klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 29 Januari 2011

NAJIB BERBOHONG DAN FITNAH KAITKAN ANWAR DENGAN PENGANAS

Laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda' telah melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa DatukSeri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Akhirnya , CNN sebuah stesen berita antarabangsa yang telah melihat laporan rahsia siasatan Kerajaan Arab Saudi telah membuktikan tidak ada tokoh-tokoh negara teluk membiayai Datuk Seri Anwar ibrahim sepertimana yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak . Pihak CNN telah mengeluarkan kenyataan bahawa , "Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” .

Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah sanggup ke luar negara semata-mata untuk memfitnah dan berbohong bagi mestikan Datuk Seri Anwar dikenakan tindakan . Tuduhan tanpa asas Najib Razak adalah satu tindakan melampau seorang yang sedang ketakutan hingga sanggup memfitnah dan berbohong yang sudah pasti menjejaskan maruah dan imej negara di mata rakyat Arab Saudi dan dunia kerana CNN adalah merupakan sebuah stesyen TV antarabangsa . Lebih-lebih lagi isu penganas adalah menjadi perhatian kepada seluruh dunia .

Saya melihat tindakan Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang mengeluarkan kenyataan membabi buta dan tidak berakal sebagai seorang Menteri dalam Negeri tanpa membaca laporan CNN tersebut terlebih dahulu telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas adalah keterlaluan dan melampau . Tindakan Datuk Seri Hisamuddin adalah bermotifkan politik bukan atas prinsip keselamatan .

Datuk Seri Hisamuddin seharusnya membaca laporan CNN yang ditulis oleh Nic Robertson tersebut dahulu sebelum mengambil sikap mempertahankan sepupu beliau Datuk Seri Najib Razak dengan mennyatakan bukan kenyataan Datuk Seri Najib tetapi laporan CNN . Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi beliau mengakui belum membaca laporan tersebut . Beliau menyatakan , "Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib . Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas " . Sedangkan dakwaan dan tuduhan dinyatakan oleh laporan CNN tersebut di buat oleh Datuk Seri Najib Razak .

Tidak cukup dengan imej negara tercalar dan tercemar dengan penglibatan Datuk Seri Najib dengan kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibbu , kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis dan kini dengan cubaan tuduhan dan dakwaan palsu mengaitkan dua orang putera Raja Arab Saudi .

Saya melihat bagaimana ketakutan Datuk Seri Najib Razak terhadap Datuk Seri Anwar sehingga sanggup tanpa moral dan integriti memfitnah Datuk Seri Anwar sedemikian rupa . 1Malaysia seharusnya malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedemikian rupa . Akan tercatat dalam sejarah , Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang memalu dan memualkan . Dikaitkan dengan pembunuhan , perasuah , pembohongan dan pemfitnah .

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !