klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 1 April 2011

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

NONE

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

lagi 1 penggal bagi kat Taib Mubaraq dan BN .. gondol la bumi Sarawak !!!!

Imej satelit buktikan hutan Sarawak ditebang

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

NONEImej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.

“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

NONEKetika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik.

Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.

KERAJAAN PR SELANGOR MENGORAK SISTEM KETELUSAN DAN PROFESIONAL

DUN Selangor luluskan Enakmen Kebebasan Maklumat 2010


SHAH ALAM: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini selepas dikemukan untuk bacaan kali ketiga oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Bagaimanapun, Elizabeth memberitahu rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.

Beliau berkata enakmen baru itu adalah hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka memilih Pakatan Rakyat (PR) bagi membentuk kerajaan pada 2008.

Cadangan rang undang-undang itu turut disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Xavier Jeyakumar yang diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk akses kepada maklumat yang dibuat setiap jabatan Kerajaan Negeri.”

Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada kerajaan negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk.

SEPERTI DIJANGKA : KONSPIRASI TERANCANG DAN TERSUSUN

IGP: Pakar tempatan sah video seks tulen

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

NONEIni adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

TI-M bidas Nazri : Rasuah Tetap Rasuah

KUALA LUMPUR 31 MAC : Transparency International sayap Malaysia menolak arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz supaya “diam” dan “tidak masuk campur” selepas badan pemantau itu mengkritik “pemberian” projek dan wang kepada pengundi ketika pilihan raya sebagai rasuah.

"Sudah tentu ia rasuah. Apa lagi tafisiran yang boleh dibuat. Jika anda memberi seorang RM1,000 dan menyuruhnya untuk mengundi anda, kalau itu bukan rasuah, apa lagi,' kata Presiden TI-M Pau Low.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Low turut menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan berkata badan itu kurang berwibawa untuk memastikan proses pilihan raya negara ini berjalan dengan bebas dan adil.

SPR sebelum ini turut mengambil ketetapan bahawa pemberian wang dan janji projek-projek oleh Barisan Nasional untuk pengundi semasa pilihanraya khususnya pilihanraya kecil bukan rasuah.

Amalan itu bagaimanapun dikritik hebat sebagai sogokan kepada pengundi oleh badan pemerhati pilihanraya dan parti pembangkang di negara.

Pada pilihanraya kecil Batu Sapi baru-baru ini, penduduk diberikan bumbung zing baru sehari sebelum mengundi untuk menyakinkan mereka supaya mengundi Barisan Nasional.

Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor tahun lalu, masyarakat Cina dijanjikan peruntukan RM 3 juta untuk tabung sebuah sekolah jika calon BN menang.

Sehari selepas calon MIC P.Kamalanathan menang, Perdana Menteri Najib Razak memberi kelulusan untuk wang itu diberi kepada sekolah berkenaan.

Nazri berkata TI-M tidak mengambil kira kes mahkamah pada 1981 yang memutuskan Umno-BN tidak melakukan kesalahan jika mengumumkan sebarang peruntukan semasa kempen pilihanraya.

Namun kes itu hanya membabitkan pengumuman peruntukan dan bukannya sogokan seperti pemberian bumbung zink dan imbuhan wang yang diberi kepada pengundi.

Pengarang Utusan akui harga barang keperluan harian melambung tinggi

KUALA LUMPUR: Seorang pengarang Utusan Malaysia, sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) mengakui harga barangan keperluan harian di negara ini mengalami kenaikan yang ‘melambung berkali-kali ganda’

Dalam artikel bertajuk ‘Kurangkanlah Cukai Pendapatan’, Azman Anuar, seorang Pengarang Rencana Utusan Malaysia mengakui orang ramai khususnya suri rumah, merungut dengan kenaikan harga barangan.

Katanya, harga makanan kegemaran orang Melayu melambung hampir sekali ganda dengan memberi contoh harga seikat pucuk ubi yang dulu hanya 50 sen, naik kepada RM1 manakala ayam daging naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM3.80 tiga atau empat tahun lalu.

Beliau juga memberi gambaran kerajaan Umno BN tidak berusaha ‘memperlahankan’ kenaikan harga barang walaupun belanjawan harian golongan pertengahan meningkat.

“Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

“Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu,” tulis Azman yang turut menganggap kenaikan harga rumah, sebagai ‘menakutkan’.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Umno BN supaya menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu dan percaya tindakan itu tidak akan menjejaskan pendapatan negara.

“Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah…” tulis beliau lagi.

Untuk paparan tulisan asal, klik ini.

video seks : hisamuddin bersekongkol dan bacul !

Kalau benar Hisamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri yang menerajui Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) tidak bersekongkol dengan 'Datuk T' sudah pasti akan mendakwa dengan segera mengarahkan Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangkap dan mendakwa 'Datuk T' di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) kerana memiliki serta menayang video lucah .

Tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil oleh beliau malah menafikan sebarang tangkapan terhadap 'sahabat-sahabat' beliau tersebut . Lebih-lebih lagi telah mengeluarkan kenyataan awal bahawa polis tidak terlibat dalam kes fitnah 3 . Sedangkan tiada sesiapa pun lagi menuduh pihak polis dalam pembikinan video lucah itu . Ianya menimbulkan persepsi bahawa Hisam mengetahui akan perancangan jahat dan jelek fitnah 3 yang didalangi oleh 'Datuk T' .

Sikap double standard beliau benar-benar menjijikkan . Sedangkan rakyat biasa terus diambil tindakan apabila melakukan perbuatan tersebut . Ditangkap dan didakwa . Sepertimana tindakan Sepasukan empat pegawai dan anggota Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan pada 26 Mac 2011 telah menyerbu sebuah kedai di kompleks beli-belah Terminal 1 kerana disyaki menjual permainan komputer berunsur lucah dalam bentuk cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) kepada pelanggan termasuk golongan remaja.

Manakala 'Datuk T' yang telah tampil mengaku memiliki dan menayangkan video lucah tersebut di Carcosa Sri Negara sehingga sekarang bebas tanpa sebarang tindakan . Satu tindakan yang secara jelas membaculkan undang-undang negara. Sememangnya sikap dan tindakan beliau memberikan gambaran jelas .. bacul , pengkhianat dan menjatuhkan integriti undang-undang negara !

Perangai pemimpin BN Sarawak macam penjajah – Anwar

Antara nelayan Bidayuh yang mengikuti ceramah Anwar

Cukup-cukuplah pemimpin BN Sarawak menjarah harta rakyat! - Anwar (bertopi)

KUCHING: Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?

“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

“Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri,” kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada

Mana jambatan kami? Dah janji berbelas-belas tahun!!

nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN).

Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba.

“Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan.

“Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu.

“Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu.

“Semua tinggal janji,” kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu.