klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 5 Julai 2011

SABATOJ BERSIH : TAKTIK BODOH LAGI BANGGANG

2 malam lepas sewaktu menyampaikan ceramah di Taman Medan dalam program Jelas 2 , saya telah mendedahkan informasi tentang usaha mensabotaj perhimpunan BERSIH yg bakal berlangsung pada 9 Julai nanti . Informasi yg saya terima di mana ada usaha di buat untuk meletakkan senjata dibeberapa buah tempat dan pihak polis akan buat serbuan di tempat tersebut bersama pihak media . Serbuan tersebut akan dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH .

Laporan Malaysiakini yg saya baca sebentar tadi telah mengesahkan bahawa maklumat yg saya dedahkan tempohari adalah benar apabila pihak pilis telah menjumpai 20 bilah parang , 36 molotovcoktail, sejumlah bebola besi bersama 44 helai tshirt BERSIH dan lilit kepala berwarna merah dan kuning di belakang tokong cina , Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam semalam.

Saya tidak terkejut malah menjangkakan semua ini akan berlaku sepertimana informasi yg saya perolehi. Semua ini adalah usaha jahat dan celaka oleh mereka yg bertujuan untuk mensabotaj perhimpunan BERSIH dan akan dilihat 'kotor' . Difahamkan bahawa ianya dikaitkan dengan modus operandi komunis.

Tindakan ini sengaja diada-adakan bagi mengiyakan segala propaganda , psywar dan berita BOHONG dan FITNAH yg setiap hari didendangkan oleh pihak polis dan pimpinan UMNO. Tindakan untuk meng'halal'kan segala tindakal brutal dan zalim yg bakal dilakukan terhadap mereka yg dilihat mengugat pimpinan UMNO jika BERSIH dilaksanakan pada 9 Julai nanti. Pelbagai usaha dan tindakan yang didalangi oleh pimpinan UMNO dengan menggunakan pihak Polis menunjukkan betapa tertekan dan tidak selesa terhadap kebangkitan rakyat .

Setakat ini 7 ADUN dan Ahli Parlimen bersama hampir 100 orang telah ditangkap dalam operasi Bersih dengan menggunakan pelbagai akta termasuk Ordinan Darurat , Akta Hasutan , Akta mesin cetak dan percetakan . Sehingga siapa sahaja yg memakai baju BERSIH akan ditahan dan ditangkap. Seolah-olah jenayah yang paling besar dan merbahaya dalam negara ini ialah BERSIH.

Saya diberikan teguran dan amaran agar tidak menyebut dan mengajak rakyat ke perhimpunan BERSIH . Malah swminggu lalu sy telah ditahan oleh pihak polis untuk dirakam percakapan berkaitan ceramah saya bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, YB Shuhaimi dan Yb Dr Mariah di Putera Height , Subang Jaya . Soalan yg ditanya oleh pegawai polis tersebut juga berkisar tentang BERSIH .

Taktik dan tindakan kotor pihak tertentu yg saya yakini didalangi oleh pihak polis dan umno dengan terjumpa semua bahan-bahan tersebut adalah cara lama dan sering digunakan bagi tujuan untuk menghalalkan segala tindakan terhadap BERSIH . Sudah pasti media syaitan UMNO seperti Utusex Meloya dan TV3 suku akan mainkan isu tersebut berhari2 untuk gambarkan kepada rakyat bahawa ada usaha untuk mengugat keselamatan negara dan mengulingkan negara ala komunis.

Saya yakin rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk mempercayai segala tindakan dan taktik bodoh yg dilakukan tersebut.

AYUH SEMARAKKAN DEMOKRAKSI DEMI RAKYAT! 9 JULAI 2011 DI KUALA LUMPUR!