klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 20 Oktober 2009

Azmin nafi bergeser dengan Zaid

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan kononnya terdapat pergeseran antara beliau dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai parti itu Jun lalu.Sambil menyalahkan media, Mohamed Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata cerita berkenaan wujud akibat tafsiran media yang sengaja menggambarkan kononnya wujud perpecahan dalam parti itu.
"Siapa yang ada pergeseran? Kalau awak tengok kenyataan Datuk Zaid, ada tak dia kaitkan dengan saya, tak ada."Ini tafsiran media. Memang peranan media untuk menggambarkan bahawa ada perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PKR," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.
Baru-baru ini, Zaid mengumumkan untuk bercuti selama enam bulan berkuatkuasa serta-merta, bermula Jumaat lepas, selepas penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.
Laporan media juga menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Mohamed Azmin yang juga merupakan pengerusi PKR Sabah.Zaid yang diminta mengulas laporan itu semalam bagaimanapun menafikan bahawa beliau bercuti selama enam bulan daripada parti berkenaan sebaliknya menegaskan beliau hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti biro politik PKR.
Selain itu, Mohamed Azmin berkata pihaknya turut menghormati keputusan Zaid yang ingin bercuti bagi membolehkannya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pakatan pembangkang."Saya kira ini satu keputusan yang perlu dihormati. Zaid mempunyai peranan yang cukup penting dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat untuk membantu menyediakan kertas dasar bagi penubuhan (pendaftaran) Pakatan Rakyat.
"Tidak ada perpecahan langsung, malahan hubungan kerja di kalangan pimpinan cukup baik dan mantap," katanya. BERNAMA

Anwar: Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.
Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan."Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai," katanya.
Di Sabah Zaid mengesahkan bahawa beliau hanya bercuti daripada tugasan biro politik. Selain menunaikan ibadah haji, beliau akan terus memikul tanggungjawab untuk memantapkan Pakatan Rakyat.Ini sebagai persediaan untuk membentuk sebuah perlembagaan yang didokong oleh ketiga-tiga parti berkenaan iaitu, Keadilan, Pas dan DAP

Hari Malaysia Cuti Umum Merupakan Hasil Perjuangan Rakyat!

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
19 Oktober 2009

AMK mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menjadikan 16hb September diisytihar oleh kerajaan sebagai “Hari Malaysia” serta cuti umum. Ini merupakan hasil tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac yang lalu. Usaha gigih daripada semua pihak khasnya Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan Hari Malaysia telah menampak hasil.
Pada hakikatnya, masyarakat sivil serta NGO telah lama memperjungkan kepentingan 16 September untuk membangunkan negara kita tanpa kira bangsa, budaya dan agama. Malangnya, selepas 46 tahun barulah Kerajaan Persekutuan mengakui Hari Malaysia dan mengumumkannya sebagai cuti umum.
AMK menekankan bahawa 16 September menjadi cuti umum merupakan hadiah keberanian rakyat dalam memperkuatkan Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha menolak gejala rasuah dan politik perkauman. Sistem dua parti yang baru dibentuk telah memberi persaingan dan tekanan kepada parti politik terutamanya Barisan Nasional untuk mentadbir dengan lebih ikhlas dan telus.
AMK juga berpendapat bahawa keputusan Najib menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah bertujuan untuk balik ke jalan tengah serta kesederhanaan. Beliau berharap pandangan masyarakat umum terhadap UMNO akan berubah dan mula menerimanya.
Namun demikian, sekiranya Dasar Ekonomi Baru yang penuh dengan rasuah, dasar bahasa yang sempit serta politik perkauman yang masih berleluasa di Malaysia, maka usaha Perdana Menteri untuk menonjolkan keterbukaan UMNO untuk masyarakat umum hanya merupakan hiasan sahaja.
Semangat Hari Malaysia tidak akan tercapai!Oleh itu, AMK berpendapat bahawa pentingnya nilai-nilai sedunia seperti demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia menjadi teras negara Malaysia. Maka rakyat akan menjadi tuan ke atas tanahair Malaysia!
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan

Clarifications on alleged discord in Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabah, Azmin Ali and Zaid Ibrahim

PRESS RELEASE
19 OCTOBER 2009
In light of the exaggerated, slanted and half truth reporting in both the mainstream and new media on alleged serious discord in PKR on Sabah, Azmin Ali and Zaid Ibrahim arising from last Tuesday’s political bureau meeting, PKR wishes to clarify on some of the issues raised although these meetings are usually confidential.
Whilst it is true that there are some disagreements within the party on several issues including on the restructuring of PKR leadership in Sabah, it cannot be overemphasized that these are the usual disagreements within the party (as is normal in any worthy political party) and not anything so fundamental and serious to warrant the sort of press that it had undeservedly generated.
The purported heated political bureau meeting was actually quite uneventful. Both Azmin Ali and Mustafa Kamil were asked to report on the situation in Sabah and Sarawak where they have respectively been appointed to lead the Majlis Perhubungan Negeri (State Liaison Council) in order to assist in the states’ leadership restructuring and in representing the Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
During the meeting, PKR Sabah did not hand over any memorandum of protest, Azmin did not throw any tantrum, nor was there any power tussle between Zaid and Azmin as reported. It is sufficient to state at this point that the PKR Sabah leadership is being restructured and is an ongoing process that will of course attract differences of opinions.
The only highlight of the meeting was about Gabriel Adit, Adun of Ngameh, Sarawak and his impending resignation from PKR and plan to form another party.
The political bureau meeting is a regular meeting held weekly among the top leaders to discuss many agenda including regular matters like situation reports on Sabah and Sarawak and urgent matters like Gabriel Adit.
As for Zaid taking leave from the political bureau and the MPP, this as explained by Zaid was merely to enable him to concentrate fully on drafting Pakatan Rakyat’s all important Common Policy Framework that will take the opposition coalition to the next level in challenging the BN as the Government of the Day.
Zaid it must be emphasized has not left PKR and is still a PKR leader, a valuable asset and committed to the various party activities as can be seen in his upcoming schedules.

Released by:
Latheefa Koya
Information Chief of PKR

UMNO – PERUBAHAN BESAR TIDAK AKAN BERLAKU

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 18 Oktober 2009

Slogan “perubahan” berulang kali dijeritkan dalam perhimpunan Umno baru lalu – oleh ramai pemimpin dan pengikut. Kesan jangka panjangnya mungkin tidak akan ada. Meminjam kata-kata Shakespeare segalanya “penuh dengan jeritan dan kemarahan, tetapi tidak mempunyai apa-apa erti” (full of sound and fury but signifying nothing).
Perubahan yang banyak dilaungkan ialah berkaitan pindaan perlembagaan. Ada pemimpin Umno yang mendakwa ia merupakan pindaan yang tidak pernah dilakukan oleh pihak-pihak lain. Jelas mereka hendak menyembunyikan suatu hakikat yang memalukan jikalau terdedah dalam Perhimpunan itu,
Hakikatnya ialah bahawa KEADILAN telah membuat pindaan perlembagaan yang lebih menyeluruh dan demokratik dalam Kongres Khas yang diadakan sehari suntuk pada 13 Jun 2009. Pindaan perlembagaan itu dibincang dengan teliti dan telus oleh para perwakilan selama kira-kira lima jam. Salah satu perkara penting yang diluluskan ialah pindaan yang memberi setiap anggota Parti hak mengundi untuk memilih pimpinan.
Ini berbeza dengan keputusan yang dicapai oleh Umno. Pindaan perlembagaan mereka diterima dalam masa kurang sejam tanpa perbincangan mendalam oleh perwakilan. Ini membuktikan tradisi Pak Turut dalam Umno masih kuat. Presiden Umno mengisytiharkan bahawa pindaan perlembagaan yang mereka lakukan akan menjadikan Umno lebih demokratik.
Sebenarnya, seperti ditegaskan oleh Tengku Razaleigh, pindaan perlembagaan Umno itu tidak cukup demokratik. Ia membataskan bilangan yang boleh mengundi untuk memilih pucuk pimpinan hanya kepada 146,500 orang wakil saja. Kenapakah hak mengundi dibataskan kepada cuma kira-kira 5% dari jumlah ahli Umno yang didakwa berjumlah 3.4 juta? Kenapakah tidak demokrarik sepenuhnya dan berikan hak mengundi kepada seluruh ahli? Bilangan besar tidak harus menjadi alasan.
Seterusnya Presiden Umno juga mendakwa pindaan yang mereka luluskan boleh menghapuskan “politik wang”. Dr Mahathir secara terus terang dan tepat menyatakan beliau tidak percaya ini akan berlaku. Apa yang disebut sebagai “politik wang” adalah sebenarnya rasuah atau korusi politik. Ia merupakan sebahagian dari amalan korupsi yang meluas berlaku di kalangan terutama sekali para pemimpin Umno, termasuk Presidennya.
Korupsi terdapat dalam pelbagai bentuk yang melibatkan: wang (harta), moral (wanita) dan politik (kuasa/takhta). Penumpuan ketiga-tiga bentuk korupsi ini terdapat di kalangan ramai pucuk pimpinan Umno dan juga mereka di peringkat negeri dan bahagian. Bagaimanakah pemimpin yang korup arau rasuah berupaya untuk menghapuskan korupsi, termasuk apa yang dikatakan “politik wang itu”? Bapak perompak manakah yang mahu dan bersedia menghapuskan kerja merompak yang memberikan kekayaan dan kedudukan tinggi kepada mereka?
Korupsi hanya boleh dihapuskan atau setidak-tidak dikurangkan jikalau mereka yang berkuasa bersih dan dituduh korup bersedia untuk disiasat oleh badan bebas dan sanggup dihukum jika didapati berasalah. Mereka juga harus bertindak untuk menghukum semua yang korup tanpa memilih bulu. Jikalau ini tidak dilakukan maka segala ucapan, seruan dan janji menghapuskan korupsi akan tinggal sebagai retorik berdegar yang kosong saja.
Apabila pemimpin-pemimpin besar Umno tidak sanggup mengambil tindakan yang betul-betul demokratik dan tidak mampu bertindak tegas terhadap korupsi dalam parti, masyarakat dan negara, sudah pasti perubahan tidak akan berlaku. Seruan seperti yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin supaya ahli-ahli Umno “buang perangai lama demi perubahan” tidak akan bererti.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

Dakwaan Khairy Terhadap Selangor Tutup Ketidakadilan BN

Kenyataan Media
15 Oktober 2009

Dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak menunaikan janji wang hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti dan menurunkan 20 peratus cukai pintu, jelasnya dibuat semata-matanya untuk mengelirukan rakyat, serta menutup ketidakadilan kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Pandangan tidak berasas berhubung dengan program kebajikan negeri Selangor itu telah dibuat dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Pemuda Umno semalam.
Sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor setahun lalu, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan di bawah Rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi membantu golongan miskin tanpa kira kaum dan agama.
Antaranya hadiah masuk universiti RM1,000 diberikan kepada setiap anak dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang berjaya memasuki universiti. Setakat ini penerima melebihi 7,000 orang daripada jumlah 12,340 permohonan, di mana ada segelintir yang ditolak kerana tidak lengkap atau tidak layak. Maka dakwaan Khairy bahawa janji tidak ditunaikan adalah tidak benar.
Berhubung dengan penurunan kadar cukai pintu 20 peratus, Khairy juga wajar sedar cukai pintu atau cukai taksiran adalah sumber pendapatan utama kerajaan negeri, khasnya ketika kerajaan persekutuan gagal mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada negeri Pakatan Rakyat.
Jika penurunan kadar cukai pintu dilaksanakan pada masa ekonomi Selangor masih belum mencapai tahap yang memuaskan, ianya pasti akan mengurangkan lagi hasil negeri lalu menyebabkan peruntukan untuk pembangunan di negeri ini tidak mencukupi.
Bagaimanapun bagi meringankan beban rakyat, kerajaan negeri telahpun mengenakan pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai taksiran tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari hingga 30 Jun tahun 2008, pengecualian 100 peratus.
Khairy tidak seharusnya menafikan hakikat ketidakadilan yang dilakukan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri, misalnya penyaluran sumber persekutuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutan (JKKKP) dalam negeri Selangor adalah satu penyalahgunaan kekayaan rakyat.
Kerajaan negeri akan tetap meneliti langkah menurunkan kadar cukai taksiran dari semasa ke semasa, namun apa yang lebih penting ialah kerajaan persekutan wajar berubah sikap mengamalkan semangat Federalisme dalam pentadbiran dan pengagihan kekayaan negara.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Adun Seri Setia