klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 22 April 2011

CATATAN PENGALAMAN BERTUGAS DI DUN BALINGIAN

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang baru sahaja selesai 16 April.2011 telah menyaksikan bagaimana kali ini banyak sejarah baru dicipta. Buat kali pertama , 71 kerusi DUN Sarawak dipertandingkan di mana tidak ada satu pun BN menang tanpa bertanding berbanding PRN Sarawak ke 9 pada tahun 2006. Malah menempa sejarah tidak ada satu kerusi DUN berlaku penarikan diri calon-calon daripada mana-mana pihak menarik diri .

Buat kali pertama bagi sejarah PRN Sarawak menyaksikan betapa 'berpeluh' BN berdepan dengan PR berbanding PRN Sarawak yg sebelum ini. Kemenangan BN kali ini memperlihatkan prestasi yang tidak membanggakan berbandinf sebelumnya. Kali ini berlaku peningkatan prestasi kepada PR di mana pada PRN Sarawak ke 9 , PR hanya berjaya memperolehi 6 kerusi DUN telah meningkat menjadi 14 kerusi DUN. Kali ini dilihat berlaku kebangkitan rakyat Sarawak terutama di kawasan-kawasan bandar yang memiliki majoriti masyarakat cina .

Saya tidak menafikan bahawa terlalu sukar untuk berdepan BN yang yang lebih 50 tahun mendarah daging di bumi Kenyalang tersebut. Sepertimana biasa kita berdepan dengan pertandingan yang sentiasa berat sebelah , penuh dengan rasuah , penggunaan jentera kerajaan , SPR yang penuh kelicikan dan macam-macam lagi yang tidak berpihak kepada PR.

Saya telah ditugaskan di N 51 DUN Balingian di mana kerusi DUN tersebutlah Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertanding. DUN Balingian atau lebih dikenali dengan Mukah menyaksikan pertandingan 3 penjuru iaitu PR,BN dan BEBAS. Satu tugas berat yang disandarkan kepada saya oleh parti sebagai Personal In Charge ( PIC) i sana. Berdepan dengan Taib Mahmud sendiri.

Sudah pasti ianya satu cabaran yang bukan kecil anak yang perlu dipikul oleh saya . Speetimana yang ditaklimaykan oleh Jabatan Pilihanraya Pusat ( JPRP ) Parti Keadilan Rakyat bahawa N 51 Balingian adalah ranking ke 5 daripada 5 DUN di zon Sibu. Hendak menang adalah sangat mustahil. Apa lagi penyandangnya ialah BN iaitu Taib Mahmud sendiri.

Saya pada awalnya membantah , saya ini bukan seorang YB . Susah pasti saya akan berdepan dengan banyak masalah terutama jentera dan kewangan . Tapi jawapannya ialah hanya saya yang boleh berdepan dengan Taib Mahmud. Tapi yang saya fikir ialah , semua pimpinan lain tidak mahu bertugas di situ maka terpaksa letak saya di sana sebagai PIc. Saya sahut cabaran tersebut!

Saya dibenarkan membawa 2 orang lagi pembantu . Saya puas memohon agar saya dibenarkan membawa 10 orang jentera . Jawapannya ialah budjet lulus hanya 3 orang . Saya hanya merenung, 3 orang hendak bertempur dengan Taib Mahmud?? Ini bukan cabaran lagi dah, tercabar rasanya.

Tugas saya di DUN Balingian ada 2 . PERTAMA : PASTIKAN CALON PARTI TIDAK TARIK DIRI ATAU LOMPAT ATAU HILANG . KEDUA : PASTIKAN TAIB MAHMUD BERPELUH DAN TIDAK MENANG DENGAN MUDAH . Itu arahan kepasa saya. Saya diaeah ke Sibu pada 3 April 2011 kerana Ketua Umum akan sampaikan watikah kepada calon pada 4 April beetwmpar di Primier Hotel . Sibu.

Hanya berbekalkan budjet RM 1 ribu untuk bertempur dengan Taib Mahmud , dan 2 orang pembantu iaitu Muzafeq dan Faizal Ezany , kami terbang ke Sibu. Kerana budjet sedemikian terpaksalah kami tinggal di hotel yang sangat 'MEWAH' yang entah berapa ribu bintang berhampiran Premier Hotel supaya memudahkan kami esoknya.

4 April 2011 , bertempat di Premier Hotel , Ketua Umum hadir menyampaikan.amanat dan menyerahkan watikah kepada calon PKR yang akan mewakili PR. Walaupun Ketua Umum nampak keletihan kerana sudah 6 hari berada di Sarawak , bertemu rakyat Sarawak di banyak tempat . Saya diberitahu 1 hari sampai 8 hingga 9 program . Dwngan keadaan jalan yang teruk dan jauh , kependalaman , ke rumah orang iban , ke perkampungan Melanau , bidayuh , orang ulu,dayak dan sebagainya. Itulah kehebatan DSAI ini, kecekalan dan kekuatan spritual belaiu sangat kental walaupun dia mengadu sakit belakang dan pinggangnya tidak tertahan.

