klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 19 Julai 2009

Tee Keat sedih Chua sertai PKR

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sedih dengan keputusan bekas naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng keluar daripada MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Bekas menteri kesihatan itu, kata Ong, adalah seorang yang berpengalaman dan adalah diharapkan keputusan politik yang diambilnya itu adalah bagi kebaikan rakyat.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Perak di Ipoh, Ong yang juga menteri pengangkutan berkata persahabatan beliau dengan Chua tidak terjejas walaupun selepas perebutan jawatan presiden pada pemilihan parti tahun lepas.Ditanya sama ada tindakan Chua merugikan MCA, beliau berkata setiap hari ada orang yang menyertai parti itu dan juga keluar daripada parti, lapor Bernama.
Katanya, Chua telah membuat pilihan untuk menyertai pembangkang.Ong berkata beliau ada berjumpa dengan Chua dua hari lalu tetapi enggan menggulas apa yang dibincangkan apabila ditanya pemberita.Chua mengumumkan hari ini bahawa beliau keluar daripada MCA dan menyertai PKR kerana wawasan beliau untuk pembaharuan dalam manifestonya pada pemilihan presiden MCA tahun lepas, sama dengan wawasan Agenda Malaysia penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyertai PKR dan keluar MCA tanpa sebarang syarat yang sepatutnya diberikan kepadanya oleh parti pembangkang itu, kata Chua ketika mengumumkan keputusan beliau itu pada persidangan akhbar selepas menghadiri Forum Awam PKR di Petaling Jaya.Di Kuala Lumpur, Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut bersedih dengan tindakan Chua itu berkata bekas menteri kesihatan tersebut telah memilih hala tujunya sendiri.Beliau berkata tindakan Chua itu tidak harus menggugat MCA sebaliknya anggota parti perlulah bersatupadu dan bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
Di Kluang, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan Chua menyertai pembangkang tidak akan menjejaskan perjuangan BN.Menteri dalam negeri itu berkata tindakan Chua menyertai PKR bukan sesuatu perkara yang mengejutkan kerana beliau sendiri tidak mempunyai tempat dalam MCA.
"Itu hak dia, beliau tidak ada tempat dalam parti MCA dan meluahkan kata-kata tertentu sebelum ini sebelum keluar daripada parti. Saya rasa bukan ganjil kerana ada bekas menteri sebelum ini juga pernah keluar dari BN dan masuk ke PKR," katanya kepada pemberita selepas program Polis Kemasyarakatan di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini.Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong berkata tindakan Chua itu adalah berkisar kepada masalah peribadi beliau sendiri dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan sama ada tindakannya itu tepat atau tidak."Bagi saya ia tidak menjejaskan parti kerana perjuangan BN tidak berkisar kepada individu. Perjuangan itu lebih penting daripada individu dan puak tertentu," tegasnya.
FM - kepada Presidem MCA dengarlah laguku ini - " janganlah bersedih , janganlah berduka , marilah joint sama ..." tunggu apa lagi bro !

kenyataan bodoh TPM : Kabinet akan bincang penubuhan s'jaya diraja

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dalam mesyuaratnya akan datang.Katanya pandangan pelbagai pihak mengenai perkara itu akan diteliti dari segi kewajarannya, dan ia akan diputuskan oleh kabinet nanti.Beliau berkata demikian semasa mengulas desakan pelbagai pihak supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja atau badan bebas bagi menyiasat kes kematian Teoh, lapor Bernama.

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai bodoh dan dangkal . Seharusnya satu tindakan tegas dan drastik dilakukan oleh beliau dan kerajaan Malaysia terhadap tragedi kematian Teo Beng Hock . Suruhanjaya Diraja adalah perlu dibentuk dan dilantik dengan SEGERA bagi menyiasat secara telus misteri kematian beliau dan bukannya dilakukan oleh pihak Polis atau mendengar kenyataan oleh SPRM .
Beberapa kenyataan yang dibuat oleh SPRM dan pihak Polis adalah sangat diragui dan usaha untuk memadam kes ini cuba dilakukan dan menganggap kematian Teo adalah mengejut dan tidak berlaku unsur-unsur pembunuhan .
TPM , Tan Sri Muhyiddin Yasin seharusnya mengambil satu tindakan bijaksana secara tegas dan adil melantik mereka yang benar-benar bersifat profesional dan berwibawa dalam menyiasat kes tersebut secara terperinci tanpa diganggu gugat oleh 'tangan ghaib' yang cuba menutup kezaliman dan ketidakadilan dalam kematian Teo .
Banyak persoalan dan tanda tanya timbul dalam insiden tersebut , sedangkan beliau hanyalah seorang saksi terhadap siasatan RM2380.00 pembelian bendera Malaysia untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Bulan Kemerdekaan . Adalah tidak logik apabila kenyataan yang dibuat oleh Pegawai SPRM bahawa Toe telah tidur di ruang tamu pejabat SPRM selepas selesai disoal siasat pada jam 3.45 pagi . Seolah satu penyediaan skrip bagi menutup kejadian yang berlaku .
Koyakkan di bahagian punggong seluar Teo benar-benar menimbulkan persoalan . Kenapa bahagian seluar tersebut mengalami koyakkan yang teruk sehingga menampakan seluar dalam beliau ? Seolah-olah beliau dipegang di bahagian belakang seluar , diugut untuk dicampakkan ke bawah dan akhirnya seluar tersebut terkoyak dan Teo terus menjunam ke bawah .
Sekiranya benar beliau terjun sendiri , sudah pasti mayat beliau dalam keadaan yang sangat mengerikan .
Sedangkan laporan patologi mendapati Teo tidak mengalami kecederaan fizikal tetapi dalaman. Jatuh daripada Tingkat 14 tapi tidak mengalami kecederaan fizikal atau luaran . Laporan bedah siasat pula mendapati terdapat beberapa kecederaan ditubuh Teo akibat jatuh daripada paras yang tinggi . Bnarkah kecederaan kerana jatuh paras tinggi atau kecederaan akibat didera dan disiksa ?
Justeru , Kerajaan Malaysia perlu menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam menyiasat misteri kematian Teo. Bukannya melengah-lengahkan dengan mengkaji dan membincangkan dalam kabinet . Satu mesyuarat Kabinet tergempar adalah perlu diadakan dengan segera dan bukannya bagai 'melepas batuk di tangga' .
KEADILAN UNTUK TEO BENG HOCK !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

Chua Jui Meng umum sertai PKR


Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.
Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.Ada persamaanMenurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.
“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanya
Beliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.
Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.
Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Polis soal siasat 17 pegawai SPRM

Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati Khamis lalu selepas memberi keterangan kepada SPRM.Teoh disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan ADUN dan exco Selangor. "Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, lapor Bernama.
Khalid berkata polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.Bercakap kepada media di Kuala Langat, beliau berkata satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.Sementara itu, Khalid berkata, keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.
Bagaimanapun katanya, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.Khalid berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang."Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," katanya.Malaysiakini

HIMPUNAN SOLIDARITI " KEADILAN UNTUK BENG HOCK"



TARIKH : 19 JULAI 2009

MASA : 4.30 PETANG

TEMPAT : STADIUM KELANA JAYA

ANJURAN : KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENCERAMAH :
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM , YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM , YAB LIM GUAN ENG , YB DATUK HUSAM MUSA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !