klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 14 Mei 2009

Permohonan tangguh burukkan politik - Fariz Musa

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) kesal dengan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ( Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas ) yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Timbalan Ketua AMK Pusat , Fariz Musa berkata , rayuan tersebut dilihat cuba mengeruhkan keadaan dan menjadikan suasana politik di Perak bertambah teruk .
" Keadaan ini sekali lagi meletakkan situasi politik di negeri itu dalam keadaan tidak menentu," katanya kepada Sinar Harian , semalam .
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya , Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Menurut Fariz , Mahkamah Tinggi sebelum ini memberi keputusan tepat berdasarkan undang-undang tubuah negeri Perak .
Katanya , perlucutan dan pemecatan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar sebelum ini adalah tindakan bertentangan dengan undang-undang dan menganggap wujudnya konspirasi untuk kepentingan pihak lain dalam usaha menguasai Perak .

( Dipetik dari Akhbar SINAR HARIAN Edisi Terengganu 14 Mei 2009 )

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat13 Mei 2009Rumusan

Pertemuan Tertutup dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya di pejabat SPR di Putrajaya semalam 12 Mei.Rombongan Pakatan Rakyat terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), YB Saifuddin Nasution (PKR), YB Liew Chin Tong (DAP), YB Dato’ Johari Abdul (PKR), YB Dr Siti Mariah (PAS), YB Tian Chua (PKR), YB Manikavasagam (PKR) dan Sdr Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang.
Rombongan kami telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan para pegawai kanan SPR.Antara rumusan pertemuan tersebut adalah:
1) Peraturan Pondok PanasKedua pihak bersetuju setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di luar jarak 50 meter dari kawasan mengundi boleh dibuat oleh semua pihak. Untuk itu pihak SPR tiada halangan bagi mana-mana parti berbuat demikian.
2) Menghadkan jumlah penyokongSPR bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut. Bagaimanapun SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.
3) Larangan berkempenSemua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi.
Untuk itu larangan ini harus dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding.Kedua pihak juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat Shabrimi pada talian 016-4124735.)