Di situ tugas saya bermula . Dapat sahaja Pn Suriati surat watikah , saya terus ambil surat tersebut untuk saya simpan . Termasuk semua dokumen yang diserahkan kepada beliau . Saya hanya beritahu , saya akan pegang semua dokumen dan akan bantu beliau untuk urusan mengisi borang penamaan calon di Sibu . Tidak akan balik ke DUN Balingian sehingga borang penaman calon selesai dilengkapkan kerana di Mukah tiada peguam yang boleh membantu mengiai borang reesebut. Semua firma guaman hanya di Sibu .

Bukan sahaja surat watikah , termasuk juga talifon bimbit beliau saya simpan dan tidak benarkan beliau berhubung atau dihubungi oleh sesiapa . Saya akan menjawab semua panggilan . Kerana beliau waktu itu harganya sangat MAHAL! ! Saya terpaksa ambil satu bilik hotel bersebelahan bilik saya . Kalau calonnya lelaki senang , bolehlah dilerakkan sebilik dengan kami. Pn Suriati Abdullah dan suaminya akan beeada di bawah pengawasan saya 24 jam sehingga lah selesai segala proses penamaan calon dan tempoh penarikan diri 3 hari selepas itu.

Urusan mengisi borang pencalonan terpaksa diselesaikan di Sibu . Dan saya bawa mereka ke Firma.Guaman YB Wo Ho Leng , MP Sibu. Kerana Pencadang dan Penyokong tidak ada bersama , terpaksalah kami ermalam di Sibu sehingga kehadiran Pencadang dan Penyokong . Satu masalah ialah tidak ada cadangan untuk melantik Pencadang dan Penyokong lagi . Saya minta suami Pn Suriati , sdr Kasim hubungi sesiapa di Mukah yang boleh dipercayai untuk menjadi Pencadang dan Penyokong. Saya mahu Pencadang dari orang Melanau dan Penyokong dari orang iban kerana Pn Suriati adalah berketurunan cina mualaf.

Kerana ada seorang yang juga hadir sewaktu penyampaian watikah dan juga bercita-cita menjadi calon tetapi tidak berjaya , saya minta sdr Kasim hubungi beliau . Ini usaha saya supaya bekiau tidak merajuk dan timbul masalah yang tidak diingini . Menghormati beliau dengan meletakkannya sebagai Pencadang dan wakil calon . Saya sendiri bercakap dengan beliau , akhirnya beliau bersetuju tapi beliau telah pertengahan jalan balik ke Mukah. Bermakna esok baru beliau sampai. Maklumlah perjalanan dari Sibu ke Mukah ialah 3 jam.

Pada sebelah malam , rombongan Tuai rumah panjang 2 buah kereta sampai . Selepas selesai jamukan mereka makan kerana kebetulan sewaktu mereka sampai saya baru sudah makan di restoran berhampiran hotel . Malam itu saya bedepan dengan masalah yang perlu saya selesaikan dengan bijaksana . Rupa-rupanya mereka juga memang bercadang untuk masuk pilihanraya sebagai calon bebas . Mereka sudah kumpulkan duit sejumlah RM 20 ribu. Kata Tuai Rumah Panjang tersebut , beliau tidak tahu PKR hendak bertanding . Beliau tidak mahu Taib Mahmud menang secara percuma .

Selepas yakinkan mereka , dan merayu agar perlunya penyatuan untuk menentang Taib Mahmud , akhirnya mereka mohon untuk berbincang dengan kumpulan mereka . Malam tersebut tepaksa saya tambah 2 lagi bilik hotel untuk mereka . Sudah lah budjet saya hanya rm 1 ribu, belum sampai ke Balingian lagi.

Dalam jam 10 pagi , sdr Hasni dan rombongan tiba . Perbincangan berlaku di cafe Premier Hotel . Pada awal agak tegang kerana keegoan sdr Hasni. Syukur saya berjaya yakinkan mereka dan memohon agar dapat bersama-sama dalam pasukan yang akan bertempur dengan Taib di DUN Balingian .

Kami terus ke firma Guaman YB Wo Ho Leng untuk siapakan borang pencalonan . Tuai rumah panjang juga berseruju dan segala masalah untuk siapkan borang pencalonan selesai . Dengan bantuan YB Wo Ho Leng segala urusn borang pencalonan selesai . Tapi masih ada satu lagi iaitu resit bayaran deposit masih belum diterima .

Selepas selesai terima resit deposit , dalam jam 5 petang kami bertolak ke Mukah . Perjalanan yang sangat menyakitkan , macam naik kereta kuda! Seksa yang ditempohi selama 3 jam . Kami sampai.di Mukah jam 7.15 malam. Malam rersebut kami menginap di Highway Inn , Mukah . Namun ada satu masalah tidak selesai itu persiapan mhari penaman calon. Saya kerahkan semua orang supaya sediakan seramai mungkin untuk hari penamaan calon. Siapkan bendera , pembahagian tugas termasuk tempahan makan minum .

Satu pengalaman yang sangat bermakna untuk saya . Pn Suriati tetap tidak boleh lari dari pengawasan saya . Dari Sibu lagi saya tidak tidur untuk pastikan beliau selamat , tiada usaha untuk membeli beliau atau beliau tiba-tiba hilang. Segala kemungkinan bolwh berlaku . Kerana lawan kita ialah Taib Mahmud . Dan saya tidak mengenali siapa Pn Suriati Abdullah.

Setakat ini catatan pengalaman sebelum penamaan calon . Apa cerita hari penamaan calon ???