klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 9 Jun 2009

isu stadium runtuh : BANGAU OH BANGAU

Kami hanya bina stadium, bukan bumbung - Kontraktor

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Selepas beberapa hari berdiam diri berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada 2 Jun lalu, kontraktor utama projek pembinaan stadium itu tampil meminta supaya tidak dikaitkan dengan kejadian tersebut.
Bina Struktur Sdn. Bhd. menegaskan, syarikat itu hanya bertindak sebagai kontraktor utama dalam pembinaan bangunan stadium dan bukan bahagian bumbungnya.
Pegawai teknikal syarikat itu, Muhammad Shukri Anuar berkata, reka bentuk, pembinaan dan pemasangan bumbung stadium tersebut dilakukan oleh kontraktor dari Korea.
''Kami hanya membina bangunan stadium," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, syarikat tersebut akan menunggu laporan siasatan runtuhan bumbung itu sebelum mengambil tindakan sepatutnya.
Beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melantik badan penyiasat bebas dari luar negara bagi melakukan siasatan tersebut.
''Kami menunggu laporan siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Tindakan yang akan diambil bergantung pada hasil siasatan kejadian runtuhan itu.
''Buat sementara ini, kami tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media," jelasnya.
FM -
MAD SAID OH MAD SAID KENAPA STADIUM RUNTUH ?
MACAM MANA STADIUM TAK RUNTUH ..
TANYALAH IDRIS JUSOH , TANYALAH IDRIS JUSOH ...
IDRIS OH IDRIS , KENAPA STADIUM RUNTUH ?
MACAM MANA STADIUM TAK RUNTUH ..
TANYALAH JKR , TANYALAH JKR..
JKR OH JKR , KENAPA STADIUM RUNTUH ?
MACAM MANA STADIUM TAK RUNTUH ..
TANYA LAH DATUK BANDAR , TANYALAH DATUK BANDAR..
sampai mampus tak selsesai !!! bangau oh bangau !!! stadium oh stadium !!!! UMNgok 0oh UMNgok !!!! Polis maner ? SPRM maner ? tido ikut Tun LaH ke ? sekarang zaman najis opps sorry.. zaman najib ... A H1N1= SELSEMA BABI

Guang Eng : PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan


Tuesday, June 09, 2009 8:30 AM


Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.
Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.
"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita."Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.
"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Malaysiakini

PRK Manek Urai ; Rais Menyalahgunakan Jentera Kerajaan

Tuesday, June 09, 2009

KUALA TERENGGANU – UMNO dan Barisan Naional (BN) dijangka akan terus melakukakan penyelewengan dengan menyalahgunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) Manek Urai.Belum pun bermula kempen PRK Manek Urai, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah mengerahkan jentera kementeriannya untuk turun kedalam kawasan pilihanraya terbabit.
Rais telah meminta semua jabatan dibawah kementeriannya untuk membuat kajian sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut untuk diguna pakai oleh jentera BN.''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio-ekonomi dan politik di kawasan tersebut.
-buletinonline

FM - Kekalahan demi kekalahan UMNgok disetiap kali PRK menjadi mimpi sial dan mengerikan. Sehinga UMNgok tidak berani dan bacul bertempur di Penanti . Tindakan research atau kajian sosio ekonomi yang dijalankan oleh Rais Yatim ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh kita . Memang UMNgok tidak dapat menjalankan kajian ini dengan menggunakan jentera UMNgok yang ada sebab memang bebal dan ngok . Kajian ini saya yakin dibuat secara serius . Sebab itu terpaksa menggunakan semua jabatan kerajaan di bawah Rais Yatim . Hasil dapatan dan statistik yang diperolehi akan digunapakai untuk UMNgok menjalankan gerak kempen dan strategi di Manek Urai .

