klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 10 Mei 2009

PEMBEBASAN 3 WIRA HINDRAF BUKTI NAJIB BACUL DAN TAKUT KEPADA PILIHANRAYA KECIL


Pembebasan 3 wira HINDRAF daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) oleh pihak kerajaan adalah sangat mengembirakan seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mereka dan para penyokong HINDRAF yang selama ini berjuang ke arah pembebasan mereka . 3 wira HINDRAF yang telah dibebaskan ialah P Uthayakumar, M Manoharan, dan K Vasantha , manakala 2 lagi pada bulan lalu iaitu V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan .

Mereka semua telah di tahan sebagai tahanan tanpa bicara di bawah akta zalim iaitu ISA oleh kerajaan Malaysia kerana terlibat memimpin HINDRAF . Sebelum ini YB M. Manoharan , ADUN Kota Shah Alam yang juga tahanan ISA telah menyatakan pendirian untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN disebabkan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ADUN di Kota Shah Alam . Ini bermakna sekiranya beliau meletakkan jawatan sudah pasti satu pilihanraya kecil akan diadakan .

Desakan ini benar-benar menakutkan Najib Tun Razak serta UMNO/Barisan Nasional yang mengalami kekalahan berturut-turut dalam setiap pilihanraya kecil bermula di Parlimen Permatang Pauh , Parlimen Kuala Terengganu , Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau . Kekalahan yang meletakkan UMNO / Barisan Nasional cukup memalukan . Malah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau adalah satu referendum penolakkan rakyat terhadap Najib Tun Razak yang kini menjawat sebagai Perdana Menteri ke 6 ekoran pernyerahan kuasa Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Najib Tun Razak begitu bacul dan takut untuk berdepan dengan pilihanraya kecil lagi walau sebelum ini menggunakan SPR dan SPRM bagi memastikan supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di DUN Penanti ekoran perletakkan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN Penanti . Segala usaha beliau gagal dan terpaksa berdepan dengan pilihanraya kecil DUN Penanti yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh YB Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat , Datuk Seri Anwar Ibrahim . Malah sehingga kini Najib Tun Razak masih belum mengumumkan sama ada UMNO / Barisan Nasional meletakkan calon walaupun pada hari Isnin lalu Biro Politik UMNO telah mengadakan mesyuarat . Sudah pasti desakan YB M. Manoharan untuk meletakkan jawatan menjadi igauan ngeri Najib Tun Razak .

Justeru , pembebasan YB M.Manoharan bersama 2 pimpinan HINDRAF adalah membuktikan bahawa UMNO / Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Tun Razak takut dan pengecut untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil . Menteri Dalam Negeri , Hisamuddin Tun Hussein menyatakan pembebasan mereka adalah bukan bermotif politik sedangkan mereka ditahan kerana politik . Sementara itu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar agar pertuduhan mengikut Akta Hasutan ke atasnya digugurkan. Pelik dan membinggungkan .

Sekiranya tindakan membebaskan mereka kerana untuk meredakan kemarahan masyarakat india terhadap penahanan wira-wira HINDRAF ini , ianya tidak memberikan kesan kerana masyarakat india bukannya bodoh dan dangkal . Dalam Pilihanraya Umum ke 12 serta beberapa pilihanraya kecil menunjukkan UMNO/Barisan Nasional telah terus ditolak oleh masyarakat India . Kenyataan Najib Tun Razak dengan menyatakan bahawa pembebasan mereka adalah menolak dakwaan parti pembangkang bahawa kerajaan bertindak zalim kepada mereka adalah tidak benar . Sebenarnya beliau sudah tidak dapat meneruskan lagi penahanan mereka kerana takut untuk berdepan dengan pilihanraya kecil sekiranya YB M.Manoharan meneruskan hasrat beliau untuk meletakkan jawatan .

Angkatan Muda Keadilan bukan sahaja menyambut baik pembebasan mereka tetapi dalam masa yang sama akta zalim ini perlu di mansuhkan . Mansuhkan ISA !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK