klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 1 Februari 2011

Analisis PRK Tenang : Permainan politik kotor SPR , UMNO dan signal kematian MCA

PRK DUN Tenang telah pun berakhir dan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional ( BN ) selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi. Kemenangan BN di Tenang sememangnya telah diduga daripada awal lagi . Namun atas prinsip “ LAWAN TETAP LAWAN” dan keyakinan bahawa kuasa Allah adalah penentu segala-galanya , PR terus bangkit menentang UMNO / BN di PRK Tenang . Menggunakan segala apa yang ada , serba kekurangan daripada semua segi namun atas nama prinsip perjuangan , PR yang diwakili oleh PAS terus mengorak langkah berdepan dengan BN .

Saya bersikap optimis apabila menilai statistik pecahan pengundi di DUN Tenang 47.54% Melayu , 39.08% Cina , 12.07% India dan 1.23% lain-lain kaum termasuk demografinya yang tidak memberikan natijah yang baik kepada PR . Tenang yang mempunyai 3 buah penempatan peneroka FELDA sudah pasti menyukarkan PR untuk berdepan dengan UMNO/BN yang mana peneroka FELDA adalah ‘fexed deposit’ mereka . Pengalaman saya sewaktu bertanding dalam PRU 12 di parlimen Kemaman , saya kalah teruk disemua peti undi di kawasan peneroka FELDA . Dan pengalaman di beberapa PRK yang lalu termasuk di PRK Hulu Selangor , undi peneroka FELDA adalah majoriti mereka kepada BN .

Sebelum ini pemimpin UMNO/BN terutama Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri menganggarkan kemenangan bergaya BN iaitu dengan majoriti 5000 . Tapi malangnya , sasaran tersebut telah tersasar di mana BN hanya memperolehi majoriti 3,707 sahaja . Faktor hujan dan banjir dilihat sebab musabab mengapa target mereka tidak berjaya . Atau sebenarnya mereka bersyukur disebabkan oleh faktor cuaca teruk tersebut yang menyelamatkan daripada malu , kerana cakap besar mereka tidak menjadi kenyataan .

Cuaca yang buruk tersebut telah mengakibatkan peratus yang keluar mengundi ialah 66 % berbanding 2008 ialah 73.52% . Walaupun dalam keadaan cuaca dan banjir yang menimpa , berlaku peningkatan 2% kepada pengundi melayu iaitu sejumlah 81% telah keluar mengundi . Peratusan keluar mengundi yang sungguh luar biasa . Sememangnya tidak dinafikan , bagaimana penyediaan pengangkutan kepada para pengundi oleh pihak polis , bomba dan askar telah memungkinkan para pengundi melayu terutama di kawasan peneroka FELDA keluar mengundi , tetapi peratusan tersebut benar-benar saya ragui .

Sepertimana kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyatakan dengan awal-awal lagi “ Tiada Pengundi Hantu di DUN Tenang” . Suatu yang pelik dan luar biasa kerana tiba-tiba dengan terlalu awal mengeluarkan respon tersebut beberapa hari sebelum hari penamaan calon pun ? Atau ada muslihat tertentu yang cuba dilakukan oleh SPR bersekongkol dengan UMNO ? Sehingga jumlah yang keluar mengundi ialah 81% walaupun dalam suasana hujan lebat dan banjir, menarik ! Kekalutan dan suasana ketika cuaca sebegitu adakah memungkinkan ‘advantage’ untuk mereka melakukan kerja kotor ini .

MCA terutama Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dalam kempennya telah menggunakan isu agama bagi tujuan meraih undi daripada kaum cina di DUN Tenang . Isu ‘Negera Islam’ dan Isu ‘Cikgu Mala tidak mahu bersalam dengan lelaki dan menggunakan sarung tangan’ dicanang bagi tujuan menakut-nakutkan para pengundi kaum cina . Malah TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan tindakan Chua Soi Lek menggunakan isu ‘Negera Islam’ .

Usaha dan manipulasi isu yang telah dimainkan oleh MCA dan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek benar-benar telah digunakan sehingga mencetus rasa kurang senang dikalangan umat Islam yang mempertikaikan hukum islam berkaitan dengan isu penggunaan sarung tangan dan ketidaksediaan Cikgu Mala bersalam dengan lelaki . Muhyiddin hanya sekadar meminta supaya Chua Soi Lek untuk menghentikannya tanpa menyuruh beliau memohon maaf diatas keceluparan dan kebiadapan yang dilakukan .

Tidak sepertimana di kawasan kampung-kampung Melayu dan di kawasan Felda , pengangkutan seperti bot tidak disediakan di Bandar labis Tengah dan di kawasan para pengundi majoriti kaum cina seperti di Tenang Station , Labis dan Labis Bandar Timor . Ini menyukarkan mereka untuk keluar mengundi di pusat-pusat pembuangan undi . Seperti di Bandar Labis Tengah peratusan keluar mengundi ialah hanya 55% daripada 95% pengundi . Menurut YB Tony Pua yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP bahawa berlaku penurunan 54% di kalangan pengundi cina .

