klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 5 Disember 2009

KT Sentral ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat

- Penduduk Tuntut Janji Menteri Besar


KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam yang didakwa ‘termoden’ akan dibina di kawasan Bukit Besar di sini tahun depan.
Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.Beliau yang tidak mahu dikenali melahirkan rasa sedih dan terkilan atas tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.”Kami, penduduk Kampung Pak Bang sangat terkilan kerana kampung kami terlibat dengan projek miniputrajaya yang akan menggunakan tanah seluruh penduduk, ”hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tanah baru untuk kediaman kami,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Menurutnya, projek Pembangunan Bukit Besar melibatkan kampungnya serta kampung sekitar yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pasar Besar Mydin dan Giant, di belakang Bukit Besar. Beliau yang mewakili penduduk terbabit, turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri menangani urusan pengambilan tanah.”Disebabkan pengambilan tersebut, kami tidak berpuas hati kerana tanah kami tidak boleh bertukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah penbangunan bagi tempoh yang lama,”selain itu, tanah kami dinilai dengan harga RM6 sekaki iaitu (nilaian tanah pada) 20 tahun yang lalu,” tambahnya yang mempersoalkan, harga tersebut terlalu murah kerana Kuala Terengganu kini ‘berstatus’ sebuah bandaraya.
Katanya, dengan harga tanah yang begitu murah, beliau dan para penduduk terbabit tidak mampu untuk membeli tanah-tanah tapak rumah (tanah lot) lain di sekitar bandaraya ini.Beliau menggesa supaya Ahmad Said selaku Menteri Besar dapat mengotakan janjinya sebagaimana yang telah dipersetujui dalam satu majlis dialog yang diadakan bersama dengan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa. ”Ahmad Said perlu ‘amanah’ dengan janji untuk menggantikan tanah-tanah kami sewaktu berdailog dengan penduduk kampung tahun lepas,”pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa menjadi saksi, jangan hanya ‘omong kosong’ sahaja,”jelasnya.
Kini, katanya, penduduk bertambah bimbang kerana ada diantara mereka yang sudah terlibat dengan kerja-kerja pengambilan tanah berkenaan.Namun begitu, beliau berkata, masih tidak ada ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan tindakan pihak berkuasa untuk memberi ganti tanah mereka yang akan di’rampas’.
Justeru, katanya, penduduk kampung sedia keluar ke ‘jalanraya’ untuk meluahkan perasaan dan berdemonstrasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.”Kami berasa teraniaya, mana kata-kata”RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, jikalau tiada sebarang tindakan dibuat, kami akan membuat demonstrasi untuk menuntut hak kami!,”tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan