klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 14 November 2009

PAS Mungkin Hilang Kelantan dan Kedah - Dr Shamsul Amri Baharuddin

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku. Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHAmohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.
"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.
Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.
Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.
"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.
Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.
Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.
"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.
Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.
Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.
Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.
"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya

Rasuah: Pendedahan terbaru Ahli Parlimen PKR


Teks Ucapan Debat Bajet oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Palimen Wangsa Maju, pada 5 hb November 2009.

Tuan Yang di-Pertua,
Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010.Saya menyokong slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” yang disarankan oleh PM. Akan tetapi, nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campurtangan oleh “UMNOputras” dalam pentadbiran Kerajaan termasuk DBKL.

Contoh : Danau Kota Uptown Pasar Malam di Wangsa Maju

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali “Boleh Land” ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”?

Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

Tuan Yang di-Pertua
Pasar Malam yang beroperasi sehingga 4 pagi dalam satu kawasan perumahan adalah tidak boleh diterima kerana ia telah menyebaban pelbagai gejala sosial. Indeks jenayah juga telah meningkat di Wangsa Maju. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletak di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi (bising – gangu kacau dan sebagainya) “noise pollution” di kawasan itu. Fakta semua ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak.Saya ada terima banyak aduan dengan masalah dengan penjaja meletakkan kerusi dan meja di atas jalan awam di mana ia telah menimbulkan banyak masalah di Wangfsa Maju dan juga mengacam keselamatan awam.

Sudah ada satu contoh yang ketara di Selangor beberapa tahun lepas dimana orang awam di langgar dengan kereta dan mati. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dengan segara diatas perkara ini unutk kepentiongan orang awam.Dengan melihat kesan tak sensitif oleh DBKL terhadap penduduk-penduduk di Danau Kota, slogan “Rakyat DiDahulukan” adalah satu slogan kosong.
Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin Datuk Bandar tidak berani untuk mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik PM selaku Menteri Kewangan, yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa dia adalah de facto Datuk Bandar KL.

KERUSI DAN MEJA DI LETAKKAN ATAS JALAN RAYA

Saya ada menerima banyak aduan mengenai dengan kerusi dan meja di letakkan atas jalan raya dan tiada tindakan diambil oleh DBKL. Kegiatan ini mesti dihentikan dengan segara kerana ia menimbulkan banyak masalah kesesakan jalan raya dan menjejaskan keselamatan orang awam. Kita sudah ada bukti di Selangor bahawa orang awam telah dilangar oleh kereta dan mati.Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan apakah tindakan untuk kepentingan rakyat akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman dan kes kerusi danmeja telah diletakan di atas jalan raya.

Tuan yang di-Pertua,

Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM

Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.

Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.

Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham.

Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiausahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju.

Gerai penjaja ini adalah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki-lima (pavement) dengan tiada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai itu memlebihi 10 kaki x 30 kaki yang dibenarkan dibawah undang-undang kechil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawi tinggi DBKL bahawa DBKL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada Mr Political Toll ini.

Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sampai pegawai tinggi DBKL pun takut kepada dia.Kerana campur tangan politik “poltical interference” oleh Mr Political Toll sehingga hari ini (sudah 5 bulan) tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL terhadap struktur haram tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Berani saya cakap dengan terus terang bahawa “the 4th Floor Syndrome” masih wujud di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Saya fikir bahawa “4th Floor syndrome ini wujud pada zaman Kerajaan “Tertidur” sahaja. Saya berharap PM mengambil perhatian terhadap “Mr Political Toll” ini dan kuncu-kuncunya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan PM semasa beliau menyatakan bahawa “Kerajaan meikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil Negara dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.”Tuan Yang di-Pertua,Pentadbiran Suruhanjaya SekuritiUnico Holding Bhd (UHB) telah ditubuhkan untuk masyarakat orang Tiong Hua tetapi sarikat ini telah dipergunakan oleh pengarahnya, Tan Sri Ngan Ching Wen an kuncu-kuncunya iaitu, Teoh Hock Chai @ Tew Hock Chai, Dr Yeong Cheong Thye @ Yeong Yun Chai, Lim Guan Teik untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka telah mengabaikan masyarikat orang Tiong Hua. Mereka mengunakan pelbagai taktik-taktik perniagaan kotor dan Unico Holding telah dijadikan sebuah syarikat persendirian Tan Sri Ngan Ching Wen dan kuncu-kuncunya.

Mereka ini adalah “corporate crooks” yang mesti di “flushed out from our corporate world” to protect members of the public from being cheated by these corporate crooks, dengan izin.Tan Sri Ngan Ching WenSemenjak pertubuhan UNICO Holding Bhd, Tan Sri Ngan Ching Wen selaku pengarah dari tahun 2000 hingga 2002 selepas diiystiharkan sebagai seorang bankrupt, sehingga sekarang, telah melanggar beberapa undang-undang termasuk

(i) Section 132 (1) Akta Syarikat 1965 dengan tidak melaksanakan kewajipan untuk kepentingan yang terbaik untuk Unico Holding Bhd, susidiarinya and syarikat-syarikat berkaitannya telah melanggar kewajipan fidusiarinya terhadap Unico Holding Bhd,

(ii) mengambil tindakan untuk memudaratkan kepentingnan minoriti di Unico Holding Bhd

(iii) memasuki beberapa transaksi-transaksi parti berkaitan yang tidak dikemukakan kepada penguatkuasa dan

(iv) melanggar beberapa kesalahan-kesalahan termasuk insider trading melanggari Capital Market and Services Act 2007.

Contoh yang amat jelas :Projek Di Xi-an Negara People Republic of ChinaDeposit Sungguh-sungguh (Earnest Deposit) / Pelanggaran Amanah Jenayah (Criminal Breach of Trusts)Pada 18.9.2009, ia adalah didedahkan dalam mesyuarat umum tahunan Unico Holding Bhd bahawa Tan Sri Ngan Ching Wen telah mendapatkan satu pinjaman daripada Unico Holding Bhd, menerusi subsidiari Unico Holding Bhd iaitu Shanghai Orchid Garden Properties Development Co. Ltd berjumlah RMB10 juta dengan alasan untuk membayar deposit untuk mendapatkan satu projek pembagunan di Xi’an untuk Unico Holding Bhd.
Tan Sri Ngan telah melanggari undang-undang dengan mendapatkan satu pinjaman peribadi daripada syarikat dan seterusnya, sampai sekarang, deposit tersebut itu adalah tidak dapat dikesan dan dana itu telah disalurkan kepada satu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Ngan Ching Wen di Hong Kong, iaitu, Group 5 International Investment Ltd (“Group 5”). Pengarah-pengarah Group 5 adalah Tan Sri Ngan Ching Wen, Lim Guan Teik and Yeong Cheong Thye. Ini adalah satu kesalahan “criminal breach of trust”.

Saya juga difahamkan bahawa penipuan dan pelanggaran undang-undang yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti tetapi sehingga kini tiada apa apa-apa tindakan diambil. Inikah “Rakyat DiDahulukan” oleh Kerajaan “1 Malaysia”?

Saya berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan boleh memebri penjelasan apakah tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap “corporate crooks” terebut demi menjaga kepentingan pemengang saham kecil di dalam Negara.Kami menyeru pihak pihak berkuatkuasa, termasuk polis, Securities Commission dan Surahanjaya Syarikat Malaysia untuk mengambil tindakan trhadap “corporate crooks “ tersebut dengan segara.
Tuan Yang di-Pertua,

Bagaimana kekayaan Negara dapat dinikmati oleh rakyat dalam keadaan yang adil dan saksama semasa dana Negara adalah dipersalahgunakan dan disedut keluar oleh individu atau syarikat-syarikat menggunakan dokumen yang tidak sah?Ministry of Science, Technologies and InnovationsTechnoFund – Venturepharm asia Sdn BhdSebagai contoh, Kementerian Science, Technologies and Innovation (MOSTI) semasa berurus dengan TechnoFund juta-juta Rnggit telah diagihkan dengan tiada kawalan kepada syarikat penyelidikan palsu.

Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm), satu syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal dari Taiwan. Venturepharm menggunakan satu perjanjian palsu yang telah ditandatangani dengan XLW Inc di USA untuk membuat penyelidikan bio-feed. XLW Inc adalah tidak wujud. Dengan tiadanya proses pencarian dan siasatan yang sewarjanya, MOSTI telah memluluskan Technofund berjumlah RM5.36 million kepada Ventruepharm.

Dalam tempoh satu tahun, MOSTI telah membayar sejumlah RM2.3 million dengan tiada “due diligent”.Saya telah memberi semua maklumat-maklumat yang terperinci termasuk Joint Venture agreement, emails dalam sessi Parlimen terdahulu berkenaan penipuan Venturepharm dan juga telah memberi bukti-bukti dokumen kepada Menteri MOSTI, sehingga sekarang, MOSTI belum mengambil apa-apa tindakan untuk mendakwa pengarah-pengarah Venturepharm atau mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut wang rakyat sejumlah RM2.3 million yang ditipu oleh Grace Chen Oyan Yun Shai.

Apakah tindakan akan di ambil oleh MOSTI terhadap pengarah Venturepharm ia itu Grace Chen Oyan Yun Shai?Tuan Yang di-Pertua,Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.

Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu conflict of interest terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?

Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?

Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?
Sekian, terima kasih.


Nota:Kerana masa tidak cukup, Speaker telah hadkan masa 12 minit untuk saya mengucap. Ada banyak isu-isu penting tidak boleh di bahas. Saya akan bahawa isu-isu yang belum di bahas kepada peringkat Perbahasan Jawantkuasa Parlimen dalam tempoh dua minggu lagi. Terima kasih.

The Return Of Bala: "Bala" Kepada Najib..!


Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.
Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.