klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 9 Jun 2009

PENDIRIAN SAYA DAN AMK TERENGGANU TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN

Petang tadi dalam jam 4 lebih petang , saya dihubungi wartawan Sinar Harian , Cik Ayu , bertanyakan tentang Kerajaan Perpaduan . Apakah pandangan AMK ? saya jelaskan bahawa saya dan AMK Terengganu tidak bersetuju terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang , Presiden PAS sewaktu perasmian Muktamar PAS ke 55 . Apa yang perlu ialah memastikan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan menolak UMNO . PAS seharus menjadikan segala pengalaman sewktu dalam Barisan Nasional dan paling ketara insiden rampasan kuasa oleh UMNO di Perak cukup kurang ajar dan biadap dan tidak boleh dimaafkan .
Saya tegaskan bahawa UMNO sebuah parti yang penuh tipu daya . Saya bersetuju dengan pandangan YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat , Musyidul Am PAS yang tidak bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan sepertimana dicadangkan oleh Presiden PAS . UMNO adalah parti penuh dengan rasuah dan penyelewengan .
Saya nyatakan bahawa isu Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat sepertimana dinyatakan oleh Penasihat DAP , YB Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR , Dr. Syed Husin Ali . Saya menghormati pandangan Presiden PAS dan berkeyakinan dapat menjelaskan isu ini dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat .
Cik Ayu bertanya bermakna AMK tidak bersetuju ? Saya tegaskan bahawa TIDAK BERSETUJU dengan gagasan tersebut .
Saya serahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dalam isu tersebut . Hari ini Najib Razak cuba menangguk di air yang keroh . Biasalah dalam suasana ketegangan isu Kerajaan Perpaduan , UMNO akan mengambil kesempatan . Saya masih tidak dapat menerima perpaduan dengan UMNO . Dan saya nyatakan UMNO lah menjadi punca perpecahan rakyat negara ini terutama orang melayu . Kenapa masih hendak bersama dengan UMNO ?
Walaupun tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan ini , saya harap dapat diselesaikan dengan baik .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan