Tuesday, May 26, 2009 8:43 PM
Calon bebas pilihanraya kecil Aminah Abdullah menjerat sahabatnya sendiri dengan merakamkan perbualan peribadi antara beliau dengan mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah Parti Keadilan Rakyat.Pengundi sebaliknya harus menilai keperibadian Aminah yang sanggup mengundang dua kenalannya dari PKR ke rumahnya semata-mata untuk merakam perbualan peribadi untuk diguna sebagai modal politik murahan.
Calon bebas pilihanraya kecil Aminah Abdullah menjerat sahabatnya sendiri dengan merakamkan perbualan peribadi antara beliau dengan mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah Parti Keadilan Rakyat.Pengundi sebaliknya harus menilai keperibadian Aminah yang sanggup mengundang dua kenalannya dari PKR ke rumahnya semata-mata untuk merakam perbualan peribadi untuk diguna sebagai modal politik murahan.
Dua pemimpin PKR yang dimaksudkan menafikan mereka telah menawarkan ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada calon Bebas, Aminah Abdullah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Kedua-dua pemimpin berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah dua individu yang terdapat dalam rakaman suara yang didedahkan oleh Aminah semalam.
"Kami tidak menawarkan apa-apa kepadanya... hanya berbincang perkara-perkara biasa," kata Cheah pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai isu tersebut di sini hari ini.Selain itu mereka juga menafikan dakwaan Aminah bahawa kedua-dua mereka datang menemuinya.
Sebaliknya mereka menjelaskan pertemuan pada 13 Mei itu telah diatur oleh Aminah sendiri."Kak Minah (Aminah) sebelum ini selalu jemput saya datang ke rumahnya... jadi pada 12 Mei saya hubungi beliau untuk aturkan makan tengah hari keesokkan harinya dan Kak Minah minta saya ajak (Cheah) Ka Peng bersama."Kemudian pada pagi 13 Mei, Kak Minah hubungi saya semula untuk pastikan mengenai temu janji pada tengah hari itu."Beliau kata akan masak untuk kami, saya tak jangka kawan baik seperti kami telah digunakan dan dipermainkan oleh beliau."Beliau bukan hanya sediakan makanan, tapi juga sediakan perakam suara untuk kami... saya sangat sedih dan kecewa," kata Peter dalam sidang media tersebut.
Peter adalah Timbalan Ketua PKR Bahagian Batu kawan yang juga Pembantu Khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Law Choo Kiang.Beliau juga pernah bertanding di DUN Batu Maung pada pilihan raya umum 2004.
Semalam Aminah mendedahkan bukti berbentuk rakaman audio perbualan antara beliau bersama dua wakil PKR yang cuba menawarkan ganjaran kepadanya termasuk wang sebanyak RM80,000 dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Kepada PKR bodoh sangat hinggakan boleh kena jerat?
BalasPadam