Semua masih ingat sewaktu Kongres di Pulau Pinang telah berlaku cadangan dan usaha membuat perubahan yang sama tetapi telah ditolak oleh para perwakilan .
Akhirnya di KUIS cadangan perubahan tersebut telah dipersetujui oleh para perwakilan . Dengan ini keputusan rasmi berdasarkan undi bahawa had umur AMK ialah 35 tahun . Kebimbangan teman-teman AMK ialah kesediaan diperingkat akar umbi iaitu di Cabang , hampir majoriti Ketua AMK Cabang ialah berumur 36 - 40 tahun . Dan majoriti mereka adalah para pejuang reformasi dan AMK dari awal lagi dan mula matang memimpin selepas berumur 36 tahun .
YB Ketua Umum cuba meyakinkan para perwakilan bahawa AMK mesti dipermudakan. dan perlaksanaan tersebut akan ditangguh beberapa tahun sebagai persediaan pimpinan AMK sekarang menyiapkan barisan pimpinan muda di bawah 35 tahun . Sepertimana disebut oleh YB Ketua Umum dan YB Sivarasiah bahawa perlaksanaan tersebut ditangguh sehingga 2013. Ini bermakna pemilihan AMK pada tahun hadapan ( 2010 ) ahli yang berumur 40 tahun masih layak bertanding di jawatan yang dipilih . Tetapi bagi jawatan lantikan seperti Naib Ketua , setiausaha , ketua penerangan , bendahari , EXCO lantikan , Ketua-Ketua AMK negeri mesti berumur 35 tahun ke bawah . Ini bermaksud tempoh tersebut adalah tempoh transisi sehingga tahun 2013 .
Beberapa pindaan yang diluluskan seperti jawatan Naib Ketua AMK ditambah daripada 3 kepada 5 orang , 2 orang penolong Setiausaha bertaraf ex-officio dan Ketua-Ketua AMK Negeri secara automatik sebagai Majlis Pimpinan AMK Pusat ( dulu EXCO AMK Pusat ) .
Diharapkan usaha dan keputusan ini akan dapat dilaksanakan sepertimana hasrat perlembagaan yang telah diputuskan pada hari ini . Sejarah juga tercatat hari ini bahawa had umur 35 tahun adalah merupakan parti pertama melaksanakannya berbanding pemuda-pemuda parti politik lain d malaysia sama ada dalam Pemuda Pakatan Rakyat atau Pemuda Barisan Nasional .
farizmusa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan