klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 28 Mei 2009

PESANAN YB KETUA UMUM

Saya menegaskan kepada pengundi Penanti bahawa pertarungan masih di antara Pakatan Rakyat dan BN. Perhatikan saja bilamana media UMNO-BN terus mencerca Keadilan dan PR. Bedanya, kali ini mereka mengaku lemah menghadapi tahap kesedaran dan kegigihan rakyat di Permatang Pauh.
Sebelum ini umno-bn telah berhempas pulas mengugut dan menghukum rakyat disini dengan menahan banyak projek pembangunan; mencera dan memfitnah saya. Dan kemuncaknya di bulan Ogos tahun lalu, rakyat Permatang Pauh termasuk Penanti telah menghumban mereka.
Maka berwaspadalah dengan fitnah dan helah tipudaya mereka. Jentera kita perlu siap siaga, jangan anggap enteng tanpa musuh nyata. Bekerjalah dengan ikhlas dan sekuat daya. Inshaallah kita akan menobatkan Sdr Mansor sebagai ADUN dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Sesudah itu kita akan berduyun ke Manek Urai.

ANWAR IBRAHIM

Wanita sasar 70 peratus pengundi - SK

Thursday, May 28, 2009 12:09 PM
PENANTI,27 MEI (SK)-Wanita KeADILan mensasarkan 70 peratus pengundi di N12 Penanti akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin berkata terdapat peningkatan sebanyak tiga peratus selepas tiga hari penamaan calon lalu.
“Berdasarkan culaan mikro kita dapati sebanyak 60 peratus sokongan di terima sebelum penamaan calon dan telah meningkat sebanyak tiga peratus kepada 63 peratus setakat ini.”Bilangan ini semakin bertambah bila dari semasa ke semasa disebabkan ramai pimpinan Pakatan yang turut untuk berceramah dan berkempen.“Begitu juga dengan usaha culaan dari rumah ke rumah yang dilakukan wanita dan AMK yang juga memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan sokongan kepada calon kita, Dr Mansor,”Kata Zuraidah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Wanita KeADILan mensasarkan 70 peratus iaitu sasaran yang realitinya boleh dicapai tetapi angka tersebut mungkin akan menjadi lebih tinggi.“Angka 70 Peratus itu secara amnya hanyalah angka dasar yang kita boleh capai dengan mudah tetapi kita telah mengarahkan seluruh jentera wanita dan juga AMK untuk mengatur strategi yang lebih bersepadu.“Kita juga amat berpuas hati dengan jentera dari komponen lain seperti PAS dan DAP yang memberikan kerjasama yang erat sejajar dengan kesepakatan Pakatan Rakyat.
“Begitu juga dengan program-program ceramah perdana dan ceramah kelompok, yang mana semua komponen parti berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon pakatan,” jelas Zuraidah lagi.Sehubungan itu menurut beliau setakat hari keempat tempoh hari kempen Wanita Keadilan telah pun tamat membuat culaan micro peringkat pertama dan akan disusuli dengan culaan kedua yang lebih padu sebelum pengundi membuang undi pada 31 Mei nanti.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai

SPR tetal tetapkan :

6 Julai 2009 - Hari Penamaan Calon

14 Julai 2009 - Hari Pembuangan Undi

album penanti 1




TAHNIAH NASRUDDIN TANTAWI !


Saya merakamkan jutaan tahniah di atas kemenangan tanpa bertanding sebagai KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT yang baru. Selamat Berjuang !

Ekonomi merosot bawah -6 peratus

May 27, 09 5:35pm

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas.Penguncupan itu lebih rendah daripada yang diramalkan sebelumnya, antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus.
Gabenor Bank Negara berkata penguncupan itu akibat kemerosotan ketara dalam permintaan luar negeri susulan kemelesetan meruncing dalam negara-negara maju, lapor Bernama."Permintaan eksport terus lemah dan keadaan masih mencabar. Walaupun wujud tanda-tanda awal peningkatan, suku kedua dijangka sama dengan suku pertama (2009)," Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata ketika mengumumkan prestasi ekonomi negara hari ini.
"Malaysia dijangka menyaksikan perubahan ketara dalam suku ketiga tahun ini dan pertumbuhan positif pada tahap yang lebih tinggi pada suku keempat, yang akan berterusan pada tahun depan."Peningkatan akan berlaku, namun ia juga bergantung kepada persekitaran domestik dan luar negara.
"Jika langkah yang diambil oleh ekonomi lain tidak menunjukkan perubahan, maka suku kedua akan lebih teruk."Mengulas lanjut mengenai penguncupan suku pertama, Dr Zeti berkata ia disumbangkan oleh ambilan iventori yang besar, terutama dalam sektor pekilangan dan komoditi.Pelaburan tetap merosot disebabkan sentimen peniagaan yang lemah.
Perbelanjaan awam bagaimanapun memberikan sedikit sokongan kepada pertumbuhan.Dari segi penawaran, kesemua sektor mengalami pengucupan, kecuali sektor pembinaan, lapor agensi berita itu lagi.
Sektor perkilangan merosot dengan ketara sebanyak 17.6 peratus (suku keempat tahun lalu: -8.8 peratus), didorong oleh pengucupan 23.1 peratus dalam industri berorientasikan eksport.
Industri elektrik dan elektronik merosot sebanyak 41.4 peratus.Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan yang mendatar dengan kemerosotan kecil 0.1 peratus (suku keempat tahun lalu: +5.7 peratus) terjejas terutamanya oleh subsektor yang berkait rapat dengan sektor perkilangan.
Sektor pertanian merekodkan penguncupan sebanyak 4.3 peratus (suku keempat tahun lepas: +0.5 peratus) disebabkan pengeluaran minyak sawit dan getah yang lebih rendah.
Kemerosotan dalam sektor perlombongan sebanyak 5.2 peratus (suku keempat 2008: -5.7 peratus) disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dan pengeluaran gas asli.
Sementara itu, sektor pembinaan pulih untuk mencatat pertumbuhan yang positif sebanyak 0.6 peratus (suku keempat tahun lalu: -1.6 peratus) berpunca daripada peningkatan dalam pembinaan segmen ruang pejabat dan segmen bernilai tinggi dalam subsektor kediaman.
Kadar inflasi menyederhana kepada 3.7 peratus pada suku pertama (suku keempat 2008: 5.9 peratus) disebabkan inflasi yang lebih rendah dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol dan pengangkutan.Inflasi terus menjadi sederhana kepada 3.0 peratus pada April.Dr Zeti berkata penyederhanaan selanjutnya dijangkakan dalam dua suku berikut dengan kadar inflasi di bawah 2.0 peratus bagi tahun ini.
Sementara itu, agensi berita nasional itu turut melaporkan Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, yang bertaraf menteri tetapi bukan anggota kabinet, berkuatkuasa Isnin ini.
Perdana menteri berkata majlis itu akan melapor terus kepada beliau, termasuk menasihati kerajaan dalam membentuk satu model baru ekonomi negara yang berteraskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi.
"Ia selaras dengan strategi untuk melonjakkan status ekonomi negara yang berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi dan seterusnya ke arah status negara maju pada tahun 2020 nanti," kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.
Anggota-angota lain majlis itu yang terdiri daripada pakar ekonomi dari dalam dan luar negara akan diumumkan tidak berapa lama lagi.
malaysiakini

TERBONGKAR !!!!! Habuan RM3 Juta Buat ADUN Bebas Perak

GOPENG - Terbongkar !! salah seorang bekas Exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (foto) ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.
Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN.
"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

SPR Nak Batalkan Kemenangan PKR Jika...

Wednesday, May 27, 2009 2:13 PM

Di dalam satu tektik untuk mengalahkan PKR ialah dengan membatalkan kemenangannya. Demikian langkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika pihak mereka mendapati calon PKR bersalah.SPR hari ini menyatakan akan meneliti salinan rakaman audio cakera padat berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, sebelum mengambil tindakan lanjut.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata salinan cakera padat yang diserahkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil DUN Penanti Aminah Abdullah itu akan dihantar ke ibu pejabat untuk disiasat.
"SPR akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat kes ini. Kami akan teliti isi kandungan cakera padat itu untuk pastikan siapa yang terlibat, dan sekiranya calon PKR terlibat, kami akan ambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad, di Jalan Stesen di sini hari ini.

FM - Cepat dan cekap betul SPR dalam usaha untuk membatalkan kemenangan PKR dalam PRK Penanti ini . Di PRK Kuala Terengganu ada laporan polis di buat apabila tindakan BN merasuah tidak sedikitpun diambil tindakan sesegera ini. Bila tuduhan dan dakwaan kepada pembangkang , cepat betul tindakan . Bila terkena kepada Barisan Nasional , siput bergerak paling perlahan pun masih boleh menang , terkemut-kemut,liat dan tersangatlah lambat , malah tiada tindakan diambil.

program AMK - 28 Mei 2009

PELANCARAN
Kempen " PAKAT-PAKAT MAI MENGUNDI "


28 Mei 2009
5 petang
Di Markas Operasi Utama AMK ,
Guar Perahu

Pelancaran Oleh :
YB Saifuddin Nasution
Pengarah Pilihanraya Pusat

semua di jemput hadir !


Anwar saman Anifah RM100 juta

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika sertai Pakatan tahun lalu.Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton baru-baru ini, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu.