klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 27 Mei 2009

LePAK-LEpak BERSAMA AMK

TAYANGAN PERDANA ( SKRIN BESAR ) FINAL UEFA

LWN

Manchester United ( MU ) VS Bacelona FC

27 Mei 2009
12 tengah malam

Di Markas Operasi Utama AMK , Guar Perahu

PAKAT2 MAI NO...

Perlis: Anwar terima borang 320 ahli Umno

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.- Malaysiakini

FM - Satu ketika dulu.. parti ini diperlekeh dan dijangka tidak mempunyai masa depan . Malah sesetengah pihak menganggap nasib parti ini menjadi seperti Semangat 46 . Malah terdapat beberapa pimpinan parti ini sanggup mengadaikan maruah dan perjuangan melompat semula kepada UMNO . Menjilat balik ludah dan kahak .
Syukur ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada teman-teman yang masih terus setia mempertahankan prinsip dan perjuangan bersama dalam parti ini . Kehadiran ribuan ahli baru terutama daripada UMNO dari pelusuk negara memperkasakan parti ini . Semoga mereka berniat suci dan menyelami perjuangan parti ini . Selamat Datang ke Parti Keadilan Rakyat !

tugasan ceramah N12 penanti fariz musa 27 mei 2009


10 malam - Pusat Bakti Tanah Liat

11 malam - di rumah Cikgu Ibrahim , Berapit

AMINAH SANGGUP 'MAKAN KAWAN'

Pendedahan Calon Bebas , Aminah Abdullah yang mendakwa mempunyai bukti bahawa 2 orang wakil Parti Keadilan Rakyat cuba menyogoknya dengan wang RM80,000 dan tawaran jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan 1 ketua menteri. Beliau telah mengemukan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat (CD) berhubung dakwaannya .
Akhirnya 2 orang pemimpin PKR yang didakwa oleh Aminah Abdullah tampil mengaku dan tidak menafikan ada berjumpa calon Bebas tersebut . Salah seorang yang didakwa oleh Aminah ialah Cheah Kah Peng , Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) PKR memberitahu bahawa perjumpaan tersebut atas dasar prinsip hubungan rapat sebagai kawan dan kehadiran beliau tidak sesekali mewakili parti dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Kah Peng menyatakan bahawa tidak pernah menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 , Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau bayaran gantu rugi RM80,000 jika menarik diri . Malah menegaskan bahawa apa yang dibualkan telah disalah tafsirkan oleh Aminah .
Malah Kar Peng menyatakan bahawa beliau hadir ke rumah Aminah di Jelutong setelah dijemput makan tengah hari oleh Aminah bersama Peter Lim , Pagawai Khas EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka sudah mengenali Aminah lebih 10 tahun sejak Aminah menjawat jawatan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang . Malah mengakui bahawa kehadiran beliau bukan kali pertama ke rumah Aminah .
Tindakan Aminah secara jelas mempunyai niat yang bermotif . Kehadiran Cheah Kah Peng dan Peter Lim telah dipergunakan sebagai tujuan untuk memerangkap mereka berdua . Sebab itulah Aminah sanggup mengkhianati kawan dengan tindakan merakam audio perbualan mereka berdua . Tindakan 'kawan makan kawan' ini satu tindakan yang tidak bermoral telah dilakukan oleh Aminah semata-mata kerana kepentingan politik murahan beliau .
Sehingga Aminah sanggup menjemput mereka ke rumah dan merakamkannya . Ini bermakna perancangan telah dibuat daripada awal lagi oleh Aminah . Aminah sebenarnya memang berniat jahat dan tidak jujur .
Hubungan rapat Kah Peng dengan Aminah menyebabkan beliau bertindak hadir dan menerima pelawaan Aminah untuk makan tengahari di rumahnya di Jelutong . Kah Peng benar-benar kecewa dengan tindakan Aminah yang secara jelas yang dianggap kawan telah bertindak merakam perbualan mereka .
Secara logiknya , segala tawaran yang didakwa oleh Aminah tidak masuk akal. Bagaimana seorang yang menjadi calon bebas menentang PKR , kemudian menang dan ditawarkan menyertai PKR seterusnya dilantik ke jawatan ke 2 tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Sedangkan PKR telah mengambil keputusan melalui Lembaga Disiplin memecat keahlian mereka yang bertanding sebagai calon bebas menentang calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke12 yang lalu . Malah ianya bukan terlalu mudah kerana melibatkan perundingan dan persetujuan Pakatan Rakyat secara kolektif.
Tawaran dan sogokan RM80,000 juga tidak masuk akal kerana dalam situasi parti yang memerlukan kewangan bagi mengerakkan tenaga kerja ke Penanti adalah amat keterlaluan tawaran tersebut dibuat .
Tawaran jawatan Yang DiPertua MPPP lagilah tidak logik . Jawatan yang hanya dilantik dikalangan pegawai kanan kerajaan negeri . Bukan boleh dijawati oleh sesiapa sahaja apatah lagi orang politik .
Justeru , secara jelas terbukti bahawa Aminah sanggup menjadi pelacur politik kerana kepentingan peribadi . Hingga sanggup 'makan kawan' .
FM

gambar-gambar 'kempen safety riding' N12 Penanti bersama Yasir Said

UMNO BN : Zahid Pengecut Berdebat Dengan Husam

Tuesday, May 26, 2009
MStar melaporkan debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.
FM - hari ini bukan sahaja Najib Razak yang bacul dan pengecut untuk berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat . Tapi termasuk Naib Presiden UMNO , Zahid Hamidi juga turut bacul dan pengecut . Di Bukit Gantang berani pulak bawa masuk penari separuh bogel . Rupanya sekarang ini pemimpin UMNO sedang mengalami sindrom BACULISME!!!!!!!!

Siapa Dibelakang Aminah Jerat PKR?

Tuesday, May 26, 2009 8:43 PM

Calon bebas pilihanraya kecil Aminah Abdullah menjerat sahabatnya sendiri dengan merakamkan perbualan peribadi antara beliau dengan mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah Parti Keadilan Rakyat.Pengundi sebaliknya harus menilai keperibadian Aminah yang sanggup mengundang dua kenalannya dari PKR ke rumahnya semata-mata untuk merakam perbualan peribadi untuk diguna sebagai modal politik murahan.
Dua pemimpin PKR yang dimaksudkan menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.
"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.
Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri."Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama."Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu."Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau."Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.
Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.
Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Malaysia's Anwar vows tough defence in sodomy trial - MSN

Tuesday, May 26, 2009 2:50 PM

Malaysia opposition leader Anwar Ibrahim vowed Monday to put up a strong defence against sodomy charges, saying it would not be easy to convict him of the offence for a second time.Addressing the Foreign Correspondents' Association in Singapore, Anwar insisted that the case against him was based on false evidence concocted by political enemies.
"What case are you talking about? We have seen medical records," said Anwar, who is on bail ahead of a trial set to be heard in Malaysia's High Court between July 1-24.He insisted that he was innocent of the allegations of sodomy levelled against him by a 23-year-old former aide.
"Of course, with or without a case they will always charge and convict you. But I don't believe they can do it that easily this time. We're going to fight a very strong case," he added."I don't believe they can fool Malaysians or the international community."
Anwar, a former deputy prime minister, was sacked in 1998 and jailed for sodomy and corruption.In 2004 Malaysia's highest court overturned the sodomy conviction, allowing Anwar to go free after six years in jail and paving the way for his return to politics.
Under Anwar's leadership, the opposition last year dealt the ruling Barisan Nasional coalition its worst electoral setback yet but fell short of the numbers needed to form a new government.Anwar also won a landslide victory in a by-election that allowed him to return to parliament, but he has so far failed in his bid to topple the federal government after key political defections he had hoped for did not materialise.

Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan

Tuesday, May 26, 2009 1:36 PM

Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.
Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.
Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Malaysiakini

FM - pakai baju hitam salah , pasang lilin salah , puasa / mogok lapar salah ! semua jadi serba salah ..... ni semua angkara H1Ni - Hisamuddin 1 , Najib 1 !!!!!