klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 14 Jun 2009

CHIN PENG SEHARUSNYA DIBENARKAN PULANG

NILAI - Bekas Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya ( PKM )
Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan , kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Anwar berkata , ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan Perjanjian Damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini .
" kita sudah ada perjanjian damai , kita sudah bawa balik beberapa tokoh termasuk Musa ( bekas Pengerusi PKM , Musa Ahmad ) , Shamsiah Fakeh , Rashid Maidin dan beberapa yang lain , jadi bagi saya atas pertimbangan kemanusiaan konsisten dengan dasar kita , kita maafkan .
" Jadi apa bezanya di antara Chin Peng dengan Musa dari segi kepimpinan dalam parti,perjanjian damai kita lakukan bersama , saya tidak mahu melihat komunis melayu tidak apa , tetapi komunis cina tidak boleh ".
" Jadi kita patut ambil sikap kemanusiaan , yang sudah itu sudah lah , kita mesti maju ke hadapan dan sejarah kita mesti kaji dengan objektif", katanya pada sidang media Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini semalam .

Petikan ucapan Datuk Seri Presiden

Ucapan Datuk Seri Dr. Wan Azizah , Presiden Parti Keadilan Rakyat sewaktu merasmikan Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) 13 Jun 2009 . Sama-samalah kita hayati .

" perubahan mendadak bagi meminda perlembagaan parti adalah tuntutan rakyat "

" rakyat terutamanya penyokong parti telah memberikan mesej jelas bahawa mereka mahu Pakatan Rakyat ( PR ) bertapak di Putrajaya "


" Kita perlu berani kerana rakyat telah menyediakan jalan . Parti harus mantap , pimpinan harus bersiap siaga , ahli-ahli parti pula harus bersedia untuk mara "

" Rakyat memilih parti kita kerana keadilan milik seluruh bangsa dan etnik . Keadilan adalah parti keluarga bangsa Malaysia "

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan

Jimadie Shah Othman Jun 13, 09

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno."Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di kajang hari ini.
"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil."Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.
Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno."Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.Sementara itu, Anwar berkata, PKR tidak bersetuju dengan tindakan "mengharamkan badan tertentu dengan sewenang-wenangnya" atas "prinsip kebebasan".
Walaupun beliau tidak menyebut nama pertubuhan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan usul yang diluluskan muktamar PAS berhubung isu tersebut minggu lalu.Muktamar itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.Sidang akhbarPAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.
Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar jam 2 petang esok bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.Timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali sebelum ini turut dilaporkan tidak bersetuju dengan usul PAS kawasan Shah Alam yang diterima tanpa bahas.
PKR hari ini melangsungkan kongres khas bagi meminda perlembagaanya "bagi menjadi parti paling demokrasi di Malaysia". Kongres itu akan membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.. malaysiakini

isu had umur AMK 35 tahun

Rata - rata ahli-ahli AMK begitu emosi terhadap pindaan perlembagaan yang menjadi perlembagaan baru Parti Keadilan Rakyat iaitu perubahan daripada had umur AMK sebelum ini ialah 40 tahun diturunkan kepada 35 tahun .
Semua masih ingat sewaktu Kongres di Pulau Pinang telah berlaku cadangan dan usaha membuat perubahan yang sama tetapi telah ditolak oleh para perwakilan .
Akhirnya di KUIS cadangan perubahan tersebut telah dipersetujui oleh para perwakilan . Dengan ini keputusan rasmi berdasarkan undi bahawa had umur AMK ialah 35 tahun . Kebimbangan teman-teman AMK ialah kesediaan diperingkat akar umbi iaitu di Cabang , hampir majoriti Ketua AMK Cabang ialah berumur 36 - 40 tahun . Dan majoriti mereka adalah para pejuang reformasi dan AMK dari awal lagi dan mula matang memimpin selepas berumur 36 tahun .
YB Ketua Umum cuba meyakinkan para perwakilan bahawa AMK mesti dipermudakan. dan perlaksanaan tersebut akan ditangguh beberapa tahun sebagai persediaan pimpinan AMK sekarang menyiapkan barisan pimpinan muda di bawah 35 tahun . Sepertimana disebut oleh YB Ketua Umum dan YB Sivarasiah bahawa perlaksanaan tersebut ditangguh sehingga 2013. Ini bermakna pemilihan AMK pada tahun hadapan ( 2010 ) ahli yang berumur 40 tahun masih layak bertanding di jawatan yang dipilih . Tetapi bagi jawatan lantikan seperti Naib Ketua , setiausaha , ketua penerangan , bendahari , EXCO lantikan , Ketua-Ketua AMK negeri mesti berumur 35 tahun ke bawah . Ini bermaksud tempoh tersebut adalah tempoh transisi sehingga tahun 2013 .
Beberapa pindaan yang diluluskan seperti jawatan Naib Ketua AMK ditambah daripada 3 kepada 5 orang , 2 orang penolong Setiausaha bertaraf ex-officio dan Ketua-Ketua AMK Negeri secara automatik sebagai Majlis Pimpinan AMK Pusat ( dulu EXCO AMK Pusat ) .
Diharapkan usaha dan keputusan ini akan dapat dilaksanakan sepertimana hasrat perlembagaan yang telah diputuskan pada hari ini . Sejarah juga tercatat hari ini bahawa had umur 35 tahun adalah merupakan parti pertama melaksanakannya berbanding pemuda-pemuda parti politik lain d malaysia sama ada dalam Pemuda Pakatan Rakyat atau Pemuda Barisan Nasional .

farizmusa.blogspot.com

KEPUTUSAN KONGRES KHAS NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT

KAJANG - Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat hari ini , 13 Jun 2009 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) telah melakar sejarah dengan persetujuan secara majoriti perwakilan menyokong draf pindaan perlembagaan yang dibentang dan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan parti yang paling demokratik di Malaysia . Parti yang baru berumur 10 tahun telah membuktikan bahawa parti ini merupakan parti masa depan . Parti untuk rakyat Malaysia sepertimana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail .
Sepertimana yang dijangka beberapa isu pindaan yang menjadi akan kontroversi ialah isu BAHAGIAN ditukar menjadi CABANG dan CAWANGAN kepada RANTING , perlaksanaan sistem pilihanraya parti yang akan memberikan mandat kepada ahli seluruh Malaysia memilih pemimpin parti dan isu had umur AMK daripada 40 tahun kepada 35 tahun .
Para perwakilan telah menunjukkan komitmen terhadap Kongres Khas Nasional dengan membahas setiap pindaan perlembagaan yahng telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ( selepas ini Majlis Pimpinan Pusat - MPP ) dan sehingga berakhirnya Kongres Khas pada hari ini masih terdapat lebih 1000 orang perwakilan .
Akhirnya apabila pengundian di buat 941 perwakilan bersetuju terhadap pindaan perlembagaan ini . Sejumlah 103 orang telah membantah dan 9 orang mengambil sikap berkecuali . Dengan keputusan tersebut majoriti dan lebih daripada 2/3 para perwakilan menyokong . Turut hadir dalam Kongres Khas tersebut ialah YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .