klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 5 Disember 2009

Anwar Mengkritik Perdana Menteri Australia

From The Age
By David Rood

MALAYSIAN opposition leader Anwar Ibrahim has accused Kevin Rudd of appeasing Malaysia’s ”corrupt leaders” in the continuing fallout from the Prime Minister’s decision not to meet Mr Anwar.
Mr Anwar, who is in Melbourne to speak at the Parliament of World Religions, said Mr Rudd was acting in the interests of diplomacy but the snub was unwise and ignored the importance of ethics and morality.
”He was too obsessed with interests of getting the two countries together [and therefore] appease Malaysia’s corrupt leaders,” he said.
On a visit to Malaysia in July last year, Mr Rudd praised the country as a ”vibrant” and ”flourishing” democracy, while the country was gripped by allegations of vote-rigging and corruption.
But the Prime Minister adhered to usual protocols by not meeting with Mr Anwar.
”To use terms like ‘robust democracy’ when the entire battle is against an authoritarian order with all the institutions being corrupt or compromised, that is, of course, an issue,” Mr Anwar said yesterday.
”What is worse is when the ruling party establishment highlighted this statement [by Mr Rudd] and used it in their campaign against us.”
Mr Anwar said he had not sought a meeting with Mr Rudd on this visit to Australia but recently met Foreign Minister Stephen Smith.
He said the Malaysian political system was fundamentally flawed, with police intimidation and no freedom of the press.
The Kuala Lumpur High Court recently rejected an application to have a fresh charge of sodomy against Mr Anwar dismissed.
He said the ”trumped-up” charges were a blatant disregard for the law and an abuse of political power, with medical experts saying there was no case.
He is accused of sodomising a male former aide, even though there is no evidence of penetration. Mr Anwar was released from prison five years ago after sodomy charges were overturned.
He was critical of Australia’s military involvement in Afghanistan, questioning whether anything had been learnt from the experience of the first Gulf War. ”We consider that a colossal blunder on the part of President Bush, why do you need to repeat that in Afghanistan?” he said.
”Continuing military occupation of a foreign country – including in this case Afghanistan – cannot be condoned.”
In his conference talk on democracy and diversity, Mr Anwar said democracy could not be forced and must be indigenous with time to mature.
Mr Anwar has also called on Australia to send observers to Malaysia’s next election.

AHMAD SAID BERSARA AWAL ? KENAPA? ADA APA-APA KE ????

SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.
Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini. Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh pelantikan Abu Kassim:

Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.

2. Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan sepanjang perkhidmatan beliau dengan kerajaan.Dalam tempoh menerajui SPRM sejak 14 Mei 2007, SPRM telah melaksanakan fungsi-fungsinya dengan cemerlang selaras dengan visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah berlandaskan nilai-nilai kerohanian dan moral yang tinggi dan menjadikan SPRM agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan unggul. Dengan hasil usaha beliau, prestasi SPRM telah dapat dipertingkatkan.

3. Bagi mengisi jawatan yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] telah memperkenankan supaya Datuk Abu Kassim bin Mohamed, timbalan ketua pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.
4. Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pengarah perancangan dan koordinasi dasar, Ibu Pejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai ketua pegawai integriti, Amanah Raya Berhad.Beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

