klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 12 Mac 2011

RM888 bilion lesap: Najib membisu takut disamakan dengan Mubarak

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

“Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

“Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI,” katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

“Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir,” katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

“Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu,” katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

“Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.

MALAYSIA PUNYA PM YANG PALING BANYAK TERLIBAT SKANDAL DAN JENAYAH

Adalah sangat memalukan bahawa Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang banyak terlibat dengan skandal dan jenayah . Kerana beliau seorang Perdana Menteri , maka agak terlalu 'kebal' untuk mendakwa dan mengheret beliau ke mahkamah dan penjara .

Atas nama Perdana Menteri , beliau boleh menggunakan kuasa dan apa cara bagi menafikan sebarang tindakan undang-undang . Seorang Perdana Menteri yang punyai kuasa terhadap Badan Kehakiman , Jabatan Pendakwaraya dan Polis DiRaja Malaysia meletakkan beliau seorang paling terselamat daripada sebarang pendakwaan .




Adalah amat memalukan kepada seluruh rakyat 1 Malaysia apabila imej dan kredibiliti beliau dikaitkan dengan skandal jenayah . Berikut disenaraikan skandal yang mempalitkan DS najib Razak sebagai Perdana Menteri :

1. Skandal pembunuhan Altantuya
2. Skandal pembelian 3 buah kapal selam scorpene dan agusta ( RM 4.5 Billion )
3. Skandal pembelian 18 buah jet pejuang sukhoi
4. Skandal dengan artis wanita di Port Dickson
5, Skandal konspirasi kehilangan Balasubramaniam
6. Skandal rasuah kepada Balasubramaniam
7. Skandal Konspirasi Fitnah Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim




Malaysia punya Perdana Menteri yang paling teruk bertaraf PENJENAYAH dalam sejarah negara !

Jepun Dilanda Tsunami Besar

TOKYO 11 MAC : Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi lebih enam meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Sementara itu penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Menurut laporan Al-Jazeera setakat ini enam orang dilaporkan terkorban di Jepun namun tiada angka rasmi setakat ini.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.
Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.


SELANGOR HURU-HARA DI BAWAH KERAJAAN PR ?????

3 Tahun Tadbir Selangor, PR Kalahkan BN
Ditulis oleh nurul fahimah abdul malik

Pentadbiran 3 tahun Pakatan Rakyat mengalahkan pemerintahan lebih 50 tahun UMNO Barisan Nasional dari segenap aspek tidak kira pengurusan kewangan, pelaburan mahupun kebajikan kepada rakyat.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim berkata kejayaan Pakatan Rakyat untuk tahun ke 3 mentadbir, membuktikan rakyat semakin yakin dan percaya kepada dasar- dasar yang dipertaruhkan kerajaan negeri.

"Dan apabila saya ditanya bagaimanakah Yang Berhormat menyifatkan persembahan Pakatan rakyat tiga tahun memerintah Selangor, saya katakan kalau perlukan satu perkataan, saya katakan ia 'Cemerlang'," kata Teng.

Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja mampu menguruskan kewangan dengan efisyen bahkan komited dalam mengagihkan segala hasil mahsul bumi Selangor kepada rakyat jelata.

Terbaru kerajaan negeri memutuskan untuk memberi perlindungan takaful kepada semua ketua kampung dinegeri ini dengan setiap satu skim itu berjumlah RM30'000.

Kerajaan negeri juga membuktikan keprihatinan mereka dengan menghantar pulang kesemua pelajar ke Mesir untuk kembali meneruskan pengajian mereka yang tergendala sejak pergolakan politik Mesir baru- baru ini.

Teng berkata, penerimaan baik rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat adalah disebabkan dasar kerajaan negeri yang jelas mendahulukan rakyat dalam segenap aspek.

"Tiga tahun kita mengalahkan 50 Tahun itu perbezaan kita, zaman pemerintahan BN tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat, bila rakyat tanya hal kebajikan , mereka suruh pergi tanya di Jabatan Kebajikan, itu yang UMNO, MCA dan MIC tahu, tetyapi bila kami (PR) ambil alih, dasar pertama dan utama yang dibawa ialah Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Agenda MES adalah untuk mengagihkan harta kekayaan negeri kepada rakyat negeri Selangor, melalui pelbagai platform antaranya kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.

Antara program yang berjaya dilaksanakan menerusi dasar MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma bagi 20m3, Hadiah Anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC).

"Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di 13 negeri di Malaysia ini, mahupun dibawah pemerintahan BN 50 tauhn tetapi kita lakukan pada tahun pertama memerintah," tambahnya lagi.

Baru- baru ini, kerajaan negeri meluluskan skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar.

MiMBAR dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Skim ini membolehkan golongan ini membuat pinjaman dari RM1000 hingga RM5 ribu bagi menjana ekonomi mereka.

Tiga profail DNA keliling dubur, Saiful enggan komen

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NONEAlasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan san semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful: Ada beberapa.

Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

NONEYusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.

"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan,” katanya.

Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.