klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 28 Jun 2009

TAHNIAH KEPADA AMK BATU PAHAT

Program jejak masyarakat miskin dan kurang bernasib baik

Saya ucapkan tahniah kepada teman-teman AMK Batu Pahat yang telah mengadakan program tersebut . Kerja yang mesti dilakukan oleh semua AMK dan mencontohi kesungguhan dan kepedulian kepada rakyat ini .

Teruskan perjuangan untuk rakyat marhain ! negeri UMNO berkarat-dat tetapi rakyat dilayan seperti keparat di bumi kelahiran UMNgok ! Cakap memperjuangkan melayu ! piiiraah !!!!

mobilisasi ke mahkamah jalan duta 8 julai 2009

Kes FITNAH liwat YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mula dibicarakan pada 8 Julai 2009 di Mahkamah Jalan Duta .
Gerakkan seluruh para penyokong dan rakyat ke sana .

Konspirasi ke 2 sedang berlaku .

Nik Aziz Cabar Kejantanan Najib Berdebat

KOTA BAHRU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," kata Nik Aziz.
Johor Daily mendapati Nik Aziz sebelum ini membantah sesiapa yang ingin menjayakan Kerajaan perpaduan tidak kira dari Pakatan rakyat atau Barisan Nasional. Termasuk Timbalan Presiden PAS, namun dua tokoh itu telah bermaafan diatas perselisihan tersebut.
Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
Johor Daily mendapati semua akhbar dan media pro-BN menyiarkan perbualan telefon Najib dengan Obama mengenai dua tahanan rakyat Malaysia sahaja.

Kem FRU di Marang ?

Selain menggunakan tentera untuk meraih undi di Manek Urai seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato Mahfuz Omar sebelum ini, kerajaan UMNO BN dilihat mempunyai perancangan yang licik untuk mengekalkan pemerintahannya di Terengganu di samping berusaha untuk merampas kerusi-kerusi yang kini dipegang oleh parti pembangkang khususnya PAS.
Di dalam satu perkembangan terkini, Kementerian Pertahanan telah merancang untuk membina Kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, antara kompleks termoden dan termaju untuk pasukan berkenaan yang kini giat dibina di Wakaf Tapai, Marang dijangka siap sepenuhnya penghujung 2010.
Pegawai Pemerintah Unit 6, FRU Terengganu, Superintendan Din Ahmad berkata, sehingga kini pembinaan kem berkenaan berjalan lancar sejak ia dimulakan pada 2006.Menurutnya, kem bernilai RM199.5 juta itu kini dibina mengikut spesifikasi bagi pakej satu dan dua.“Bagi pakej satu, pembinaannya sudah dimulakan sejak 2006 lagi dan kini tahap pembangunannya mencapai 66 peratus. Bagi pakej pertama ini, ia membabitkan kos sebanyak RM74.495 juta, melibatkan rumah kediaman pegawai dan anggota, surau serta arked perniagaan.
“Pakej dua pula bermula pada penghujung 2008 dan tahap pembangunannya adalah 11 peratus, membabitkan kos bernilai RM125 juta. Ia akan merangkumi pembangunan bahagian pentadbiran, garaj kenderaan, dewan serba guna dan padang kawad,” katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan pembangunan Kem FRU di Wakaf Tapai, semalam.Banyak pihak melihat pembinaan kem Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sebagai satu siri usaha pihak kerajaan UMNO BN untuk menggerakkan unit tentera FRU di negeri tersebut bagi mempastikan Terengganu akan terus kekal di bawah pemerintahan UMNO BN.
Lazimnya tentera FRU ini akan dikerah dan digunakan untuk "membelasah" rakyat yang dilihat tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa terutama di dalam mana-mana majlis perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

Saturday, June 27, 2009 7:26 AM
KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah (gambar) sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Terengganu dapat Royalti RM3 bilion, kerajaan Pusat dapat RM 30 bilion, bagi Tahun 2008

Friday, 26 June 2009

KUALA TERENGGANU - Kerajaan dan rakyat negeri Terengganu mendapat RM3 bilion royalti petroleum dari perolehan Petronas sebanyak sebanyak RM264.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.
Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata demikian pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan syarikat Negara itu di Kuala Lumpur semalam. Jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan tersebut meningkat 20.1 peratus kepada RM74 bilion daripada RM61.6 bilion tahun kewangan sebelumnya.Jumlah itu mewakili 71.4 peratus keuntungan sebelum cukainya dan 44.9 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan pada 2008.
Ia adalah dalam bentuk pembayaran dividen kepada Kerajaan Persekutuan (RM30 bilion), cukai pendapatan petroleum (RM20.3 bilion), cukai korporat (RM9.1 bilion), duti eksport (RM2.2 bilion) dan royalti (RM6.2 bilion). Selain, RM6.2 bilion lagi diberi dalam bentuk pembayaran royalti kepada kerajaan negeri Terengganu (RM3 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) dan Sabah (RM900 juta). Petronas mengekalkan RM21.9 bilion atau 21.1 peratus daripada keuntungan sebelum cukainya untuk pelaburan semula.
Hasil Petronas meningkat 18.4 peratus daripada RM223.1 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, tetapi keuntungan sebelum cukai susut 6.7 peratus kepada RM89.1 bilion berbanding RM95.5 kerana penurunan harga minyak mentah globalNamun, di sebalik keuntungan lebih rendah itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat 20.1 peratus kepada RM74 bilion daripada RM61.6 bilion tahun kewangan sebelumnya - Sumber BHarian

Memorandum Pemuda PR desak gugurkan kes liwat 2 DS Anwar Ibrahim

MEMORANDUM PEMUDA PAKATAN RAKYAT
26 Jun 2009
Y.Bhg. Dato' Mohd. Yusof Bin Hj. Zainal Abiden
Peguamcara Negara II
Jabatan Peguam Negara
MALAYSIA.
Y.Bhg. Dato'
MEMORANDUM SUPAYA PERTUDUHAN JENAYAH LIWAT KEDUA TERHADAP YB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM DIGUGURKAN.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan kes yang telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 8hb Julai 2009 adalah berkaitan.
1. Untuk makluman Y.Bhg. Dato', pihak Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius terhadap pertuduhan liwat yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim untuk kali yang kedua berikutan dengan pendedahan mengenai laporan perubatan oleh seorang doktor dari PUSRAWI dan 3 orang Pakar Hospital Besar Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan fizikal yang dilakukan terhadap si pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah didapati TIADA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BERLAKU TUSUKAN (PENETRATION) SECARA KLINIKAL DAN KONKLUSIF PADA DUBUR SI PENGADU yang boleh mensabitkan atau membuktikan bahawa kejadian liwat seperti yang didakwa telah berlaku.
2. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa segala pertuduhan yang dikenakan kepada YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini merupakan satu perancangan konspirasi politik oleh pihak tertentu yang menyedari bahawa kekuasaan mereka selama ini telah tergugat sebaik sahaja keputusan Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu diumumkan. Perancangan konspirasi liwat ini adalah merupakan satu alternatif bagi pihak tersebut untuk memastikan kemaraan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di arus perdana politik dapat dihancurkan dan dengan pertuduhan ini ia akan dapat memburukkan kredibiliti YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di mata rakyat Malaysia dan dunia.
3. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah di arahkan oleh Peguam Negara Malaysia untuk mengetuai barisan kumpulan Pendakwaan yang akan mengendalikan kes ini kelak dengan tujuan untuk menyabitkan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam apa keadaan sekali pun (at all cost). Pihak Pemuda Pakatan Rakyat juga percaya bahawa Y.Bhg. Dato' telah diberikan arahan dan harapan yang tinggi oleh pihak tertentu untuk memastikan agar YB Dato’ SeriAnwar Bin Ibrahim akan disabitkan di dalam kes liwat ini selepas KEGAGALAN pihak Pendakwaan yang dikepalai oleh Peguam Negara Malaysia pada tahun 1998.
4. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat ingin memohon supaya Y.Bhg. Dato' untuk MENGGUGURKAN pertuduhan ini berdasarkan kepada laporan perubatan yang dinyatakan di atas dan memohon supaya Y.Bhg. Dato' tidak sesekali tunduk kepada mana-mana arahan atau tekanan supaya kes ini diteruskan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Peguam Negara Malaysia selama ini. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat percaya bahawa Y.Bhg. Dato’ sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya Kanan yang sangat berpengalaman dan dihormati oleh pendukung keadilan untuk memastikan Jabatan Peguam Negara tidak terus diperkudakan oleh pihak tertentu bagi maksud memenuhi tuntutan nafsu mereka yang ingin terus berkuasa walaupun semakin ramai rakyat negara ini kian kuat menolak mereka.
5. Adalah besar harapan rakyat Malaysia supaya Y.Bhg. Dato' untuk mengembalikan semula imej cemerlang Jabatan Peguam Negara sebelum Tan Sri Abdul Gani Patail dilantik menjadi Peguam Negara Malaysia hasil habuan dari kerajaan selepas usaha beliau dengan dibantu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dipenjarakan dalam kes sebelum ini.6. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat yakin bahawa sekiranya Y.Bhg. Dato' memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan ini dan seterusnya tidak dipergunakan oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara Malaysia, maka tindakan Y.Bhg. Dato tersebut akan disokong oleh semua rakyat Malaysia yang telah marah dan berasa jijik dengan sikap yang diamalkan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan yang membiarkan institusi di bawah jagaan mereka dilacurkan demi kepentingan pangkat yang di sandang oleh mereka.
7. Pihak Pemuda Pakatan Rakyat berharap agar gesaan dan desakan kami dipandang serius, demi memartabatkan akauntabiliti dan integriti negara Malaysia yang tercinta ke arah menzahirkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan buat semua rakyat Malaysia.”PULIHKAN KREDIBILITI INSTITUSI KEHAKIMAN: GUGURKAN DAKWAAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM”
Yang Benar,
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KetuaDewan Pemuda PAS Pusat
YB LOKE SIEW FOOK
KetuaPemuda Sosialis DAP

maafkan saya....

kesihatan tidak menentu....
kesibukkan mencari kerja ...
dah lama menganggur..

hingga tak sempat nak update..
terima kasih yang setia...

FM