klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 16 Mac 2011

Tun Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan- Aziz Bari

SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara’ pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini.

Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.

“Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini,” ujarnya.

Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.

“Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor.

Shahrizat usah sibuk kes Fitnah II, pergi bela wanita Penan dulu!

KUALA LUMPUR: Wanita KEADILAN Sarawak mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya membela nasib wanita Penan daripada ‘menyibuk’ dalam kes Fitnah II.

“Kami akan terhutang budi jika kementerian supaya menyiasat kes rogol gadis Penan, lebih-lebih lagi laporan sudah dihantar kepada Datuk Shahrizat tahun lalu,” kata satu kenyataan media, hari ini.

Kes rogol wanita Penan yang dilakukan pembalak semakin lama semakin banyak dilapor tetapi tidak mendapat perhatian, apatah lagi pembelaan daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). Sebaliknya, nasih mereka diperjuang beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Wanita KEADILAN Sarawak itu dibuat sebagai maklum balas terhadap demonstrasi Wanita Umno Malaysia mendesak yang mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan DNA, baru-baru ini.

Pada kes Fitnah I pada 1998, pegawai polis menyalahgunakan DNA Anwar dengan meletakkan ke tilam yang dijadikan bahan bukti. Tidak mustahil muslihat seumpama itu berulang jika Anwar menyerahkan DNA kali ini.

Wanita KEADILAN Sarawak juga mempersoal sama ada Shahrizat atau mana-mana pimpinan Wanita Umno Malaysia mampu memberi jaminan mengenai kemungkinan sampel DNA Anwar tidak akan diusik pihak tertentu?

“Di tahap mana mereka melihat keadilan di dalam kes Fitnah II ini? Jika begitu, adakah pasti sampel DNA Anwar tidak akan diusik pihak tertentu?” kata kenyataan itu.