klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 27 Mac 2010

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

NAJIB

Pulih Imej Antarabangsa

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

Syarikat APCO Worldwide yang diupah Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan imej beliau yang tercalar, didakwa memberikan khidmat serupa kepada beberapa diktator dan pemimpin rasuah di seluruh dunia.

Akhbar berpengaruh The Times of India melaporkan selain Najib, firma perhubungan awam yang beribu pejabat di Washington itu dilantik sebagai perunding imej untuk bekas diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Turut menjadi pelanggan APCO ialah jutawan Mikhail Khodorkovsky yang pernah menjadi ketua belia Parti Komunis Rusia dan didakwa mempunyai hubungan dengan mafia.

The Times of India mengatakan APCO Worldwide mempunyai kepakaran untuk gi membaikpulih imej pemimpin-pemimpin dunia yang tidak popular di kalangan rakyat.
Akhbar The Times melakukan siasatan terhadap APCO setelah didedahkan bahawa Narendra Modi, Ketua Menteri Gujarat adalah juga pelanggan syarikat itu.

Narendra dikatakan mendalangi rusuhan agama di negerinya pada Februari 2002 yang meragut 1,000 nyawa, kebanyakan orang Islam. Untuk memulihkan imej Narendra kerajaan negeri Gujarat dilaporkan membayar yuran sebanyak USD25,000 sebulan kepada APCO Worldwide.
"Walaupun sebutharga APCO tiga kali ganda lebih mahal daripada syarikat lain, ia telah dipilih atas alasan firma itu mempunyai ramai bekas senator daripada parti Republikan dan Demokrat yang menjadi pakar perunding," kata akhbar itu lagi.

Kerajaan Malaysia pula dipercayai mengikat kontrak bernilai RM20 juta sejurus selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

Diasaskan pada 1984, APCO Worldwide merupakan perunding komunikasi global yang mempunyai rangkaian di 24 bandar raya utama dunia.
Pelanggannya merangkumi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan badan bukan berorientasikan keuntungan.

APCO Worldwide membuka pejabatnya di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas mengikat kontrak lumayan itu dengan kerajaan Najib.
Syarikat tersebut mempunyai majlis penasihat antarabangsa termasuk beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel seperti Shimon Shein bekas duta Israel ke Jerman, Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon bekas pegawai tinggi Agensi Keselamatan Israel.

Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'


Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

1Malaysia, 1Israel: Anwar jelaskan Selasa ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi peluang membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung dakwaannya tentang ilham konsep 1Malaysia diciplak daripada slogan 'One Israel' Selasa depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R Sivarasa (kiri, berpakaian perang) berkata, penjelasan oleh Anwar itu diputuskan ketika pertemuan kedua-dua mereka dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee di pejabatnya hari ini.

Katanya, Kiandee dalam mesyuarat 20 minit itu telah menetapkan jam 11.30 pagi, Selasa ini untuk Anwar memberi penjelasannya.

"Anwar dan saya pergi berjumpa timbalan speaker bagi mendapatkan penjelasan. Timbalan speaker berkata dia diberi tujuh hari untuk membuat penjelasan,” kata Sivarasa.

Sivarasa yang juga MP bagi Subang Jaya yang bercakap bagi pihak Anwar berkata tarikh lebih awal tidak mungkin kerana Anwar akan ke luar negara dan hanya akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, ketua pembangkang itu mendakwa Apco Worldwide pernah menjadi perunding bagi kerajaan rejim Yahudi yang diketuai oleh Ehud barak bagi melakarkan slogan One Israel.

Menurut Anwar lagi, Apco kemudiannya membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakarkan 1Malaysia untuk kerajaan.

Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.

Jumaat, 26 Mac 2010

subahanallah! saya dapat daripada gambar yang diambil oleh sya di madinah dan mekah


di kaabah dan langit masjidil haram...


bulat-bulatan seperti buih di langit masjid nabawi ...



alhamdulillah saya selamat pulang dari mengerjakan umrah





saya bersama ayah dan emak selamat pulang ke tanah air setelah mengerjakan umrah di Mekah al-mukaramah . pemergian kami bermula 11 Mac sehingga 23 Mac 2020. Syukur kami semua dalam kondisi yang sihat . cuma saya alami sakit kaki , tegang urat betis & alami melepuh di tumit kaki. Allah uji . namun semua tu tidak menghalang saya menyempurnakan 4 kali umrah dan menjalani ibadat di hadapan rumah Allah .
Satu pengalaman yang paling berharga utuk saya . terlalu gembira dan sungguh bermakna.. nanti saya ceritakan beberapa pengalaman yang boleh saya kongsikan bersama . insyaAllah.

Khamis, 11 Mac 2010

Ketua Pemuda UmnoTerengganu Yang Masih Payau Dan Belum Cukup Masin Cadang AMK Dibubar Dan Sertai Pemuda Umno

18 February 2010

KUALA TERENGGANU – Seruan Ketua Pemuda Umno Terengganu supaya AMK Terengganu yang dikepalai Fariz Musa agar dibubarkan dan menyertai Umno jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau sendiri dalam berpolitik.

Ketuanya Saiful Bahari Baharuddin ternyata dalam ulasan beliau di Sinar Harian (Bukan hairan) jelas tidak tahu kepala ekor tentang politik semasa dan menuduh lintang pukang tak tentu hala. Secara peribadi, kami amat bersimpati dengan keadaan dan kedudukan Pemuda Umno Terengganu yang berada dalam delima dan “Gelap Gambor” angkara penglibatan bekas ketuanya dalam Team Deris natang yang telah mengguris hati Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan, Sultan Terengganu.

