klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 3 Julai 2009

Pakatan Rakyat Bentuk Jawatankuasa Kabinet

Thursday, July 02, 2009

Bagi memastikan prestasi bermutu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, gagasan politik itu mewujudkan jawatankuasa khas mengikut portfolio kementerian tertentu.Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata Pakatan Rakyat meletakkan seorang wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP untuk setiap 25 kementerian terbabit.
"Jawatankuasa ini turut dibantu oleh pakar-pakar dari bidang masing-masing untuk membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Azmin.Beliau menambah langkah ini diambil bagi membantu persediaan wakil-wakil rakyat dan memantapkan kualiti perbahasan di Parlimen."Tugas pertama jawatankuasa ini adalah untuk memastikan persediaan yang rapi menghadapi sesi belanjawan pada bulan Oktober nanti," kata Azmin.

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian

JABATAN PERDANA MENTERI:

PKR -
Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)

Pas -
Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)

DAP -
im Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

PKR – Johari Abdul (Sungai Petani)
Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN:

PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak)
Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor)
DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang)
Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang)
DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

KEMENTERIAN PELAJARAN:

PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau)
Pas – Che Uda Che Nik (Sik)
DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang)
Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)


EMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota)
Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu)
DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang)
Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)
DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

PKR – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
Pas – Khalid Samad (Shah Alam)
DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI

PKR – Rashid Din (Merbok)
Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

PKR – Chua Tian Chang (Batu)
Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap)
DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

PKR – William Leong (Selayang)
Pas – Dr Mohd Hatta Ramli
DAP – Teresa Kok

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah)
Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling)
DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah)
Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)
DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)
Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh)
DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)
DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)
Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)
DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh)
Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa)
DAP – M Manogaran (Telok Intan)

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

PKR – Sivarasa Rasiah (Subang)
Pas – Kamarudin Jaafar (Tumpat)
DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

PKR – Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
Pas – Mohd Firdaus Ja’afar (Jerai)
DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

KEMENTERIAN KESIHATAN

PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng)
Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)
DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

KEMENTERIAN PELANCONGAN

PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar)
Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju)
Pas – Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)
DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PKR – Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu)
Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai)
Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah


Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu."Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar.
Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

FM - SELESAIKANLAH SECARA BIJAKSANA

Kedah DAP must look at the bigger picture - SK

By Gooi Hsiao Leung

The announcement by Kedah DAP to leave the Pakatan Rakyat coalition in Kedah is most regrettable.I do empathize with the plight of the 28 operators who are left without a place to carry on their trade, however the DAP call to leave Pakatan was made irrationally and impulsively without taking into account the larger national consideration of Pakatan’s political struggle.It is well within any party’s right to protest, or oppose or even condemn the Alor Setar’s Municipal Council’s decision to tear down the abattoir, however the DAP Kedah must not be carried away emotionally by making calls to quit Pakatan over this issue.
The abattoir issue is purely a licensing issue and a local municipal problem, and the Kedah DAP should not turn this into a national issue, jeopardizing the national coalition between PAS, PKR and DAP. I am certain this municipal problem could have been resolved amicably through other channels.Pakatan has a duty to minimise disagreements and to stay unitedKedah DAP must realize that the call to quit PR will upset the national mood for real change brought about by 308.Kedah DAP must realize all major policy changes we have witnessed of late, from the introduction a new PSD scholarship to be based solely on merit, and the abolishment of the 30% quota for companies seeking public listing are all a direct result of the 2008 general elections.
Kedah DAP is hitting the wrong target by making the drastic call to quit Pakatan. It had taken a lot, and in some ways, a miracle for the PAS, PKR and DAP to come together and forge a united front to face Barisan Nasional.The alliance is bound to face tribulations and disagreements, however it is our duty to minimize such problems and to ensure that the coalition remains united.I am sure not one of the 308 supporters, who voted for national change will agree with Kedah DAP’s call to quit Pakatan over the municipal problem in Kedah.
We owe a duty to each and every voter who voted for the opposition, and who were fed up with MCA and Gerakan’s inability to effectively represent them, not to disrupt the current political direction our country is moving towards.[Gooi Hsiao Leung is a lawyer by training. He is also the PKR Kedah deputy youth chief and a member of the state committee]SK

