klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 27 Mac 2010

1Malaysia, 1Israel: Anwar jelaskan Selasa ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi peluang membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung dakwaannya tentang ilham konsep 1Malaysia diciplak daripada slogan 'One Israel' Selasa depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R Sivarasa (kiri, berpakaian perang) berkata, penjelasan oleh Anwar itu diputuskan ketika pertemuan kedua-dua mereka dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee di pejabatnya hari ini.

Katanya, Kiandee dalam mesyuarat 20 minit itu telah menetapkan jam 11.30 pagi, Selasa ini untuk Anwar memberi penjelasannya.

"Anwar dan saya pergi berjumpa timbalan speaker bagi mendapatkan penjelasan. Timbalan speaker berkata dia diberi tujuh hari untuk membuat penjelasan,” kata Sivarasa.

Sivarasa yang juga MP bagi Subang Jaya yang bercakap bagi pihak Anwar berkata tarikh lebih awal tidak mungkin kerana Anwar akan ke luar negara dan hanya akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, ketua pembangkang itu mendakwa Apco Worldwide pernah menjadi perunding bagi kerajaan rejim Yahudi yang diketuai oleh Ehud barak bagi melakarkan slogan One Israel.

Menurut Anwar lagi, Apco kemudiannya membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakarkan 1Malaysia untuk kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan