klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 29 Mac 2011

KALAU BAB FITNAH , BLOGGER UMNO MEMANG TERRER.. MAKLUMLAH TELAH DILATIH KHUSUS OLEH APCO/YAHUDI

Video Seks: Wartawan Nafi Dakwa Anwar Terbabit

KUALA LUMPUR 28 MAC : Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan laporan blogger Umno yang mendakwa beliau mengakui bahawa imej dalam video seks yang membabitkan seorang tokoh pembangkang adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Wan Nordin, beliau hanya menyatakan “muka individu itu adalah serupa dengan Anwar” tetapi selepas melihat susuk tubuh lelaki yang berperut buncit itu, katanya, beliau yakin bahawa individu tersebut bukan Anwar.

Beliau membuat penjelasan itu menerusi Harkahdaily hari ini berikutan dakwaan seorang blogger Umno yang menuduh pada pertemuan mereka, Wan Nordin ada mengaku individu dalam video seks itu adalah Anwar.

"Dalam satu blog Umno ada menyebut kononnya saya ada bertemu dengan beliau di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, sedangkan saya sendiri selepas dari habis bekerja pada hari itu terus pulang ke rumah saya di Seremban, saya menafikan saya ada bersama di Jalan Yap Kwang Seng. Ia satu fitnah," katanya.

Wan Nordin adalah wartawan Harakah yang menyaksikan video itu yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Katanya, sebaik pulang dari melihat video itu beliau terus menemui setiausaha agung PKR yang juga ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution pada jam 2.00 petang di Parlimen.

Menurutnya, beliau kemudian mendapat panggilan daripada Anwar bertanyakan tentang video itu, dan ada memberitahu ketua pembangkang bahawa beliau tidak percaya dengan ketulenan video berkenaan.

2 ulasan:

  1. Bukan salah ibu mengandung... tanggunglah dosa2 tu sendiri... mereka ni ingat azam Allah tu main2. Mereka cukup berani tak henti2 melakukan salah satu dari dosa2 besar tanpa rasa malu dan takut kpd Allah... Nauzubillah... Sedangkan Allah telah memberi ancaman neraka. Mereka cuba nak cabar Allah... Nauzubillah...

    BalasPadam
  2. Pelik jugok, orang pas cakap pasal dosa dan hukuman Allah, tapi dalam masa yang sama harakahpun keluar cerita tak betul gak. Bab fitanah tok sah cakaplah. Dulu ada sekor (dari terengganu)yang bercerita Mahathir tengok vcd lucah dengan cucu, tapi bila kena saman nak bawa ke mahkamah, terus kena lemah jantung dan padam.

    BalasPadam