klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 10 Jun 2009

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

Wednesday, June 10, 2009 6:41 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jun : - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.
"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian."Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.
Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.
Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.
"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian."Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.
Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. Harakahdaily.
FM - ambe setuju 100 % cadangan YB Mahfuz dan YB Salehuddin !

sila layari http://chegubard.blogspot.com untuk menonton video "siapa Rosmah?"


Saya trima email daripada chegu bard hari ini . Dan saya kongsikan email beliau dengan semua :

" video ini saya perolehi dari email seorang teman yang tidak dikenali menghantar link sebuah laman blog. Semua boleh menyiarkan semula video ini tetapi elok disiarkan sumber video tersebut http://selamatkanumno/. blogspot.com untuk tujuan keselamatan dan menghargai usaha pembuatan video tersebut. layari segera sebelum ia dimusnahkan "

FM - SAMA KITA TONTON - SIAPA ROSMAH ????? ROSMAH BOTOX? ROSMAH ITIK GEMBO2 ? NTAH AKU TAK TAU ! UNTUK MENGETAHUI KISAH TERSEBUT , LAYARILAH BLOG CHEGU BARD !

Henti Cakap Soal Kerajaan Perpaduan, Benamkan UMNO Benamkan BN

Tuesday, June 09, 2009 7:34 PM
KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masakini.
"Tugas saya dan jentera adalah lawan UMNO, lawan BN, jadi dalam pilihanraya kecil ini kita nak benamkan UMNO nak benamkan BN, bercakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini,"tugas kita nak lawan UMNO/BN (di) Manek Urai dan nak lawan UMNO/BN (pada) pilihanraya ke 13 yang akan datang,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agong PAS, petang ini 10 Jun.
FM - seorang sahabat menalifon pada saya . Suruh baca kenyataan Dato' Mustaffa Ali , Saya dapatkan dari buletinonline , baca dan fahamkan . Betul cakap sahabat saya tu ... pening , mengelirukan dan tidak faham dengan karenah semua ni . Sahabat tu cakap - " dato pa cakap , kerajaan perpaduan adalah satu teori dan tidak relevan buat masakini .." , sahabat tu mencelah , adakah teori itu akan direalitikan dan tidak relevan buat masa sekarang tetapi relevan untuk akan datang ?" , saya hanya jawap - "lu pikirlah sendiri"...

KENYATAAN RASMI PRESIDEN PKR TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN


Tuesday, June 09, 2009 3:58 PM

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenParti Keadilan Rakyat

Stadium Tertutup Juga Retak!

Tuesday, June 09, 2009

KUALA NERUS – Selepas seminggu tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, stadium tertutup yang terletak bersebelahan pula dikesan terdapat beberapa retakan.
Keretakan itu dikesan pada laluan utama kenamaan berhampiran foyer stadium telah dilaporkan sebuah akhbar media perdana.Keretakan itu dikhuatiri akan menjadi lebih teruk sekiranya langkah segera tidak diambil.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, ketika dihubungi enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung keretakan atau kebocoran di Stadium Tertutup. - buletinonline
FM - saya telah keluarkan kenyataan semalam agar Kerajaan Negeri Terengganu menyita ke semua projek mega yang dibina sewaktu pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh . 3 projek mega yang disebut oleh MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said yang meminta JKR membuat pemantaun dan siasatan . Kedudukan ke tiga-tiga bangunan tersebut adalah tidak selamat . Sebelum ini Buletinonline dan Buletin TV3 juga mendedahkan situasi Kompleks Akuatik Terengganu yang retak , bocor dan tidak selamat . Beberapa bulan lalu kejadian Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang tercabut bumbung . Sekarang pula terdapat retakan , rekahan dan kebocoran di Stadium Tertutup .
JKR dan Kerajaan Terengganu perlu bertindak menutup atau menyita bangunan-bangunan tersebut daripada digunakan oleh orang ramai . Sehingga sekarang pihak Polis dan SPRM tidak mengambil tindakan . Datuk Bandar Kuala Terengganu terus masih bebas tanpa sebarang tindakan siasatan dan pendakwaan terhadap isu Sijil Layak Menduduki ( CF ) . JKR salahkan kontraktor yang membina bumbung tidak membuat laporan siap kerja dan JKR tidak keluarkan Sijil Siap Kerja sehingga setahun stadium tersebut digunakan . Tiada tindakan oleh JKR walaupun tiada laporan oleh kontraktor tersebut dan stadium terus dirasmikan dan digunakan .
Kontraktor tempatan Bina Struktur Sdn. Bhd. salahkan kontraktor Korea Selatan yang membina bumbung stadium . Bina Struktur hanya bina bangunan stadium ujar mereka . ADUN Ajil Datuk Rasol Wahid dalam Malaysiakini semalam (9 Jun 2009 ) menafikan penglibatan beliau dengan insiden stadium runtuh , Rosol bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri sewaktu pemerintahan Idris Jusoh, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut . Macam lagu rakyat "bangau oh bangau". Datuk Seri Idris Jusoh terus diam membisu !
Tak kan nak tungguh satu lagi bangunan tersebut runtuh dan korbankan rakyat Terengganu . Baru hendak mengambil tindakan . Stadium Sultan Mizan menjadi pertaruhan nyawa rakyat Terengganu dan bagi saya satu tindakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan .

Maksimum 9 tahun Presiden PKR boleh pegang jawatan - mStar

Tuesday, June 09, 2009 8:22 AM

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.
Selain itu, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum tiga penggal selama sembilan tahun.Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa dan Pengarah Pilihan Raya, Saifuddin Nasution Ismail.
Sivarasa berkata, tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti."Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku di parti-parti lain berulang di PKR," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR kepada mStar Online.
Selain itu, kata beliau, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti."Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian," katanya.Jelas beliau, jika sistem baru ini digunakan bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.
Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada lima kepada tujuh orang iaitu empat dipilih dan tiga dilantik.Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.
"Ini kali pertama kami akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini," kata Saifuddin ketika dihubungi."Berdasarkan taklimat yang diberikan, pindaan kali ini melibatkan aspek fundamental dan juga istilah.
"Misalnya, selepas ini bahagian akan dikenali sebagai cabang, cawangan-cawangan (PKR) akan dikenali sebagai ranting manakala ahli pula akan dikenali sebagai anggota... ini antara perkara yang akan dibincangkan kali ini," kata beliau yang juga anggota Biro Politik.Selain itu PKR juga akan menukar nama Majlis Pimpinan Tertinggi kepada Majlis Pimpinan Pusat.
Ketika ditanya sama ada sejajar dengan meminda perlembagaan PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini juga, Sivarasa memberitahu, pemilihan akan kekal diadakan tahun depan."Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan.
Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan," katanya lagi.Kongres khas itu yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan pilihan raya kecil Penanti.mStar
FM - PKR sedang mengorak langkah seterusnya sebagai parti rakyat Malaysia untuk masa hadapan . Perlembagaan baru parti perlu dihadam dan diperhalusi oleh seluruh ahli PKR . Beberapa perubahan drastik dibuat perlu kepada persetujuan para perwakilan . Mandat diberikan kepada ahli dan mandat yang diberikan jangan dipersiakan . Kita penentu masa depan parti .