klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 9 Julai 2009

Najib bacul takut berdebat dgn Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sekali lagi menolak pelawaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan debat secara terbuka menyentuh perbezaan politik antara Umno dan PAS.Perdana Menteri berkata, beliau dan pemimpin-pemimpin lain dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menegaskan bahawa "tiada guna untuk berdebat.""Saya dah kata debat tidak ada gunanya dan semua orang berkata demikian."Kalau kita nak bertemu, kita mestilah jangan kutuk dulu.Kalau kita dah kutuk, ini tidak menimbulkan suasana yang kondusif untuk kita bertemu," katanya.
Beliau yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menyatakan demikian di ibu negara selepas merasmikan majlis pecah tanah menara pejabat 50 tingkat Kumpulan Naza sebentar tadi.Najib mengulangi pendirian itu ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang membayangkan semula hasrat beliau untuk mengadakan debat terbuka.Najib telah pun menolak pelawaan itu minggu lalu.Dipetik Bernama semalam, Nik Aziz berkata, beliau berhasrat bertemu dengan Najib terlebih dahulu sekiranya cadangan beliau untuk mengadakan debat menjadi kenyataan.Nik Aziz berkata, pertemuan empat mata itu bertujuan untuk membincangkan garis panduan debat itu.
Bagaimanapun Isnin lalu Najib berkata, beliau menolak jemputan itu kerana berpendapat cara dan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu perbezaan politik antara Umno dan PAS atau masa depan umat Islam, negara dan kekalutan politik antara kedua-dua parti ialah menerusi musyawarah.
Tambah Nik Aziz, surat rasmi menjemput Perdana Menteri mengadakan perdebatan itu sudah pun dihantar tetapi setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.Nik Aziz telah mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka ekoran tindakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap beliau kerana menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat.Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan debat itu dan menyifatkannya sebagai membuang masa kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat. Mstar.