AMK DESAK SITA SEMUA PROJEK MEGA ZAMAN IDRIS JUSOH


AMK Terengganu mendesak Kerajaan Negeri Terengganu menyita kesemua projek mega yang telah diarahkan oleh YAB MB Terengganu untuk dibuat pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu . Bangunan-bangunan tersebut ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.
Sebelum ini Buletin online dan TV3 telah melaporkan berlaku kebocoran di Kompleks Akuatik Terengganu ( Kompleks Renang ) mengalami keretakan dan kebocoran yang amat teruk yang boleh mengundang kecelakaan kepada orang ramai . Ahmad Said juga dalam kenyataannya menafikan dengan menyatakan akibat air hujan menjadi keadaan sebegitu . Visual oleh Buletin TV3 dapat disaksikan bagaimana keadaan tersebut benar-benar bahaya dan tidak menjamin keselamatan .
Justeru bagi mengelak sebarang kecelakaan dan kemalangan jiwa , justeru AMK meminta agar kesemua bangunan tersebut di buat siasatan rapi dan tindakan pertama ialah menyita kesemua bangunan tersebut .


Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

PENDIRIAN SAYA DAN AMK TERENGGANU TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN

Petang tadi dalam jam 4 lebih petang , saya dihubungi wartawan Sinar Harian , Cik Ayu , bertanyakan tentang Kerajaan Perpaduan . Apakah pandangan AMK ? saya jelaskan bahawa saya dan AMK Terengganu tidak bersetuju terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang , Presiden PAS sewaktu perasmian Muktamar PAS ke 55 . Apa yang perlu ialah memastikan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan menolak UMNO . PAS seharus menjadikan segala pengalaman sewktu dalam Barisan Nasional dan paling ketara insiden rampasan kuasa oleh UMNO di Perak cukup kurang ajar dan biadap dan tidak boleh dimaafkan .
Saya tegaskan bahawa UMNO sebuah parti yang penuh tipu daya . Saya bersetuju dengan pandangan YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat , Musyidul Am PAS yang tidak bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan sepertimana dicadangkan oleh Presiden PAS . UMNO adalah parti penuh dengan rasuah dan penyelewengan .
Saya nyatakan bahawa isu Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat sepertimana dinyatakan oleh Penasihat DAP , YB Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR , Dr. Syed Husin Ali . Saya menghormati pandangan Presiden PAS dan berkeyakinan dapat menjelaskan isu ini dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat .
Cik Ayu bertanya bermakna AMK tidak bersetuju ? Saya tegaskan bahawa TIDAK BERSETUJU dengan gagasan tersebut .
Saya serahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dalam isu tersebut . Hari ini Najib Razak cuba menangguk di air yang keroh . Biasalah dalam suasana ketegangan isu Kerajaan Perpaduan , UMNO akan mengambil kesempatan . Saya masih tidak dapat menerima perpaduan dengan UMNO . Dan saya nyatakan UMNO lah menjadi punca perpecahan rakyat negara ini terutama orang melayu . Kenapa masih hendak bersama dengan UMNO ?
Walaupun tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan ini , saya harap dapat diselesaikan dengan baik .

Anwar: Bersama Membawa Agenda Perubahan - TVA

June 08, 2009

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena muktamar PAS ke 55 di Shah Alam melahirkan rasa bangga terhadap perjuangan PAS dalam politik negara.
Menurut beliau Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.
"Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim," ujar beliau.
Tulisan Dr Burhanudin serta masyarakat dan Syariat Prof Zulkifli telah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.Jelas beliau lagi apa yang dinikmati PAS kini melalui perjuangannya dan tidak ada pihak pun yang berhak menafikan sumbangan PAS dalam menjalankan sistem demokrasi di Malaysia.
"Momokan ciptaan Umno-BN bahawa PAS tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan," kata beliau lagi.
Beliau berharap selepas muktamar ini, PAS akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh dengan Pakatan Rakyat.TVA
FM - lu fikirlah sendiri !

Anwar Alukan Dialog Obama-Negara Islam - TVA

June 08, 2009

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengalu-alukan usaha Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama merapatkan jurang dunia Islam dan Barat.Dalam temubual secara langsung oleh British Broadcasting Corporation (BBC), Anwar berkata walaupun penyelesaian kepada kemelut Islam-Barat belum lagi kelihatan, namun rangka lawatan Obama adalah langkah permulaan merungkai konflik itu.Anwar berkata ucapan Obama di univerisit Kaherah baru-baru ini mampu menganjak hubungan antara Amerika Syarikat dan Islam di rantau Timur Tengah.
Apa yang perlu, katanya, adalah dialog berterusan dengan gerakan-gerakan Islam."Ucapan Barack Obama amat berani dan bermakna. saya tidak percaya ia boleh memuaskan semua pihak, bagaimanapun penting untuk kita lihat bahawa beliau dalam ucapannya merujuk kepada Hamas dan peranan gerakan itu, komitmen beliau untuk menarik keluar tentera Amerika Syarikat dari Iraq, serta penyelesaian kepada krisis Israel-Palestin," kata Anwar."Namun apa yang kritikal adalah bagaimana dunia Islam akan respon kepada seruan beliau: Hamas harus digalakkan untuk respon, Iran perlu digalakkan untuk menyertai siri-siri rundingan walau bagaimana sukar sekalipun, kerana ini peluang terbaik untuk dunia Islam melihat seorang Presiden Amerika Syarikat yang komited dan berani," kata Anwar.
Presiden AS pada 4 Jun lalu mengadakan rangka lawatan ke Timur Tengah bagi menganjurkan dialog persefahaman bersama gerakan-gerakan Islam serta kerajaan-kerajaan rantau itu.Presiden kulit hitam pertama Amerika itu berkata perubahan mendadak yang dibawa oleh kemodenan dan kesejagatan menyebabkan ramai orang Islam memandang Barat sebagai musuh kepada tradisi Islam.Bagi membuktikan keikhlasan lawatannya, Obama memetik al-Quran dan hadis sepanjang ucapan beliau.
Obama juga mengelak dari menggunakan perkataan ekstremis Islam, menggantikannya dengan ekstremis ganas dan merujuk Palestin sebagai sebuah negara.Anwar mengingatkan bahawa gerakan-gerakan ganas yang bercambah hari ini bertitik-tolak dari ketiadaan proses demokrasi yang jitu serta ruang reformasi yang ditutup oleh pemerintah-pemerintah kuku besi yang diantaranya diangkat sendiri oleh Amerika Syarikat.
"Isu Arab-Israel adalah penting. Tidak ramai yang berpuas hati dengan cara Presiden menangani kes Afghanistan, tetapi apa yang melegakan adalah komitmen beliau kepada agenda demokrasi - bahawa kerajaan yang memerintah haruslah kerajaan yang dibentuk secara sah, dan menghormati sentimen rakyat," katanya.
"Kita bagaimanapun perlu melihat kesan dari kenyataan Barack Obama ini, kerana kritikan terhadap pentadbiran beliau dan pentadbiran sebelumnya adalah tingkah-laku yang bercanggah - antara seruan mereka kepada demokrasi dan reformasi, dan dalam masa yang sama sokongan terhadap diktator dan rejim-rejim penindas di serata dunia," tegas Anwar.Anwar berharap Obama meminta maaf diatas tindakan Amerika Syarikat mempertahan keganasan ke atas masyarakat Islam di Palestin, Iraq, dan Afghanistan, namun apa yang lebih utama sekarang ini adalah merealisasikan ucapannya kepada kenyataan.
"Barack Obama adalah Presiden Amerika Syarikat, beliau bukanlah jurucakap dunia Islam, tetapi untuk beliau tiba di persimpangan ini dengan kenyataan yang kuat, merayu kepada dialog bersama dunia Islam sebagai rakan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bukan sahaja unik, tetapi juga tidak terjangka," kata Anwar.
"Tetapi saya lebih prihatin dengan bagaimana dunia Islam akan menyahut seruan Obama itu. Osama bin Laden tidak mewakili sentimen Muslimin. Majoriti mahukan keamanan, keselamatan dan penghormatan. Saya percaya Hamas boleh diyakinkan untuk menyahut seruan Obama itu, tetapi Hamas tidak yakin kerana terdapatnya sikap berat-sebelah Amerika Syarikat dan perlindungan dan pengiktirafan kepada pengganas rejim Israel," kata Anwar.
"Namun sekiranya Obama boleh menyakinkan Hamas untuk sekurang-kurangnya duduk berunding, maka tentunya itu salah progres yang besar. Walaupun penyelesaian masih jauh, sekurang-kurangnya ia telah bermula," tegas Anwar.TVA