Pemuda Umno Peralat Wacana Pas - TVA

Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.
Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasaruddin.
“Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.“Antara saya dan nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.
Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.“Kita melihat tawaran dari Pemuda Pas adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan Pas,” kata Khairy.Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.
“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk. .“Pas dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.
“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.Pendirian itu didokong oleh saya pemuda pas yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.
“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpananya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah.TVA

segera wujudkan majlis pimpinan pemuda pakatan rakyat

Apabila isu wacana ilmiah antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Pergerakan Pemuda UMNO menjadi isu yang meresahkan banyak pihak terutama para penyokong Pakatan Rakyat . Beberapa SMS dan panggilan talifon saya terima serta membaca tulisan dan pandangan dalam blog-blog serta membaca akhbar harian milik UMNO memberikan pelbagai persepsi.
Memang menjadi hak mutlak kepada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengemukakan jemputan untuk berwacana dengan sesiapa sahaja terutama Pemuda UMNO. Saya yakin Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai alasan tersendiri sepertimana yang diperjelaskan oleh Sdr. Ketua Dewan Pemuida PAS Pusat , Ustaz Nasrudin Tantowi . Isu Kerajaan Perpaduan yang hangat tempohari cuba dieksploitkan oleh UMNO melalui media massa sehingga digambarkan keretakan yang sangat ketara berlaku di dalam PAS. Pelawaan wacana oleh Dewan Pemuda PAS Pusat juga turut dipolitikkan termasuk oleh Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Secara peribadi saya memang tidak bersetuju dengan tindakan jemputan berwacana ilmiah dengan Pemuda UMNO . Sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang kerana Pemuda UMNO atau UMNO adalah tidak layak dan relevan untuk mengadakan perbincangan apatah lagi wacana ilmiah . Saya memahami akan tajuk wacana ilmiah iaitu 'benarkah perjuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam' dan memahami hasrat maudhoq kenapa wacana tersebut perlu diadakan . Tindakan biadap Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aziz Nik Mat apabila beliau yang menyamakan UMNO sebagai ajaran sesat dan komunis. Termasuk ajakan debat terhadap Najib Tun Razak yang tidak terjawab oleh PM 1 Malaysia .
Justeru bagi mengelak kekeliruan dan rasa menghormati rakan-rakan kepemudaan dalam Pakatan Rakyat serta dilihat secara kolektif pemuda Pakatan Rakyat maka perlu diwujudkan dengan segera Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat . Kalau di peringkat tertinggi kepimpinan parti mewujudkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kenapa tidak pada sayap kanan terpenting Pakatan Rakyat ini . Malah kewujudan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dilihat sangat efektif , sepakat dan muafakat .
Pemuda Pakatan Rakyat mesti bergerak secara kolektif bagi berdepan dengan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional . Kesepakatan bersama Angkatan Muda Keadilan ( AMK ), Dewan Pemuda PAS ( DPP ) dan Pemuda DAP ( DAPSY ) adalah perlu .
Saya tidak menafikan wujud kesepakatan dan perbincangan bersama pemuda Pakatan Rakyat dalam program , aktiviti , isu dan sebagainya tetapi masih tidak mencukupi tanpa diwujudkan Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi dan berfungsi melalui Saketeriat Pemuda Pakatan Rakyat dalam merangka , merancang dan mengerakkan tenaga kerja bersama dalam meraih sokongan generasi muda Malaysia .
Jangan kita bersikap dengan memberikan 'buah tanggung' buat Pemuda UMNO yang sekarang tidak relevan untuk generasi muda Malaysia . Lebih-lebih lagi menghapuskan segala persepsi dan prasangka negatif yang cuba digemburkan oleh media massa dan usaha memecahkan Pakatan Rakyat . Kekitaan yang erat tiada yang berat .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

DAP Kedah tidak wajar terburu-buru

ALOR SETAR, 1 Julai: Para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini."Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.
Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.
Pagi tadi, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru."Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.
Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang."Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Ahmad Said Pecat ‘Bala Tentera’ Idris Jusoh, Lakukan Penyelewengan Lebih Teruk

KUALA TERENGGANU – Kemelut politik Terengganu pada 14 April lalu merupakan kemuncak perjuangan hidup mati para ‘jeneral’ bekas Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Idris Jusoh.Walaupun Idris tidak lagi menjadi pemerintah, lebih separuh jeneral Idris menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagi wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya umum lalu.
Oleh itu, tindakan ‘kamikaze’ bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Ahmad Ramzi sewajarnya dianggap ‘syahid’ oleh kumpulan yang menentang MB Dato’ Ahmad Said

(Gambar - Lihat muka-muka Exco sekarang yang tak malu, menerima jawatan walaupun bersama Rosol membantah pelantikan Mad Said.) - buletinonline