Miskin tegar di Malaysia: 44,000 keluarga menjadi 100 keluarga?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan sama ada wujud manipulasi di dalam teks yang dibacakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada titah ucapan baginda sempena pembukaan mesyuarat di Dewan Rakyat, semalam.
Ia berkaitan data yang mencatatkan jumlah keluarga miskin tegar di Malaysia yang berkurangan dari 44,000 kepada 100 keluarga sepanjang tahun 2010.
Beliau menjelaskan demikian ketika mencelah pada sesi perbahasan menjunjung kasih Ketua Pembangkang yang ketika itu dibacakan oleh Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail petang tadi.
“Saya bimbang sekiranya wujud manipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin memberikan persepsi yang baik kepada Tuanku mengenai data dan statistik keluarga miskin tegar di Malaysia, sedangkan perkara sebenar adalah sebaliknya,” jelas Azan.
Pada perenggan ke 27 ucapan Seri Paduka Baginda mencatatkan bahawa, “Beta bangga jumlah miskin tegar telah berjaya dikurangkan pada tahun 2010. Daripada jumlah itu lebih empat puluh empat ribu ketua isi rumah tegar yang dikenal pasti pada awal tahun, ia berjaya dikurangkan kepada sekitar satu ratus pada hujung tahun.”
Dalam pada itu Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohammad menambah, merujuk kepada data yang diperolehi dari kawasannya sahaja, sejumlah 414 pelajar yang terdiri dari keluarga yang masih berpendapatan di bawah paras kemiskinan walaupun hanya seorang sahaja di antara mereka yang menerima bantuan.
“Justeru, tidak masuk akal sekiranya pihak berkenaan memberikan maklumat bahawa jumlah keluarga miskin tegar di negara ini telah berkurangan,” jelas Siti Zailah.
aiii check betul-betul betul ke dh langsai 44 ribu org miskin di malaysia,satu negeri pon kalau carik org miskin mesti lebih 44ribu org..biaq betui org yang tulis teks ucapan sultan mizan..hampeh betuiii..
BalasPadampembohongan umno mnjadi darah daging merk.mereka tidak memilih pangkat atau darjat bagi meluahkan apa2 pembohongan mereka hinggakan menjadi bahan ketawa org ramai..kalau nk bohong tu biarlah org percaya kawan..
BalasPadam