KT Sentral ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat

- Penduduk Tuntut Janji Menteri Besar


KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam yang didakwa ‘termoden’ akan dibina di kawasan Bukit Besar di sini tahun depan.
Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.Beliau yang tidak mahu dikenali melahirkan rasa sedih dan terkilan atas tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.”Kami, penduduk Kampung Pak Bang sangat terkilan kerana kampung kami terlibat dengan projek miniputrajaya yang akan menggunakan tanah seluruh penduduk, ”hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tanah baru untuk kediaman kami,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Menurutnya, projek Pembangunan Bukit Besar melibatkan kampungnya serta kampung sekitar yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pasar Besar Mydin dan Giant, di belakang Bukit Besar. Beliau yang mewakili penduduk terbabit, turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri menangani urusan pengambilan tanah.”Disebabkan pengambilan tersebut, kami tidak berpuas hati kerana tanah kami tidak boleh bertukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah penbangunan bagi tempoh yang lama,”selain itu, tanah kami dinilai dengan harga RM6 sekaki iaitu (nilaian tanah pada) 20 tahun yang lalu,” tambahnya yang mempersoalkan, harga tersebut terlalu murah kerana Kuala Terengganu kini ‘berstatus’ sebuah bandaraya.
Katanya, dengan harga tanah yang begitu murah, beliau dan para penduduk terbabit tidak mampu untuk membeli tanah-tanah tapak rumah (tanah lot) lain di sekitar bandaraya ini.Beliau menggesa supaya Ahmad Said selaku Menteri Besar dapat mengotakan janjinya sebagaimana yang telah dipersetujui dalam satu majlis dialog yang diadakan bersama dengan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa. ”Ahmad Said perlu ‘amanah’ dengan janji untuk menggantikan tanah-tanah kami sewaktu berdailog dengan penduduk kampung tahun lepas,”pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa menjadi saksi, jangan hanya ‘omong kosong’ sahaja,”jelasnya.
Kini, katanya, penduduk bertambah bimbang kerana ada diantara mereka yang sudah terlibat dengan kerja-kerja pengambilan tanah berkenaan.Namun begitu, beliau berkata, masih tidak ada ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan tindakan pihak berkuasa untuk memberi ganti tanah mereka yang akan di’rampas’.
Justeru, katanya, penduduk kampung sedia keluar ke ‘jalanraya’ untuk meluahkan perasaan dan berdemonstrasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.”Kami berasa teraniaya, mana kata-kata”RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, jikalau tiada sebarang tindakan dibuat, kami akan membuat demonstrasi untuk menuntut hak kami!,”tegasnya.

Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta".
"Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik.
"Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam."Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua.
"Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.
Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.
Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai."
"Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.
Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata perdana menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini." "Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut? "Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.
HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu."Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin.
"Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".
Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).
Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.
Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnyaAhmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.

Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM

Tiga individu mendakwa mereka ternampak satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Menurut laporan akhbar China Press, lembaga tersebut dilihat di tingkat lima bangunan tersebut - tempat Teoh ditemui mati dan di tingkat 14, iaitu pejabat SPRM Selangor.Laporan itu menyebut seorang pengawal keselamatan dan dua pegawai SPRM terserempak dengan lembaga itu sekitar bulan Oktober lalu - lebih dua bulan selepas Teoh ditemui mati.
Pengawal keselamatan tersebut yang enggan namanya disebut berkata, dia tidak nampak muka lembaga itu, tetapi ia berpakaian sama seperti yang dipakai mendiang ketika datang ke pejabat SPRM dulu.
"Saya nampak mayatnya selepas jatuh. Saya pasti ianya Teoh walaupun saya hanya lihat bahagian belakangnya," katanya sambil menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang.Ketika mencerita semula kejadian itu, pengawal tersebut berkata dia pergi ke bilik air di tingkat lima di mana secara dia tiba-tiba terdengar bunyi orang berjalan. Pengawal keselamatan yang lain tidak bertugas ketika itu.
"Saya rasa pelik. Biasanya pada waktu itu tiada orang lain di situ. Lalu saya berjalan ke arah tandas... kemudian saya nampak seorang lelaki di depan lif, dia memakai kot hitam dan berseluar putih," katanya.
Pada masa itu, tidak terlintas di fikiran pengawal tersebut bahawa ia adalah lembaga yang menyerupai Teoh itu."Saya bertanya dia hendak ke mana kerana tiada orang di atas. Dia menjawab "saya nak naik ke atas", lalu masuk ke dalam lif."Ketika itulah saya terfikir yang dia nampak seperti Teoh, jadi saya bergegas ke bilik keselamatan untuk melihat CCTV, tetapi tiada seorang pun dalam lif tersebut.
FM - AWAS !!!! HANTU BENG TEOH CARI SIAPA PEMBUNUHNYA !!!!!!!

