klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.
Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:
Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.
Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.
Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.
Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma’idah: 38-39)
Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:-
Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.
Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
Malaysiakini

noni memang mujarab !


KENCING MANIS


SIROSIS


DAN MACAM LAGI !
SAKIT JANTUNG , KANSER PAYU DARA , MASALAH HAID , MAGRAIN, BATUK BERPANJANGAN , BUAH PINGGANG , SEMPUT , ATHMA , RESDUNG , KANSER HATI , STOKE DAN PELBAGAI PENYAKIT LAGI ....
BERMINAT ? ATAU INGINKAN PENERANGAN ? HUBUNGI SAYA - FARIZ MUSA - 019-9900288

Pentadbiran Undang-undang Syariah: Tangani dengan rasa hormat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
28 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat polemik yang dicetuskan daripada keputusan Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno.Adalah amat malang apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mempamerkan imej mereka sebagai kononnya mempertahankan hak wanita sedangkan pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dalam memahami pentadbiran undang-undang syariah dan tujuan sebenar hukum.
Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.
Di dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “...suatu pencegahan daripada Allah”. Meski ayat ini merujuk secara khusus kepada kesalahan curi, ia memberi gambaran tujuan hukuman terhadap kesalahan di bawah Hudud.
Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah.Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.
Pada masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa agar pentadbiran syariah di Malaysia diperkemaskan. Konflik seperti yang berlaku apabila hukuman terhadap Kartika diperintah dilaksanakan di Penjara Kajang, di mana hanya banduan boleh disebat sedangkan Kartika tidak dijatuhi hukuman penjara, boleh dan perlu dielakkan.
Usaha penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pentadbiran syariah di Malaysia sentiasa kemas dan sebarang kelemahan yang wujud diperbaiki dan masalah diatasi.Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpandangan kelemahan-kelemahan pentadbiran tidak seharusnya menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan atau menjadi alasan untuk mengkritik tanpa asas undang-undang syariah. Lebih parah apabila ada yang mengambil kesempatan menghina dan memfitnah Islam itu sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

DAP: 'Tidak masuk akal' pecat Chua

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada MCA berhubung skandal seksnya awal tahun lalu sebagai "mengejutkan" dan "tidak masuk akal"."Sudah tentu saya terkejut. Tidak masuk akal perkara ini boleh berlaku. Dr Chua dipecat ekoran apa yang berlaku pada Disember 2007. Kalau dipecat atas alasan lain, saya boleh faham," katanya hari ini.
Ahli parlimen Ipoh Timur mengulas keputusan Majlis Presiden MCA malam tadi yang memecat timbalan presiden MCA itu selepas menerima syor sedemikian daripada jawatankuasa disiplinnya atas dakwaan mencemarkan imej parti.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya hari ini, Lim menjelaskan, beliau boleh memahami keputusan itu jika ada alasan kukuh, seperti berlakunya sabotaj atau halangan terhadap pelaksanaan dasar MCA.Turut hadir, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan mendiang Teoh Beng Hock.Sementara itu, berhubung inkues kematian Teoh, Lim menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf berhubung keterangan pegawai penyiasatnya Mohd Anuar Ismail yang mengaitkan mendiang dengan kelulusan projek yang tidak wujud."Walaupun koronor Azmil Muntapha Abas telah memerintahkan keterangan itu dipadam, tetapi kerosakan (nama) sudah pun berlaku," katanya. - malaysiakini

'Semoga dapat saya bertempur lagi'

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.
Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu."Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.
"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung." Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat."Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini."Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.
Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya."Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya."Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."
Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.

Kempen MCA lucut jawatan Tee Keat

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.
Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan."Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

Wednesday, 26 August 2009 02:30 SM Noor & Wan Kay

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.
Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.- buletinonline