klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 12 November 2009

S'gor dedah info rahsia pertama

Kerajaan Selangor mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - dikategorikan rahsia oleh kerajaan BN sebelum ini - yang memperincikan perpindahan hak milik tanah rakyat di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada pemaju menyebabkan lebih 700 penduduk miskin kehilangan tanah mereka.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikawal bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertujuan untuk memberi gambaran sebenar projek berkenaan.
Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) OSA.
Tambahnya, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu juga akan membolehkan petani dan pemilik tanah seluas 17,000 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat."Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas persidangan DUN.
Abdul Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan, yang merupakan penduduk miskin, pada asalnya telah diberikan sebanyak tiga ekar tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit.
Katanya lagi, pemilik tanah menyerahkan tanah mereka kepada seorang pemaju yang menukarkan status tanah menjadi tanah komersil untuk dimajukan menjadi projek perumahan Bandar Alam Perdana.
Tambahnya, petani-petani tersebut telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 bagi tanah berkenaan"Akhirnya pemilik tanah hilang tanah sebab pemaju cagarkan kepada bank, dan 30,000 pembeli rumah tidak mendapat rumah yang dijanjikan," katanya.
"Siapa menteri besar terlibat, siapa usahawan terlibat, semua kita masukkan dalam risalah ini, ada disertakan gambar juga takut salah orang."Ketika ditanya, Abdul Khalid bagaimanapun gagal mengesahkan sama ada berlaku penyelewengan atau salah guna kuasa oleh mana-mana pihak dalam projek tersebut.
"Tujuan (pendedahan) untuk memberi maklumat. Terpulang kepada kita untuk tahu, dulu tanah pertanian, sekarang kalau kita pergi ke tempat situ, projek terbengkalai," katanya.
Katanya lagi, pendedahan ini salah satu daripada usaha untuk membincangkan enakmen baru mengenai kebebasan maklumat di DUN itu nanti.
Jelasnya lagi, risalah itu bertajuk 'Rancangan Revolusi Hijau dan Bandar Alam Perdana: Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat' akan mula diedarkan kepada orang ramai pada Isnin depan.Ia juga akan mula dimuatkan di laman web rasmi kerajaan negeri itu esok.
Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.
Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 dan 16 November ini.

SPRM: Jayanti bukan saksi yang dicari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Jayanthi LG Naidu bukanlah saksi yang dicari SPRM bagi membantu siasatan kes video Lingam.Semalam, ahli Parlimen pembangkang R Sivarasa membawa Jayanti - yang dikatakan 'saksi utama' yang tidakdapat dikesan SPRM berhubung kes tersebut - ke Parlimen.
Sebaliknya, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telahpun mengambil kenyataan saksi tersebut."Dan telah diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh bahagian perundangan dan pendakwaan SPRM," kata kenyataan tersebut.
Jayanthi Naidu, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995.
Sivarasa membawa Jayanthi ke Parlimen semalam ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Azri Abdul Aziz semalam bahawa SPRM tidak dapat menghubungi saksi utama dalam siasatan kes tersebut.Nazri juga dilaporkan berkata, siasatan lanjut tidak dapat dilakukan oleh SPRM kerana saksi utama itu tidak dapat dikesan.Berikutan itu, SPRM telah mengklafikasikan kes tersebut itu sebagai 'tiada tindakan lanjut'.

RPK suggests PI Bala may soon resurface to attack Najib


- (The Malaysian Insider) - The fugitive blogger Raja Petra Kamarudin, or RPK, has raised the ante again against Datuk Seri Najib Razak by threatening to expose another statutory declaration by missing private investigator P. Balasubramaniam.
Talk has been swirling for several weeks now that the private investigator was going to surface after going missing since July last year.
There has been speculation that Balasubramaniam would restate allegations against the prime minister he first made in a statutory declaration last year linking Najib to the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
In a posting on his Malaysia-today.net portal, RPK alleges that Balasubramaniam had been living in India since he went missing and had been paid to keep quiet.
“Little did they know that Bala was just biding his time, waiting for the right moment to strike back.
“And now he is striking back and has come out to reveal what really happened since the time he signed his first statutory declaration, followed by the second one the following day, 16 months ago,” RPK wrote.
For the opposition, this development, if true, will provide a chance to put the prime minister under pressure and put a difficult issue for him back on the table.
While RPK provides little concrete evidence for his allegations, such is his following and influence among Malaysians that his attacks against Najib remain damaging.
In his latest attacks, he publishes photographs of cheques allegedly made out to Balasubramaniam.
And he promised to make more revelations within the next month.
Abdul Razak Baginda, one of Najib’s closest associates, had been charged for abetment and tried for the 2006 murder of Altantuya.
Abdul Razak was eventually acquitted. But two policemen who were once on Najib’s security detail were found guilty of the murder.
Abdul Razak had admitted that Altantuya was his lover.
But the close ties between the major players in the murder and Najib have always dogged the prime minister, with critics like RPK frequently accusing the government of a conspiracy to protect the PM.
Last year, Balasubramaniam caused a stir when he made public a statutory declaration in which he alleged Najib had a sexual relationship with Altantuya.
But he then made another statutory declaration a day later retracting the accusations against Najib.
After that Balasubramaniam disappeared.
The private investigator had been hired by Abdul Razak to help him deal with Altantuya, who was alleged to have been harassing him.
Balasubramaniam was also a witness in the murder trial.
http://www.themalaysianinsider.com/

FM - 1 Malaysia akan tahu siapa NAJIB TUN RAZAK !

Raja Petra: Lepas Tanpa Bebas, Polis Gagal Kesan..


Nov 11, 2009. PENULIS blog Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau, menurut sumbar Bernama hari ini.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan," kata Rozina.Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin. "Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah," kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, memberitahu mahkamah pihak polis masih gagal mengesan penulis blog itu sehingga hari ini. Sebelum ini penangguhan telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Okt. Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April 2008. (BERNAMA/AK)

'Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas'

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.
Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut."Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.
Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.
Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.
Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.Malaysiakini