Najib kata dakwaan Bala tidak berasas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya bersuara terhadap dakwaan bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya.Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu yang menurutnya tidak berasas.
Apabila soalan itu diajukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan melayan kenyataan semberono.
Beliau diminta mengulas dakwaan Balasubramaniam dalam siri video wawancaranya yang disiarkan dalam Youtube.Dalam wawancara tersebut, Balasubramaniam mendakwa Nazim dan beberapa individu lain, bertindak sebagai proksi Najib bagi memaksanya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.
Beliau juga mendakwa ditawarkan RM5 juta oleh Nazim dan individu lain yang dikaitkan dengan kes tersebut.Akuan bersumpah itu mengandungi dakwaan yang Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya Shaariibuu, di mana Najib telah menafikannya.
Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu dalam tempoh 24 jam dalam situasi yang meragukan dan meninggalkan negara bersama anggota keluarganya.
Walaupun pelbagai pihak telah mendesak Najib supaya memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu, tetapi perdana menteri dan adiknya itu sebelum ini, hanya membisu.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ianya telah memulakan siasatan terhadap isu tersebut.

Royalti minyak
Sementara itu, dalam isu berbeza, Bernama melaporkan Najib berkata beliau tidak pasti mengenai penglibatan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai kaukus mengenai royalti minyak Kelantan kerana perkara itu belum disahkan. Najib berkata kerajaan juga tidak berhasrat mengambil alih soal penubuhan kaukus mengenai royalti minyak Kelantan yang kini diusahakan oleh pembangkang. "Nak take over macam mana... kerajaan telah pun membuat pendirian berhubung perkara itu," katanya.
Mengenai isu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh, Kedah, Datuk Abu Hasan Sarif, Najib berkata Umno akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil apa-apa tindakan. "Bersalah atau tidak bersalah mahkamah yang akan tentukan... sekarang proses mahkamah masih belum selesai," katanya.
Kerusi Kota Siputeh disandang Abu Hassan daripada Barisan Nasional (BN) sebelum diisytiharkan kosong 16 November lalu oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran Speaker. Bagaimanapun Abu Hassan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun dan kini menunggu keputusan.

SPRM minta PKR bantu cari Bala...


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan PKR untuk mencari penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat suruhanjaya tersebut.Perkara itu didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata, SPRM memintanya berbuat demikian secepat mungkin.

Dalam beberapa klip video yang disiarkan di Internet bulan lalu, Balasubramaniam mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta oleh adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, supaya menarik balik akuan bersumpahnya yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Shamsul Iskandar disoal oleh pegawai penyiasat SPRM Abdul Rahman Bachok selama dua jam di Putrajaya pagi ini sebagai susulan laporannya kepada SPRM terhadap Mohamed Nazim dan Deepak, kelmarin.

Shamsul Iskandar ditemani peguamnya Yusmadi Yussof, juga ketua AMK Pulau Pinang, dan lima pemimpin AMK Selangor dan Wilayah Persekutuan.Sambil menyuarakan rasa terkejutnya dengan permintaan SPRM itu, Shamsul Iskandar berkata:"Mereka sendiri mempunyai segala kemudahan untuk mencari Balasubramaniam.

"Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM telah meminta bantuannya untuk mendapatkan salinan akuan bersumpah pertama dan kedua Balasubramaniam.

Balasubramaniam, bekas anggota polis Cawangan Khas yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda, membuat akuan bersumpah kontroversi 3 Julai tahun lalu yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya itu dalam tempoh 24 jam dan kemudian lari keluar negara bersama keluarganya.Abdul Razak, kenalan rapat Najib yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu.

Beliau menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.Laporan Shamsul Iskandar kepada SPRM dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, dan satu salinan rakaman tersebut diserahkan kepada suruhanjaya tersebut, kelmarin.Malaysiakini