each when the market price was about RM5,000 per unit.

LAPORAN AUDIT: PM JANJI AMBIL TINDAKAN

Najib Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.
"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak. "Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan," kata perdana menteri ketika menjawab soalan sewaktu taklimat media mengenai bajet di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

MB Perlu Bertanggungjawab Ke Atas Penyelewengan Penggunaan Kad Inden Minyak Dan Penyelenggaraan Kenderaan Rasmi Kerajaan

KUANTAN, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob , digesa bertanggungjawab dan menjalankan siasatan yang telus terhadap isu penyalahgunaan dan penyelewengan yang melibatkan kenderaan Kerajaan Negeri Pahang seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini. Menurut laporan, dalam perbezaan satu minit saja, sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu. Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan di sini hari ini mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.
Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang. Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177, katanya.
Contohnya pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.
Pada 19 Dis perkara yang sama berlaku di stesen minyak yang sama pada pukul 6.35 petang dan 6.36 petang dengan jumlah pengisian sebanyak 125 liter bernilai RM225, dan perkara yang sama dilakukan pada 23 Dis, 24 Dis, 26 Dis dan 31 Dis, dan pada 24 Dis pengisian minyak dilakukan di sebuah stesen minyak di Kuantan, katanya dan menambah jumlah keseluruhan kos adalah RM1,349.95. Laporan audit itu berkata perkara yang sama juga dilakukan terhadap Proton Perdana CBB37 dan Proton Perdana CBR1993, iaitu sebanyak dua kali yang memakan belanja lebih RM300 setiap buah, dan sekali bagi Proton Perdana CBD1003 dan Proton Perdana CBD23 yang melibatkan kos antara RM200 dan RM100.
Selain itu terdapat juga perolehan bahan api yang meragukan oleh kenderaan Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah mengisi minyak pada 14 Ogos 2008 di sebuah stesen minyak di Bentong, dengan kuantiti pengisian sebanyak 1 liter dengan kos RM117, dan kes dan tempat yang sama pada 26 Ogos dengan kos RM128.30, pada 7 Sept dengan kos RM119, pada 14 Nov dengan kos RM90 dan pada 27 Nov dengan kos RM120, katanya.
Kesemua lima pengisian itu merekodkan pengisian sebanyak 5 liter dengan jumlah kos bahan api sejumlah RM574.53 dan ini menunjukkan terdapat pembelian yang meragukan dan tiada penyemakan dilakukan sebelum pembayaran dibuat, katanya. Selain itu, tindakan susulan terhadap perkara ini masih belum diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, dan akibatnya Pejabat SUK telah menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi, katanya.
Laporan itu berkata pihak pejabat SUK memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan negeri Pahang iaitu memeriksa sistem perolehan bahan api yang digunakan oleh setiap pembekal bahan api yang terlibat.
Jabatan Audit Negara turut mendapati perolehan bahan api yang melebihi tangki kenderaan, selain penggunaan kad inden terhadap kereta yang telah lama dilupuskan. Selain itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi contohnya penyenggaraan empat buah Proton Perdana V6 Executive di pejabat SUK antara 2004 dan 2008 adalah tinggi berbanding dengan kos perolehan kenderaan tersebut.
Contohnya, kos penyelenggaran Perdana V6 yang bernombor pendaftaran CBL100 yang dibeli dengan kos RM117,062 untuk dari 2005 hingga 2008 berjumlah RM171,888, dan bagi kereta bernombor pendaftaran CBN31 pula adalah RM192,743 dari tahun 2004 hingga 2008, katanya. Laporan itu berkata maklum balas dari pejabat SUK, kereta-kereta itu digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan kos penyenggaraan yang tinggi adalah disebabkan kerosakan kotak gear (gear box) dan juga kemalangan.

Selangor Gesa Suruhanjaya Bebas Ditubuhkan

SHAH ALAM, 22 Okt [12.30 pm] - Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan segera ekoran pendedahan baru yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata pendedahan baru itu seraya menimbulkan persoalan keatas penafian pihak berkuasa sebelum ini.
"Kami berharap dengan bukti yang berkaitan yang dikemukakan oleh Dr Pornthip adalah memastikan keadilan diberikan Dr Pornthip yang berpengalaman dalam penyiasatan pembunuhan dan beliau telah perpengalaman membawa lebih daripada 10,000 kes semenjak 27 tahun lalu" "Kami juga menggesa Suruhanjaya Diraja untuk inkues kematian Teoh ditubuhkan bagi menyiasat cara SPRM mengendalikan kes tersebut," katanya.
Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini. Pornthip, pakar lantikan Kerajaan Negeri Selangor, menyatakan kecederaan yang ditemui pada tubuh Beng Hock bukan semuanya disebabkan mendiang jatuh. B
erdasarkan kepada laporan yang diterimanya, Beng Hock didapati mengalami keretakan pada tengkorak, dicekik, serta ditusuk oleh objek misteri pada duburnya. Dengan penemuan ini, Pornthip mengumumkan ada 80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh. Menyentuh isu yang sama, majikan mangsa, Exco Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa kerajaan Malaysia akur kepada penemuan terbaru ini.
"Kesimpulan beliau ialah 80 peratus kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri tetapi dibunuh oleh orang lain. Ini merupakan satu penemuan baru yang amat mengejutkan kerana sampai hari ini, pihak SPRM masih tidak mahu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh." katanya.
Justeru, beliau juga menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan segera untuk menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock kerana pihak polis tidak mampu membuat siasatan dengan bebas.

Pulau Pinang Juga Dipuji Jabatan Audit Negara

Selain Selangor, Pulau Pinang turut mendapat pujian dari Ketua Audit Negara dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan pujian berkenaan. Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.
Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.
“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.:
Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.
Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.

Ketua Audit Negara Puji Urustadbir Selangor - TVS

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.
Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini."Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.
Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.
Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total."Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.TVS