klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 12 Disember 2010

saat diumumkan sebagai MPP sesi 2010/2013

Syabas Salah Guna Konsep Penswastaan

Konsep penswastaan yang mula diperkenalkan sejak 1983 di negara ini bertujuan meringankan beban kerajaan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna dan murah kepada rakyat.

Bagaimanapun perlaksanaan konsep ini tidak patutnya melibatkan kemudahan asas seperti air , tenaga elektrik , pendidikan dan kesihatan. Di Malaysia perkara ini sudahpun berlaku dan akhirnya konsep asal penswastaan telah menyimpang jauh , kerana pihak yang diberi tanggungjawab kini lebih mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan hak rakyat menikmati sumber anugerah Tuhan.

Jesteru itu , penyerahan operasi pengurusan air di negeri Selangor oleh Kerajaan UMNO-BN kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan tiga lagi syarikat konsesi lain adalah satu kesilapan besar. Ternyata ia bukan menguntungkan rakyat , sebaliknya perjanjian demi perjanjian yang ditandatangani kerajaan terdahulu dengan Syabas , telah membebankan rakyat.

Sepatutnya Syabas menyalurkan sumber air bersih untuk kegunaan dengan kadar yang sangat rendah dan hanya mengenakan sedikit bayaran untuk kos-kos tertentu sahaja. Tetapi , perjanjian yang dimeterai di antara kerajaan negeri pimpinan Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar ketika itu , membolehkan Syabas menaikan tarif air sehingga 37% pada tahun lalu dan akan terus meningkat kepada 25% , 20% , 15% , 10% dan 5% pada tahun 2012 , 2015 , 2018 dan 2021.

Kenaikan ini bagaimanapun tidak berlaku apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran , diketuai oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) Mac 2008. Antara agenda utama kerajaan Pakatan Selangor ialah mengembalikan hak rakyat , termasuk air. Jesteru itu Tan Sri Khalid melaksanakan pemberian 20ml padu air percuma , menyebabkan kerajaan kehilangan RM11 juta hingga RM12 juta sebulan. Kerajaan juga berazam untuk mengambil semula pengurusan air daripada syarikat konsesi membabitkan Syabas. Konsortium Abass Sdn Bhd , Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Kerajaan Selangor memulakan rundingan dengan semua pihak terlibat , termasuk Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air ketika itu dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menstrukturkan industri air di negeri Selangor. Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada syarikat konsesi terbabit yang didalangi Kerajaan Pusat , diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Pada 15 September lalu , Syabas dengan angkuh telah mengemukakan surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Ramli Mahmud , menuntut ganti rugi RM308 juta , kononnya Kerajaan Negeri Selangor menghalang mereka untuk menaikan tarif air sebanyak 37% pada tahun 2009 seperti dalam perjanjian konsesi air. Perkara ini dianggap sangat memalukan kerana kerajaan negeri masih menjalankan rundingan dengan pihak-pihak terbabit.

Ini termasuk menyertai perkhemahan dua hari anjuran Kerajaan Pusat di Nilai , Negeri Sembilan sebelum itu , bagi membincangkan proces pengambilan semula industri air Selangor. Selain itu , Syabas juga cuba menghalang hasrat kerajaan negeri memberi bekalan air pecuma 20ml padu kepada penduduk di kawasan perumahan bertingkat dengan menyukarkan penyediaan meter individu.

Dalam perkara ini , Rakyat Selangor perlu bersatu dan memperjuangkan hak asasi mereka. Apabila ada syarikat yang cuba mengambil keuntungan yang begitu banyak ke atas hak asasi rakyat Selangor , kesabaran kerajaan negeri terasa tercabar. Jesteru pada segala kos kerajaan negeri akan mempertahankan hak Rakyat Selangor untuk mendapat perkhidmatan air terbaik dengan harga yang terbaik.