Kebimbangan BN terhadap pengundi cina dijangka tidak mengundi BN memungkinkan tiada penyediaan pengangkutan disediakan . Segala isu yang cuba dimainkan oleh MCA dan Chua Soi Lek tidak sedikitkan memberikan kesan . Sepertimana kenyataan Ilham Centre sebuah badan yang membuat kajian terhadap pola dan sentimen pengundi PRK Tenang menyatakan bahawa kaum cina adalah lebih terkesan terhadap isu kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang . Termasuk juga isu bekas Menteri Kesihatan yang juga Presiden MCA terhadap skandal seks beliau telah memberikan impak yang cukup besar kepada kaum cina walaupun Parlimen Labis adalah merupakan tempat beliau dahulu dan sekarang disandang oleh anaknya .

Isu-isu extrim yang cuba diketengahkan oleh MCA berkaitan PAS nampaknya sudah tidak dapat diterima oleh para pengundi cina . Keyakinan dan penerimaan kaum cina terhadap PAS telah meningkatkan pola sokongan kepada PAS dan PR . Kalau dilihat kepada keputusan di Bandar Tengah Labis di mana PAS – 801 , BN – 365 .

Dalam pilihanraya umum 2008, di samping Bandar Labis Tengah, PAS memenangi Bandar Labis Timor dan Labis. Namun PRK DUN Tenang BN telah berjaya memenangi Bandar Labis Timor (63.4% Cina), Labis (58.3% Cina) dan Tenang Station (54% Cina). Dan hanya PAS mengekalkan kemenangan di Labis Bandar Tengah (95.7 % Cina).

Berdasarkan analisis DAP didapati PR telah memenangi 70% undi Cina di Tenang, berdasarkan kepada keputusan dari Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina dengan memperolehi 69.8% undi keseluruhannya. Bagi dua lagi daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina) pula DAP mendapati PR dapat mempertahankan undi pengundi Cina di situ, tetapi kalah sokongan pengundi Melayu dan India.

Berdasarkan kepada pola sokongan kaum cina terhadap PR seharusnya menjadi satu tamparan hebat kepada MCA terutama Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa MCA dan beliau sudah TIDAK RELEVAN untuk mewakili kaum cina di Malaysia . MCA bukan lagi harapan kepada majoriti kaum cina yang dilihat bersekongkol dengan UMNO menghancurkan Negara ini .

Saya merasakan sudah masanya untuk MCA DIBUBARKAN dari arena politik Negara . Chua Soi Lek tidak mampu untuk membawa perubahan baru tetapi secara jelas sudah tidak dapat diterima oleh kaum cina di Tenang khususnya dan Malaysia amnya . Persepsi negatif kaum cina terhadap MCA sudah meletakkan parti rasis tersebut perlu dikuburkan . Masa sudah tiba untuk seluruh warga tionghua yang cintakan Negara untuk mengadakan upacara menghormati kematian serta membakar ‘duit kertas’ atas kematian MCA . Sudah sampai masanya !

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !

PERSIAPAN CYBER TROOPER BN UNTUK PERTAHANKAN SARAWAK

Saya ucapkan terima kasih kepada sdr DzJoe kerana mengirim maklumat di ruangan 'comment' di blog saya . Ketakutan UMNO dan Parti Pesaka Bersatu Bumiputera ( PBB ) Sarawak untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat cukup dirasai sehingga terpaksa menyediakan peruntukan RM 10 juta untuk melawan dan menyerang balas blogger-blogger pembangkang dan pro-pembangkang .

Tawaran menjadi cyber tooper ini hanya dikhususkan kepada rakyat Sarawak sahaja .

Setiap cyber trooper BN ini akan diperuntukkan RM30,000 untuk membuat blog samada yang percuma atau berbayar . Serta mendapat elaun RM 5,000 sebulan . Mereka yang terpilih akan dilatih khas oleh media milik UMNO iaitu NST , Malay Mail dan Utusan Melayu bertempat di Kem Latihan UMNO , Janda Baik .

Nama YB Karim Rahman Hamzah dan YB Fadillah Yusof tertera . YB Karim Rahman Rahman ialah ADUN Asajaya dan juga merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak , manakala YB Fadillah Yusof adalah Timbalan Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi serta Ketua Pemuda Parti PBB .

Boleh layari http://www.malaysiantalk.com/sarawaktalk2/messages/31842.html

Bloggers Wanted
Posted by Cyber Trooper on December 16, 2010 at 17:28:32:

As part of BN Machinery to counter oppostion and pro opposition bloggers. UMNO and PBB has set up a RM10 million Cyber War Fund.

We invited Sarawakians with journalistic instinct to contact or visit any PBB, PRS and SUPP branches to register yourself as an interested party.

Qualified Candidates will be notified within 7 days.

Training will be conducted by NST, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) and Utusan Melayu at Pusat Latihan UMNO at Janda Baik.

Every blogger will be given a granted of RM30,000 to set up their blog, whether it is free or paid hosting, besides being paid monthly allowance of RM5,000.00 per month.

We therefore call on all responsible Sarawakians to register themselves at offices of Sarawak BN Component parties.

It is your duty to defend Sarawak from the onslaught by Sarawak Report and Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

http://www.malaysiantalk.com/sarawaktalk2/messages/31842.html

Bila si tua nyanyuk merepek !

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."


Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga


Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?" soal Dr Mahathir lagi. Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga. "Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umno yang kuat.

Justify Full "Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal," coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. - malaysiakini