Saiful Bahari seharusnya dan saya kira wajar dalam keadaan sekarang berusaha dengan menggunakan sedikit kecerdikan yang ada untuk mencari jalan bagaimana nak pulihkan hubungan dengan istana akibat nila yang telah merosakkan susu basi Umno sebelanga. Saiful yang masih payau dalam politik tidaklah sepopular mana. Kalau dengan kenyataan sebegini, Saiful berharap untuk meningkatkan ranking populariti beliau, saya kira lupakan sajalah. Malam sikit...

Belajar dulu... dan belajarlah daripada kesilapan yang telah dilakukan ketuanya terdahulu akibat keceluparan yang telah menggelapkan Gambor Umno Terengganu. Saiful Bahari perlu kumpulkan kekuatan bukan sahaja dari segi ilmu berkomunikasi untuk berinteraksi dengan bercakap berdasarkan fakta. Tapi menurut sejarah, Umno mana ada bercakap berdasarkan fakta. Semuanya auta dan asyik Jerat Rakyat.

Kalau begini cara Saiful berbicara tentang politik, Saiful bukan sekadar memprojekkan imej pemuda Umno Terengganu yang Berat 66 tetapi Pemuda Umno sebagai Pemuda Umno yang Dok Rok Cetong. Oh Siang Ke Mung Saiful Bahari Baharudding.

Roboh setinggan, pemimpin PKR ditahan

Kuek Ser Kuang Keng
Mac 2, 10
1:19pm

Ketua angkatan muda PKR Terengganu Fariz Musa dibebaskan pada jam 3.20 petang tadi dengan jaminan jaminan polis setelah ditahan kerana menghalang perobohan rumah setinggan di Kg Paya Bunga, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Dia ditahan mengikut Seksyen 186, Kanun Kesiksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Turut ditahan dalam operasi merobohkan sejumlah 12 rumah di kampung itu ialah seorang pemilik rumah, Mohd Zamri Sulaiman, 47.

Mereka ditahan pada kejadian kira-kira jam 11 pagi ini di ibu pejabat polis Kuala Terengganu untuk direkodkan kenyataan.


Menurut Fariz (kiri), operasi yang dikendalikan oleh sekurang-kurangnya 60 orang penguatkuasa daripada polis, pejabat tanah dan pegawai kerajaan tempatan sejak awal pagi ini berjaya merobohkan semua 12 buah rumah di kampung tersebut.

"Pihak berkuasa merobohkan semua rumah, malah sebelum keluarga itu dapat memindahkan barang-barang mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

10 daripada 12 buah rumah berkenaan masih didiami penduduk dan lima daripada keluarga berkenaan kini tiada tempat tinggal, katanya lagi.

Menurutnya lagi, penduduk miskin berkenaan telah mendiami tanah itu sejak tahun 1934 dengan lesen menduduki sementara.

"Kebanyakan daripada mereka merupakan fakir miskin yang menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Mereka diminta oleh pejabat tanah untuk mengosongkan rumah sebelum 28 Februari lalu. Jika gagal mereka akan didenda sebanyak RM50,000 dan juga penjara selema lima tahun," katanya lagi.

Tambahnya, penduduk juga telah meminta pampasan daripada kerajaan negeri, namun menteri besar hanya bersetuju untuk menyediakan lori bagi mereka memindahkan barang.

Turut ditawarkan ialah penempatan semula di sebuah perumahan kos rendah dengan bayaran deposit sebanyak RM3,000.

"Mereka membuat rundingan dan mengurangkan bayaran deposit itu kepada RM300 tetapi beberapa keluarga masih tidak mampu membayar.

"Sesetengah mereka merungut rumah kos rendah ini terletak sejauh 20 km daripada Kuala Terengganu dan sangat jauh daripada tempat kerja mereka," kata Fariz lagi.

Katanya lagi, mereka telah menghantar memo kepada menteri besar pada 21 Februari lalu bagi menunda tarikh akhir pemindahan penduduk itu, tetapi tidak diendahkan.

Kerajaan negeri bercadang membina sebuah tapak parkir bertingkat di atas tanah berkenaan, katanya lagi. - malaysiakini

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa di tahan polis

Buletinonline


KUALA TERENGGANU, 2 Mac: Ketua Angkatan Muda Terengganu, Fariz Musa ditahan polis di Kampung Paya Bunga dekat sini pagi tadi, ketika pihak berkuasa sedang menjalankan operasi perobohan rumah penduduk.

Menurut satu laman web Terengganu, Buletinonline.net, beliau ditahan pada jam 11.15 pagi ketika mempertahankan sebuah rumah penduduk yang belum bersedia untuk dirobohkan.

(Gambar - beberapa ketika sebelum ditahan polis, Fariz dan seorang penduduk, Zamri (kiri) ditahan kerana mempertahankan rumahnya yang belum sedia dirobohkan)

Sebelum itu ketika bercakap dengan pihak media, beliau berkata, beliau bukan mahu menghalang tugas-tugas penguatkuasa untuk merobohkan rumah penduduk disitu.

Namun beliau menuntut hak supaya penduduk tersebut dilayan secara adil oleh kerajaan.